First Time Shopping Di Ikea

By farhanna jafri - 06:12

Ahad lepas join officemate pergi cari barang untuk homestay baru boss. Plan nak pergi IKEA, Mr. DIY, Kaison dan Daiso. Pukul 12 gerak keluar dari rumah walaupun tentatif asal gerak pukul 9 pagi uolls begini lah orang Malaysia. 

First stop, haruslah makan tengahari dulu di Damansara kemudian menjejak ke IKEA Damansara and park dekat Tesco sebab agak ramai ye umat manusia pada hari minggu.Disebabkan pergi dengan orang yang dah pernah pergi, maka tak ada la episod sesat cari IKEA. Kita follow bontot orang depan je. 

Related image

Masuk IKEA ibarat masuk muzium dekorasi rumah sebab ramai sangat orang datang belek, ambil gambar, catat nota and so on. Tapi tak ada la yang ambil gambar upload dekat Insta sebab memang padat. Nak ambil gambar pun tak selesa sebab orang lain dah usha atas bawah.




Pergi IKEA nak cari langsir sebab boss nak langsir tebal dan mahal. Sementara cari langsir tu, ternampak ada rak buku yang murah. At first decide nak beli rak buku Billy, harga RM370 satu rak tapi ternampak pula rak LAIVA harga RM65 je satu. Design pun nampak cool so my sister decided to bought 3 for her book collection. 

Disebabkan pergi kereta compact je, so kena pilih khidmat delivery IKEA lah. Delivery dia charge RM 75. Installation pula 10% dari harga perabot. Sebab harga delivery agak mahal, sebab tu la angkut 3 rak terus walaupun nawaitu nak beli 1 je. Lagipun 3 rak LAIVA tak cecah pun 1 rak Billy. So bajet tu jimat banyak. 

Lepas dah ambil no rak dan seksyen, terus pergi ke bahagian bawah untuk ambil rak LAIVA. Murung jugak lah angkat rak ni sebab satu kotak dalam 14kg beratnya. Boleh je nak staff yang ambilkan tapi dia charge RM23. Menangis betul dengar harga dia, pandai jugak IKEA buat duit. Sudahnya angkat sendiri lagipun rak tu dekat shelf paling bawah sekali so tarik letak je dekat troli.


Remember I said umat manusia sangat ramai earlier? Masa belek barang dah sesak, masa nak bayar dekat kaunter berkicap tunggu turn. Bad luck untuk kitorang bila dah beratur belas minit, pindah ke kaunter baru dibuka tapi kena tunggu lama sebab system down kemudian pindah lagi satu kaunter. Pun sama juga system down, pindah lagi, tunggu lagi. Ada la dalam setengah jam usung troli sana sini. Yang tak best bila kena pindah kaunter ni, orang yang baru sampai terus berdesup pergi depan dan kau melangut dekat belakang.


Settle bab payment, pergi ambil nombor untuk bayar delivery pula. Isi borang untuk maklumat penghantaran and arrange waktu dengan dia bila boleh datang hantar. Terpaksa tunggu lama sikit sebab Ahad tu balik lambat since banyak lagi barang nak dicari so we choose Tuesday around 1 o clock till 4. 

Hari Selasa, delivery boy IKEA call untuk hantar tapi geram jugak kena tambah lagi RM49 sebab rumah dekat tingkat 4 padahal dah tanya ada caj tambahan tak untuk rumah tingkat 4 dan tiada lif. Staff IKEA cakap tak ada. Bila datang, tiba-tiba ada pulak. Grrr!

Dah settle hantar dan pasang, bermula lah proses susun buku di rak baru. 



My shopping experience dekat IKEA sangat lah hambar bila dua tiga kali sesat cari jalan keluar, sesak, system down, staff IKEA tak mesra and unreachable. Maybe first and last or there will be next time depends on my mood lah. 

  • Share:

You Might Also Like

18 comments

  1. banyaknya buku. heaven nya
    saya takpernah pergi ikea hmmm sedih lah saya ni

    ReplyDelete
  2. Penuh buku 1 rak! Bestnyaaa.=)
    Yg another charge RM49 tu selalunya sebab delivery tu dibuat oleh vendor ikea. Itu yg kadang diorang mintak tambah duit.

    ReplyDelete
  3. cantik raknya..tp..cas tambahan boleh bli rak lain...huhu

    ReplyDelete
  4. best nyaaa,saya kat sarawak,ikea blom masuk sini lagi hmm :(

    ReplyDelete
  5. Seronoknya shopping dekat Ikea Damansara, tapi sejak Ikea Cheras dibuka Bonde memang tak ke Damansara dah shopping time lunch hr jumaat memang dekat sahaja dalam 30 minit sudah sampai...

    ReplyDelete
  6. ray suke jenjalan kt ikea. rasa nak hangkut semua balik rumah haha. but i'd rather pegi ikea and makan je. kenyang perut suka hati. hehe

    ReplyDelete
  7. Cantik n murah rak. Tak best kan bila first time pegi dapat pengalaman macam nie, Kak Sue kalau pegi hangkut n layan diri je lagipun sebab ada Abang Man kan so senang sikit lah..

    ReplyDelete
  8. Ehh..ehhh rak macam tulah yang kita nak. Cantik ! Tapii kalau nak kena g Ikea. Tah bilalah nak perginya tu. Memang diorang caj ye. Tak tahu pun sebelum ni. Pergi dulu pun tak perasan staf dia duk kat mana sebenarnya

    ReplyDelete
  9. Kalau pergi IKEA memang boleh gila dibuatnya paling suka sebab banyak barang DIY boleh nak beli untuk hias bilik!

    ReplyDelete
  10. baru pergi IKEA semalam. typical sangat p sana pastu beli bekas laundry baju, penyangkut baju mulig tuuu & meja kopi kecik yang harga rm28 tu. ambik yang murah-murah punya barang sahaja sbb belooom gajiiii kahkahhh. sempat jugak melantak karipap dia dan aiskrim.. IKEA ni mmg susah nak tahan napsuu kalau ke sana lagi2 bg yg dah ada rumah sendiri. hahaha

    ReplyDelete
  11. suka sangat gi IKEA sbb deco2 yg cun... and selalu la berangan nak mcm tu, nak mcm ni..
    teruk nya...ada hidden charge. tak baik.. baru2 ni..Ayu shopping kat IKEA online. senang gak..but standard la ada charge ya.. but ok la.

    ReplyDelete
  12. suka pegi ikea sbb tgk deco2 nya ...pernh shopping brg kecik2 je..tkde la yg besar2 mcm rak,almari smau tu..tp bila part nk byr tu mmg pjggg q nya

    ReplyDelete
  13. sha takpernah p ikea hahaha taktau la kedah ni ada ke dak tapi mmg teringin nkp walaupun takdak la nak belia apa

    ReplyDelete
  14. Ikea best....!!!!! :) suka gi tapi kalu time pening tak suka la sebab ramai orang kannn :)

    ReplyDelete
  15. Pernah teman kakak ipar shopping kat ikea lama dah
    Kalau Mrs. A sendiri tak pernah gi shopping kat ikea hahahaha

    ReplyDelete
  16. kat sini x pasti ada ikea @ tak..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)