Cabaran 25 Hari Blogging : Obsession

By farhanna jafri - 02:58


Bab obses ni nak sembang pasal Bollywood, dah sembang dah sebelum ni so kita sembang pasal obsession terbaru pulak. Dia obses tahap baru nak membiak dan mungkin akan berkekalan.

Obsession terhadap gardening and planting!

I guess this obsession dapat dari my mom sebab dia suka sangat menanam tak kira la pokok herba ke, pokok buah atau pokok bunga or just pokok hiasan. Dia pula mewarisi dari nenek. Balik kampung memang penuh segala jenis pokok cuma banyak yang dah kena buang sebab dah jarang ada dekat rumah. Kadang ke Melaka, kadang di Loqstaq, kadang balik pondok dia.

At first memang tak suka sebab nampak renyah kemain, kalau masa belajar KH dekat sekolah dulu siap nak kena ada pelbagai jenis tanah, nak kena tapis bagai tapi bila tanam sendiri main campak je benih dekat tanah, esok lusa naik lah. Tapi tak semua menjadi jugak hihu.


Kenapa cakap obses sebab kalau stress, sakit hati ataupun tengah kecewa hah spend masa dengan tanaman sendiri, tak dapat lama kejap pun jadi lah bagi hati tenang balik. Bila bangun pagi memang kena pergi tengok pokok dulu. Sehari tak tengok rasa tak syok. Lagi tambah happy kalau nampak pokok berbunga ataupun berbuah. Pernah je menyembang dengan pokok sendiri tak pun bagi kata semangat supaya dia hidup elok. Siapa pernah buat, angkat tangan!

Kalau balik Sabak Bernam memang trade in pokok dengan mak sama lah kalau balik kampung bodek sikit mak sedara nak bawak balik pokok hiasan ataupun benih pokok bunga dia. Balik belah Batu Kurau dapat pokok bunga, balik belah Baling dapat la makan buah tak pun minum air tebu sebab tok wan ada ladang tebu.


Sekarang tengah nak cari pokok bunga letak dekat dalam rumah atau pokok hiasan letak dekat dalam rumah supaya dapat extra oksigen gittew. Dapat rumah tingkat atas ni kena behave sikit tanam pokok sebab ruang tak banyak. Nak deco pun tak jumpa lagi masa yang senggang, banyak habiskan masa dekat office je sebab kes tengah banyak sekarang.

Adult life ni penat betul, tenaga dengan masa tak banyak tapi kerja menimbun. Baru bujang belum kahwin lagi ni, entah celah mana nak survive entah. Fuhhh hard to imagine. Ciao!

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. Farhana tanam kaktus je la kurang sikit penjagaan yang diperlukan...

    ReplyDelete
  2. Obsess yg positif, if ada tanah lg elok, bebudi kpd tanah 😊

    ReplyDelete
  3. Obsess yang bagus untuk terapi mata dan minda

    ReplyDelete
  4. kalau minat boleh ni survive kalau dah kahwin nanti.. ekekeke

    ReplyDelete
  5. Wahhh, unik obsession nya ni. Macam saya, memang tak boleh nak bercucuk tanam ni. Darah panas kata mama saya. Nanti semua mati.

    ReplyDelete
  6. Tanam kaktus dengan bunga kertas je senang sebab bab bab gardening & planting ni kureng sikit hihi

    ReplyDelete
  7. rajin tanam bunga.. jgn lupa siram. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)