Buah Jentik Hang

By farhanna jafri - 07:10

Semalam lepas balik dari kerja menyinggah dekat gerai makcik ni dekat tepi jalan sebab nak beli tempoyak, nak buat sambal goreng tempoyak bilis. Dari minggu lepas nak menyinggah asyik terbantut je hajatnya. 

Dah singgah situ, niat nak beli tempoyak tapi tergoda dengan buah dokong jugak sebab dah lama tak makan. Makcik ni pun jual murah je, ada yang RM2 sekilo, RM5 dengan RM6 sekilo ikut saiz. Tengah syok membelek tu ternampak satu bakul buah kecik cenonet ni. 


'Mak cik ni buah apa?'

'Ni buah jentik.'

'Hah? Buah jentik?'

'Buah ni orang utagha kenai la'

'Eh tapi kami pun orang utagha jugak, tak pernah nampak pun'

Mungkin sebab nampak muka peghak tu, makcik tu pun suruh lah rasa buah jentik dia jual. First time rasa memang sedap manis-manis masam, sudahnya angkat sekilo. Terkejut makcik tu bila cakap nak sekilo. 

Entah celah mana dapat nama jentik entah sebab tak payah jentik pun kalau nak kopek kulit, pegang pun dah boleh luruh sendiri kulit dia sebab rapuh. Suka tengok warna isi dia sebab meghelit cantik.

Dengan semut sekali masuk dalam gambar hihu

Buah jentik ni memang patut lah tak berapa nak kenal sebab dah masuk dalam list buah rare dah, susah nak jumpa tapi bila dah jumpa tak boleh berhenti makan. Tapi penat lah jugak nak makan sebab buah haluih, isi tak tera mana pun. 

Anyway, nice experience makan buah rare negeri sendiri. In future entah ada lagi ka dak buah ni nak bagi anak merasa, cehhhh sembang anak. K gerak lu. 

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Adik ipar akak pun ada tanam pokok ni..pokong buah jentik ni besar dah macam buah rambai kan..masam2 manis...ye tak?

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tahu apatah lagi dengar...kalau jumpa nak juga beli..nak rasa..

    ReplyDelete
  3. sdap ni..nak makn jentik jer..haha

    ReplyDelete
  4. masa mula-mula ayah bawak balik pelik betul namanya sekali nak makan kena jentik ok baru tau apa simbolok nama buah ne

    ReplyDelete
  5. Pernah makan masa duk utaga dulu....yg x berama nak masak kena jentik baru terbuka.

    ReplyDelete
  6. first time tahu buah ni..mesti sekilo banyak giler dptkan..sebab buah kecik2...sbb tu makcik tu cm.terkejut kot
    .huhu

    ReplyDelete
  7. sedap buah ni, kecik-kecik dulu rajin makan tapi sekarang dah jarang jumpa buah ni.

    ReplyDelete
  8. Buah jentik ni memang kadang-kadang je ada jual. Antara fevret ni...

    ReplyDelete
  9. Tak pernah mkn buah ni lagi.

    ReplyDelete
  10. x pernah makan buah ni. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)