Wet World Waterpark, Shah Alam

Tuesday 10 July 2018

Throwback cerita bulan April lepas dapat pergi Wet World Waterpark, Shah Alam dengan family sebab ada harga tiket promosi tapi gigih sangat ponteng kerja sebab malas pergi on weekend due to overcrowd. Tak fun lah mandi bila kena bersesak dengan orang lain. Masa pergi tu pun ramai jugak yang ambil cuti untuk spend time dekat situ. 



Walaupun tak sesak tapi nasib baik jugak lah ada bawa duit lebih dari harga yang ditetapkan sebabnya harga meningkat bermula bulan April due to entertainment tax increment. Lari dah bajet nak beli barang lain dekat dalam tu. 


As you guys can read on that table, Wet World Waterpark ni ada dua tempat. Satu di Shah Alam, satu lagi dekat Pedas, Negeri Sembilan. Sama je dua-dua ni cuma yang dekat Pedas tu ada kolam air panas. I tak suka pergi kolam air panas so I choose to go at Shah Alam je lagipun dekat dengan rumah. Belas minit je dah sampai. Karang kalau menapak ke Pedas, dah lemau main air hah siapa pulak nak drive balik?!

But hey, you guys can rental using van rental service from Bus Best to go there. Yang tak pernah dengar lagi company Bus Best ni, no worries since company ni diiktiraf oleh Tourism Ministry of Malaysia lepas ditubuhkan tahun 2005. Bukan setakat sediakan pelbagai jenis perkhidmatan ikut acara atau majlis je tapi kebersihan tip top dan cara pemanduan pun selamat. :) 


Back to track, lucky for us on that day, cuaca agak okay lah. Tak panas sangat, walaupun risau hujan lebat sebab awan gelap kemain. Lepas puas berdoa, petang dalam pukul 3 tu baru lebat hujannya. Kira cun lah dari pagi pukul 8 kitorang masuk enjoy sampai 3 petang lepastu Zohor dekat situ je since ada disediakan surau tapi kalau tak selesa pun, masjid Shah Alam ada. 

Dekat Wet World Shah Alam ni ada 5 permainan disediakan - Monsoon Busters, Super Hurricane, Caribbean Rider, Whirlwind Escape, Thunder River. Tapi tak semua permainan available setiap masa, ada jadual dia ikut hari dan tak semua perlu guna tube. Sewa tube pula harga RM50, RM25 deposit supaya tak hilang. Loker pula harga RM5 sekali masuk barang. 


My fav ride is Thunder River sebab paling panjang dan paling tenang. Tapi kalau terpercik air hasil mandian orang dekat Private Cove kau redho je lah. Thunder River ni dua kali je dia open untuk hari biasa so tak boleh nak merasa banyak kali. Yang ulang main sampai sakit tekak menjerit serupa takde hari esok, ialah Monsoon Buster. Beratur kemain panjang siap berebut tube dengan adik-adik. 

Super Hurricane tu best lah jugak tapi yang tak bestnya kena naik menara tinggi 6 tingkat sebelum dapat main. Lagi satu hal kalau takde kerjasama dengan partner memang tak keluar lah kau dik non sebab nak masuk dalam lubang keluar tu agak azab. 



Caribean Rider slide pertama yang kitorang try masa tu tapi bahaya sikit lah sebab laju pastu kena jarakkan jauh sikit orang pertama dengan orang kedua sebab taknak orang belakang hentam orang depan. Ada juga yang ingkar arahan sudahnya cedera sebab bahu kena hentak dengan orang belakang, tangan kena pijak, kepala terhantuk dekat lantai. Menangis lah cerita dia balik rumah sebab orang belakang lelaki badan tegap. Well, ada sebab kenapa peraturan dicipta. 

Nak makan dekat sini agak banyak juga pilihan cuma mahal lah. Dekat luar makanan cucuk jual sebatang seringgit, dekat dalam cecah 4 hengget. Tu baru cucuk, jangan kau tanya yang pinggan. Memang ada bawa bekal dari rumah tapi tak boleh bawa masuk dalam. But fret not, sebab you guys boleh keluar masuk selagi tag tak tercabut dari tangan. Balik nanti dia suruh kau koyak dekat kaunter, buang segala kenangan yang ada dalam tong sampah. 




Dekat dalam pun ada tersedia cabana untuk rehat dan letak barang tapi harga dia untuk orang have have je lah. Picisan macam kita ni mampu tengok je dari luar air peluh Cola dia menitis lepas keluar dari mini fridge. 




Masa pergi sini tak banyak pun bergambar sebab tak beli pouch kalis air tu dekat kedai. At first rasa macam rugi je beli tapi menyesal jugak bila tengok ramai yang bergambar masa main air. Ada hikmahnya jugak kot sebab spend time main air sampai lemau instead of bergambar 100 keping tapi upoad Insta 1 keping je. *ayat sedapkan hati*

Selain service cabana, locker, surau dan tandas, dekat sini ada juga service hair dryer tapi kena masukkan token lah. 1 token 5 hengget untuk 5 minit. Rela jugak lah rambut berkepam balik rumah syampu lepastu blow sendiri. 


Masa pergi ni ada jugak nampak bahagian yang ditutup untuk renovation and bakal ada tambahan slide/ride baru terbesar dan terpanjang di Asia tapi tak pasti lah apa benda sebab dia tak bagi hint pun. Mungkin dah siap nanti harga makin bertambah ataupun sama. Tapi yang pastinya, it was worth it and rezeki terpijak jugak lah dapat beli tiket harga promosi, dekat FB pun ada ternampak tiket promosi untuk taman tema air di Melaka tapi tak pasti dekat page mana. Ada rezeki lagi nak menapak kali kedua pulak. 

19 comments

  1. bestnya. saya suka sangat pergi ke water theme park. tapi yang kat shah alam ni tak pernah pergi lagi. inshaallah nanti bila ada masa akan ke sana

    ReplyDelete
  2. syoklah tak ramai orang lapang jew nak main air

    ReplyDelete
  3. Pernah pergi dekat pedas tu. Suka sebab ada air panas.

    ReplyDelete
  4. Best..Best..Dah lama tak pergi sini..last pergi pun mgkn 4 or 5 tahun lepas kot...huhu

    ReplyDelete
  5. Ha! pecah rahsia!!! ponteng kerja ya... majikan baca sure kena denda ni. #guraujer

    Wetworld pedas tu dekat jer.. dengan kampung Mrs. A selalu lau jer... tapi belum pernah singgah lagi. Biasalah kalau dekat kita tak herankan...?

    ReplyDelete
  6. besar juga yer tempat wet world nih yer
    masa study dekat shah alam tu lalu depan jer lah
    tak pernah masuk sebab banyak budak2 kecil dalam tu
    hahaha

    ReplyDelete
  7. dulu masa stay dkt shah alam , tak pernah pun masuk.. walaupun duduk dkt je..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  8. wahh sampai shah alam ni kena terjah sini ni..

    ReplyDelete
  9. Pergh!! best.. Best.. Lalu je, singgah tak pernah lagi..

    ReplyDelete
  10. tau lama dah tempat ni.
    tapi tak pernah gi.
    shah alam pun lama sungguh tak jejak kan kaki, farhana.
    cantik tempatnya.

    ReplyDelete
  11. Ala, dah balik duk perlis baru tau ada tempat best camtu...

    ReplyDelete
  12. salam...ada sape2 x blh bgtau hotel mane yg paling dekat dgn wet world...please

    ReplyDelete
  13. Kena pakai baju Mandi atau boleh jer pakai slur track biasa tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je pakai seluar track biasa tu

      Delete
    2. seluar track boleh eh sbb saya baru nak pergi ni

      Delete
    3. kalau peraturan tak berubah, boleh je

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.