Top 10 Real-Life Bollywood Couple

Sunday 29 July 2018

Menjadi pelakon hidup bersama peminat dan wartawan setiap masa adakalanya menghadkan masa untuk pelakon dan selebriti mempunyai masa bercinta seperti pasangan biasa. 

Di saat kebanyakan pelakon dan selebriti memilih untuk berkahwin dengan manusia biasa ataupun businessman, pasangan-pasangan ini jatuh cinta di lokasi penggambaran dan masih lagi setia bersama dan memecahkan streotype cinta lokasi takkan bertahan lama. 

1. Amitabh Bachchan & Jaya Bachchan


Pertama kali Big B bertemu Jaya bukan secara berdepan atau di mana-mana set lokasi tapi di muka depan majalah ternama kerana Jaya juga seorang model selain menjadi pelakon. Big B jatuh cinta kerana Jaya mempunyai sepasang mata yang cantik ditambah dengan traditional look. Tapi Big B cuma simpan perasaan suka tu dalam hati sebab Jaya adalah heroin terkenal dan dia cuma pelakon yang baru mula menapak dalam industri. Tak mungkin Jaya akan pandang dia.

Akhirnya mereka ditemukan dalam movie Guddi pada tahun 1971 dan bermula lah episod mencuri hati dari Big B kemudian berkahwin pada tahun 1973 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Abhishek dan juga Shweta.

2. Dharmendra & Hema Malini

Image result for dharmendra hema marriage

Kisah cinta mereka bermula di lokasi penggambaran Tum Haseen Main Jawan tahun 1970 tapi Dharmendra sudah berkahwin dengan Prakash Kaur dan mempunyai dua orang anak, Sunny dan Bobby Deol. Dalam masa yang sama Hema juga menolak beberapa pinangan termasuklah dari pelakon Sanjeev Kumar dan Jeetendra.

Related image

Pada awalnya Hema juga menolak cinta Dharmendra kerana berstatus suami orang tapi pada 1980, Hema dan Dhamendra convert ke agama Islam untuk berkahwin disebabkan isteri pertama tak ingin bercerai. Hema jatuh cinta dengan Dharmendra kerana karakternya yang sama seperti ibu Hema. Hingga kini mereka berdua masih lagi bersama dan jatuh cinta sama seperti pertama kali mereka bertemu.

3. Rishi Kapoor and Neetu Singh


Pelakon yang terkenal dengan movie Bobby merupakan berkawan rapat dengan Neetu Singh kerana sering berkerja bersama dalam beberapa movies. Rishi sering berkongsi cerita dan meluahkan perasaan apabila ditimpa masalah kepada Neetu. Dalam diam Neetu sebenarnya menyimpan perasaan pada Rishi walaupun Rishi seorang playboy.

Semasa penggambaran movie Barood di Paris, Rishi berasa sunyi dan sedar Neetu adalah penting dalam hidupnya kemudian dia menghantar telegram menyatakan perasaanya kepada Neetu. Walaupun mereka bercinta tapi Rishi maklumkan kepada Neetu, hubungan mereka cuma akan menjadi pasangan kekasih kerana bagi Rishi perkahwinan ialah satu beban besar.

Related image

Neetu masih lagi setia dengan Rishi and finally they tied the knot on 22nd Jan 1980 and thanks to Rishi family for making the first move. Ramai yang kecewa dengan pertunangan Rishi dan Neetu kerana Neetu antara actress kesayangan ramai kerana kecantikan dan bakatnya. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini mempunyai dua cahayamata, Riddhima Kapoor & Ranbir Kapoor.

4. Ajay Devgn and Kajol


Semasa perkahwinan mereka berdua pada tahun 1999, ramai yang berkata mereka berdua tak akan bertahan lama kerana Ajay seorang yang pendiam, berbeza karakter dengan Kajol yang mulut bising. Sebelum berkahwin, mereka berdua merupakan kawan rapat selama 4 tahun dan Kajol berada di puncak kariernya. Dalam setahun, Kajol berlakon sebanyak 4-5 movies manakala Ajay masih lagi tenggelam dan ini juga antara punca kenapa ramai yang anggap perkahwinan mereka tak bertahan lama.

Image result for ajay kajol nyssa yug

But they proved them wrong bila bertahan selama 19 tahun dan mempunyai dua orang anak bersama, Nyssa dan Yug walaupun tahun pertama perkahwinan Kajol keguguran. Selepas berkahwin, Kajol banyak meluangkan masa dengan anak-anak dan memberi laluan kepada Ajay fokus dalam bidang lakonan dan syarikat produksinya sendiri.

5. Akshay Kumar and Twinkle Khanna

Image result for akshay twinkle

Khiladi Bollywood, Akshay Kumar yang terkenal dengan perangai playboy jatuh cinta pada Twinkle ketika pertama kali ketika photoshoot session di majalah Filmfare kemudian berkerja bersama dalam movie International Khiladi. Mereka berkawan rapat sehingga lah tahun 2000, Twinkle berlakon dalam movie Mela bersama Aamir Khan. Twinkle kata pada Akki, kalau movie Mela gagal di box office, dia akan berkahwin dengan Akki. Thank God Mela flop teruk di box office walaupun Twinkle yakin movie tu akan meletup.

Image result for akshay twinkle nitara aarav

Mereka berkahwin pada tahun 2001 dalam majlis perkahwinan serba ringkas dengan jemputan seramai 50 orang dan hanya berlangsung selama 2 jam. Antara yang hadir ialah Aamir Khan dan Dharmendra, itupun macam tak percaya mereka berdua berkahwin. Dalam tak percaya tu pun, dah 17 tahun mereka berkahwin dan mempunyai sepasang cahayamata, Aarav dan Nitara.

6. Abhishek Bachchan & Aishwarya Rai


Pertama kali Aish dan Abhi berjumpa di set Aur Pyaar Ho Gaya tahun 1997 tapi ketika itu Aish bercinta dengan Salman Khan meanwhile Abhi pula merupakan tunang kepada Karishma Kapoor. Tahun 2000 mereka bertemu kembali di set Dhaai Akshar Prem Ke pada kemudian Kuch Na Kaho tahun 2003 memulakan perhubungan persahabatan antara mereka berdua.

Dikatakan mereka jatuh cinta pada tahun 2005 di set Bunty Aur Babli ketika Abhi baru sahaja putus cinta dengan Rani Mukherjee dan tahun 2006, mereka banyak menghabiskan masa bersama di set Umrao Jaan, Guru dan Dhoom 2. Sama seperti ayahnya, Abhi juga jatuh cinta pada Aish kerana matanya yang cantik. Akhirnya Abhi melamar Aish di Toronto, New York dan lamarannya diterima kemudian mereka pulang ke Mumbai untuk bertunang pada Jan 2007 dan berkahwin pada April 2007.

Image result for aish and abhishek aaradhya

Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang cahayamata perempuan, Aaradhya Bachchan. Bukan setakat Aishwarya berhenti berlakon sementara waktu untuk meluangkan masa bersama anaknya, tapi Abhishek juga mengurangkan aktiviti kerjaya hanya untuk fokus bersama Aaradhya.

7. Saif Ali Khan & Kareena Kapoor


Pasangan sensasi Bollywood yang mempunyai nama gabungan, Saifeena mula bertemu pada saat Saif bersedia untuk memulakan hidup baru sebagai seorang suami dan juga Kareena yang memerlukan seseorang yang stabil dalam kehidupannya dan mereka berkahwin pada tahun 2012 selepas bercinta selama 5 tahun sejak 2007. Right after Kareena broke up with Shahid Kapoor.

Walaupun perbezaan umur sebanyak 10 tahun dan juga perbezaan agama tak menjadi penghalang kepada cinta mereka dan mereka dikurniakan seorang cahayamata pada Disember 2017 walaupun pada awalnya Kareena agak keberatan untuk mempunyai anak. Percaya atau tidak, dia membuang stereotype ibu mengandung tak boleh berlakon dan meneruskan kehidupan glam seperti biasa.

Image result for saifeena taimur ibrahim sara

Meluangkan masa bersama Taimur dan juga dua lagi anak Saif hasil perkahwinan bersama isteri lama, Sara dan Ibrahim Ali Khan, Saifeena cuba mengimbangkan kehidupan berkeluarga dan juga kerjaya. 

8. Riteish and Genelia Deshmukh

Related image

Mempunyai karakter yang sama membuatkan mereka berdua berkawan  selama hampir satu dekad walaupun pada awal pertemuan Genelia agak dingin kerana menganggap anak Ketua Menteri bersifat sombong tapi ternyata salah. Riteish sama sepertinya, mesra, peramah dan menghormati orang tua. Tak pernah bercinta seperti pasangan lain kerana hingga sekarang mereka menganggap mereka merupakan kawan baik dan persahabatan tu bertukar kepada cinta. Bak kata Rahul dalam Kuch Kuch Hota Hai – Pyaar ek dosti hai.

Related image

Sampai sekarang Ritesih tak pernah melamar Genelia seperti pasangan lain tapi menghantar rombongan meminang dan berkahwin. Kata Riteish dia lemah lutut dan nervous untuk moment besar macam tu. Plus Riteish percaya dengan adat tradisi lagi penting dan akan buatkan hubungan bertahan lama. Tak perlukan cincin untuk tanda sesuatu perhubungan kerana dia berikan seluruh hati dan hidup kepada Genelia dan mereka sekarang dikurniakan dua cahaya mata, Riaan & Rahyl.

9. Kunal Khemu and Soha Ali Khan


Sama seperti abangnya, Saif, Soha juga bercinta dengan pelakon Bollywood, Kunal Khemu dan tinggal bersama di apartmen Mumbai yang dihadiahkan oleh ibunya, Sharmila Tagore. Soha berkata tinggal bersama partner sebelum berkahwin adalah untuk mengenal pasangannya dengan lebih dekat and it certainly works for both of them bila Kunal melamar Soha di Paris kemudian pulang ke India untuk berkahwin pada 25 Jan 2015.

Pada awal perkenalan mereka berdua, Soha dan Kunal tak bertegur dan masing-masing tak pernah terfikir untuk berkawan pun disebabkan status Soha sebagai kerabat diraja dan graduan Oxford. Tambah pula masa lapang yang ada di set, Soha akan siapkan artikel untuk majalah Oxford. Bagi Kunal nak bersembang dengan Soha pun mesti kena sembang topik berat dan nampak ilmiah tapi lepas movie kedua berkerja bersama, Kunal dan Soha berkenalan dan mula developed feelings for each other.

Related image

Selepas berkahwin, Soha kurangkan masa sebagai pelakon dan lebihkan masa untuk membina keluarga kecilnya. Tahun 2017, mereka berdua menjadi ibu bapa kepada Inaaya Naumi Kemmu pada bulan September.

10. Karan Singh Grover & Bipasha Basu


Bukan setakat media malah peminat juga tak sangka mereka bercinta dan berkahwin kerana Karan mempunyai dua bekas isteri sebelum Bipasha. Ini merupakan perkahwinannya yang ketiga. They’re always been tagged with ‘Will they last?’ question. Antara punca lain adalah kerana Karan dikhabarkan gay tapi Bips & Karan tak pernah melayan gossip atau soalan wartawan dan hidup bahagia bersama.

Image result for ksg bips yoga

Mempunyai minat yang sama, fitness antara punca mereka berdua jatuh cinta dan mengamalkan gaya hidup sihat baik dari gym routine mahupun pengambilan makanan. Mereka berdua bertemu di set Alone tahun 2016 dan berkahwin pada April 2016. Menggunakan hashtag #MonkeyLove di Instagram, Bips dan Karan sentiasa update aktiviti harian mereka berdua untuk dikongsikan bersama peminat.


That's all for now peeps! Have a great Sunday ;)

10 comments

  1. wahhh...semua akak minat tau..hehehe.."hantu hindustan ni"

    ReplyDelete
  2. yg mana pasangan dah ada anak, anak dorg pun kemain comelnya...

    ReplyDelete
  3. Eh serius la bipasha basu dah kahwin haha maigad. baru tau. dah la kahwin dgn karan. ish ish haha ika dah jadi adik bawang dh ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah dahhhh, wedding dia memang meriah sangat. Dah lah dia cantik, memeng berseri sangat tengok video dan gambar dia

      Delete
  4. To say the truth I am very impressed by what you told. You share tons of interesting info, neat and excellent design you’ve got here. It’s certainly one of the most informative stuff on this topic I’ve ever read. Bollywood news

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.