Tips Masak Nasi Orang Bujang

Tuesday 3 July 2018


Selalunya kalau makan bujang ni memang satu cawan beras je sebab portion untuk sorang dua makan tapi masalah timbul bila masak sikit ni memang kerak lagi banyak dari isi jadi terpaksa lah masak lebih sikit. Nak beli periuk nasi Tefal tak mampu dik non nak pula kalau students.


Kecoh dekat Twitter hari ni cara masak nasi portion sedikit tanpa berkerak langsung menggunakan mug dan periuk nasi. Rasa dia ala nasi kukus pun ada jugak. Cara nak masak pun mudah je cuma sukatan air je kena lebih sikit dari biasa.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Portion : 1 orang makan

- Beras segenggam
- Air
- Mug
- Periuk nasi

Cara Penyediaan :

1) Barus beras seperti biasa kemudian masukkan ke dalam mug dan isikan air sehingga tenggelam beras. Sukatan air penuh mug pun okay. Kalau tak yakin, masuk sampai beras tenggelam and make sure kerap check. Bila kurang, tambah.

2) Masukkan air dalam periuk nasi paras setengah periuk kemudian tekan button cook. Kalau guna dapur gas, hidupkan api sederhana kemudian tutup dengan penutup periuk supaya wap tu masak beras dalam mug.


3) Biarkan sampai masak kemudian hidangkan. 

For me, dah cantik dah nasi ni sebab memang suka makan nasi jenis lembut macamni. Kalau yang tak suka, boleh adjust sukatan air ikut tekak masing-masing. 


Mudah je cara dia, rasanya kalau guna mangkuk kaca pun boleh ataupun cawan besi macam penjual nasi kukus selalu buat. Warna dia pun lagi cantik dari nasi yang masak guna periuk nasi tapi yang lagi penting tak ada masalah berkerak. Nak cuci pun senang.

14 comments

  1. kesian.. xpe.. kumpul duit sikit2 :)

    ReplyDelete
  2. akak pun pernah cuba cara macam ni

    ReplyDelete
  3. eh..masak sekali dengan mug ke?

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba lagi.. Nampak dah orang share pasal nie kat media sosial..

    ReplyDelete
  5. Akak dulu masa mula2 belajar masak nasi, takut berkerak atau hangit memang kukus jelah :)
    Convenient kan cara ni...

    ReplyDelete
  6. Takdelah membazir kan.. ;)

    ReplyDelete
  7. yg kuat mkn ckp ke tu segenggam? haha

    ReplyDelete
  8. Hari tu Nani ada tengok jugak dekat twitter. Heheh. Nanti boleh lah try buat macam ni jugak, jimat :)

    ReplyDelete
  9. good idea, kalau nak masak nasi untuk sorang memang boleh try cara ni.

    ReplyDelete
  10. kebetulan, pagi tadi kakak aida share pasal ni kat grup wasap family kami, farhana.
    kakak aida tu berdua aje dgn asben nyer.
    lom ada rezeki ada anak.
    so diorang berdua, masak sorang 1 mug :)
    so cute.

    ReplyDelete
  11. nanti nak try masak macam ni pulak...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.