Telemovie Review | The Hantus (2018)

Tuesday 10 July 2018

The Hantus

Pengarah : Nabil Ahmad, Helmi Yusof
Penulis Skrip : Nabil Ahmad
Pelakon : Alif Satar, Faizal Hussein, Hannah Delisha, Khatijah Tan, Mimi Lana, Namron, Rab Khalid, Sazrin Aizul, Firdaus Ghufran, Ucop Cecupak, Ziema Din
Genre : Komedi/Romantik
Durasi Tayangan : minit
Tarikh Tayangan : 15 Jun 2018
Syarikat Produksi : KMN Production Sdn. Bhd
Penyiar : Astro First Eksklusif 480
Trailer :


This is the first time Nabil Ahmad jadi penulis skrip dan pengarah bersama and even pengarah bersama pun, kata Alif Satar dia memang gigih tau nak jayakan telemovie ni sampai lunyai skrip original dia pegang masa shooting. Sanggup pulak tu tunggu schedule Faizal Husein dengan Alif Satar free sebab nak diorang je yang berlakon dalam telemovie ni. And I really think its worth it.

Dalam telemovie ni ada 5 part yang menceritakan perjalanan Fahmi (Alif Satar) sebagai hantu selepas kemalangan di lebuhraya Karak apabila bas yang dipandu oleh Din Pekak (Rab Khalid) terbalik jatuh ke dalam gaung. Tapi jangan disalahkan Din sebabnya ni semua angkara bisikan syaiton. Hanya Fahmi je yang berjaya keluar dari bas tu dan naik ke atas untuk minta pertolongan tapi sayang tiada siapa pun yang berhenti untuk menolong.


Muncul Abang kereta Volkswagen kuning yang macho (Faizal Husein) datang tolong dan bawa ke balai polis dan hospital selepas ambil Kak Ponti (Khatijah Tan) di lorong kedai. Dalam Part 1, diceritakan tentang kisah hidup Din Pekak manakala Part 2 tentang kisah Abang Volkswagen kuning yang legend di lebuhraya Karak tapi handsome macho stylish teruk hantunya pun. Faizal Husein pulak tu ya tuhannn crush dari kecik! Disebabkan Nabil memang suka dengan Faizal Husein dalam Gila-Gila Remaja, watak Abang Volkswagen ni pun diambil sebijik macam watak Azroy.


Part 3 pulak mengisahkan tentang Kak Ponti (Khatijah Tan) yang ala-ala Hantu Kak Limah sebab sembang guna dialek Perak. Perangai pun gila-gila masuk air. Sepanjang perjalanan nak ke balai polis dan hospital tu Fahmi tak sedar lagi yang dia dah jadi hantu. Lepas beberapa siri menyakat manusia baru dia faham dia dah mati dalam kemalangan tu tapi dia okay je sebab Abang Volkswagen dengan Kak Ponti jenis kaki enjoy dan bawa dia ke funfair hantu.


Dekat funfair ni lah dia berjumpa dengan Dhia (Hannah Delisha) yang akan hidup bila dekat dengan dia tapi pengsan bila berjauhan. Comel sangat lakonan Hannah Delisha dalam telemovie ni. Dalam Part 4 ni mengisahkan tentang bagaimana Dhia mati, memang agak ngeri kehidupannya dah ala-ala Final Destination dah. Masa scene otak dia pecah tu nampak real betul, power makeup artist diorang ni. Ada juga scene dating ala SRK-Kajol dalam Dilwale cuma dalam ni ambil masa selama 2 minit je.


Part 5 pula mengisahkan tentang kehidupan Fahmi sendiri, bagaimana dia ditipu dan dipergunakan oleh Cinta (Mimi Lana) sehingga dia naik bas keluar dari Genting yang dipandu oleh Din Pekak. Ada sebab kenapa Dhia melekat dengan Fahmi dan jatuh cinta dengan Fahmi. Mampu atau tidak Fahmi dan Dhia bersama? Siapakah Dhia sebenarnya? Jawapannya dalam The Hantus!

Walaupun naskhah ni menggunakan tajuk The Hantus dan berkisarkan kehidupan hantu yang ingin bersuka ria tapi tak ada pun babak seram dalam telemovie ni cuma scene balai polis tu sebenarnya real dan boleh search di Youtube – ni Nabil yang bagitahu sebab tak berani nak tengok hantu apa yang ada. Dalam movie lawak lah. Funfair dalam telemovie ni diinspirasikan dari Mimaland tapi tak berapa menjadi sangat pun sebab nampak macam funfair biasa je. Jauh beza dengan Mimaland.


Antara sebab kenapa Nabil pilih barisan pelakon The Hantus kerana mereka ni semua bersahaja dalam lakonan dan nampak neutral and yesss they are! Memang chill santai je tengok telemovie ni ditambah pula dengan visual shot yang cantik dan colour grading ala cerita klasik zaman 60-an atau 70-an ditambah dengan lagu dari Kugiran Masdo memang menghidupkan vibe zaman tu. Kali ketiga tengok lakonan Mimi Lana dan kali ni berlakon sebagai gadis liar and what can I say, I'm already a fan now.

For me, Nabil already proved his worth as a director tapi kali ni dia bekerja dengan barisan pelakon mantap so kerja dia agak mudah, can’t wait for another genre in his production dan pelakon baru. Wish him luck and all the best for his new career!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.9, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

22 comments

  1. sha dah tengok sampai hanna delisha pengsan takboleh jauh tu pastu ada kerja, kena sambung tengok ni. best betul haha

    ReplyDelete
  2. Da tgk. Best gak. Klaka..

    ReplyDelete
  3. ibu ayu pun dah tgk..kata best. leh la beli ..kasi ian n iris layan
    tq for the review..memang nampak mcm fun!!

    ReplyDelete
  4. Tajuk kemain nampak seram alih alih cerita lawak takleh tahan betul haha

    ReplyDelete
  5. Alaa lepas baca review ni kita pulak rasa nak tengok jugak. Hahah! Boleh lah langgan nanti.

    ReplyDelete
  6. Tah tenguk lagi.
    ingatkan cerita seram.

    ReplyDelete
  7. x sabar nak tgk cerita ni :)

    ReplyDelete
  8. owh seronok ker?
    nanti nak tengok lag

    ReplyDelete
  9. Tengok dah.. paling suka sebab ada Faizal Hussein.. kikiki..

    ReplyDelete
  10. dari iklan nyer aida tau, citer lawak.
    nabil ahmad punyer idea kan, sah lawak :)
    tapi lom tgk la.

    ReplyDelete
  11. tengok trailer memang best plus faizal hussein pula yg berlakon memang excited nak tengok movie ni :)

    ReplyDelete
  12. sempat tengok part 1 tang din pekak tu je, nanti nk kena sambung balik tgk hehe

    ReplyDelete
  13. Dah tngok, my personal opinion, ada jalan cerita, tapi dilengah-lengahkan dgn scene yg x penting..kelakar yes, but part fahmi dgn cinta tu patut kurangkan and kurang best, just my personal thoughts.. Overall i could give 5/10 ..i recommended Hantu Rumah Sakit Jiwa, yg tu 9/10

    ReplyDelete
  14. Dah tngok, my personal opinion, ada jalan cerita, tapi dilengah-lengahkan dgn scene yg x penting..kelakar yes, but part fahmi dgn cinta tu patut kurangkan and kurang best, just my personal thoughts.. Overall i could give 5/10 ..i recommended Hantu Rumah Sakit Jiwa, yg tu 9/10

    ReplyDelete
  15. Dah tngok, my personal opinion, ada jalan cerita, tapi dilengah-lengahkan dgn scene yg x penting..kelakar yes, but part fahmi dgn cinta tu patut kurangkan and kurang best, just my personal thoughts.. Overall i could give 5/10 ..i recommended Hantu Rumah Sakit Jiwa, yg tu 9/10

    ReplyDelete
  16. Dah tengok gak.. Tajuk kemain.. Tak sangka nabil boleh jadi pengarah sekarang.. Best lawak kisah dia

    ReplyDelete
  17. Ape tajuk lagu scene abang volkswagen kuning tu? Apabila dia sedang light rokok n terus ada lagu keluar?

    ReplyDelete
  18. Memburu Impian - Kazar *OST Gila-Gila Remaja :)

    ReplyDelete
  19. Paling tak best.....cerita merapu

    ReplyDelete
  20. citer ni best walau lawak tp ada maksud mendalam.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.