Sistem Angka Roman Kuno

Thursday 26 July 2018

Angka Roman selalu kita gunakan dalam penulisan rasmi sama ada surat, buku, kajian dan ada juga yang bukan untuk kegunaan urusan rasmi tapi selalunya stop sampai 10 je lah, itupun dah habis power. Bila buat assignment memang berdoa tak lebih dari 10 sebab malas nak pening fikir. Jam tangan pun ada yang guna angka Roman ni

Image result for nombor roman

Padahal tak susah pun sebenarnya nombor roman kuno ni kalau nak belajar. Dalam gambar dekat atas adalah nombor Roman yang biasa kita guna. 

I = 1

Bila I + I = 2, bila I+I+I = 3. 

V pula mewakili 5, bila I berada di depan bermaksud (5-1). Thus, IV.

Bila I di belakang V, maksudnya operasi tambah digunakan, (5+1). Thus, VI

Sama juga dengan X yang mewakili 10. 

Untuk yang lebih susah sikit bila masuk belas dan perpuluhan, kan?

Here some notes for you guys:
X mewakili 10, 
L mewakili 50,
C mewakili 100,
D mewakili 500,
M mewakili 1000.

Jadi bila nak buat nombor puluh contoh macam 29, 

XXIX = (XX mewakili 20, IX mewakili 9) 

Contoh lain, 49 

XLIX = (XL = 50-10, IX = 10-1)

Boleh faham tak setakat ni? Cewahhh macam cikgu Maths dah. 

Bila dah masuk 60 ke atas dia macam mencabar sikit sebab banyak simbol nak ingat, ada yang cecah sampai 8 simbol macam nombor 88. 

LXXXVIII = [(L = 50 + XXX = 30) (V= 5 + III = 3)]

Kalau pening dah, refer chart dekat bawah je 

Image result for nombor roman
Kalau nak tulis tahun pula macam tahun 2018 = MMXVIII

MM = 2000
X = 10
VIII = 8

Lagi satu contoh tahun lahir sendiri, 1991 = MCMXCI

M = 1000
CM = 900 (1000-100)
XC = 90 (100-10)
I = 1

Pening tak nak faham? Kalau pening, bersyukur lah tak guna nombor Roman dalam sistem angka kita. Menangis kalau tersalah letak semua simbol ni. Tapi cool lah kalau nak guna dalam penulisan, nampak artsy or historic hah gittew. Have a nice day guys!

11 comments

  1. teringat dulu cikgu ajar.. tapi sampai 10 ja.. lepas tu fikir sndiri. hahah da besar sikit barula faham macam mana nk guna roman numbers ni =D

    ReplyDelete
  2. Masih guna juga sistem angka ni .

    ReplyDelete
  3. mmg pening la kalo guna roman ni..biasa tulis roman smp nombor 10 je

    ReplyDelete
  4. Ahaha akak tahu 1-5 ja..ahahaha

    ReplyDelete
  5. Dpt hafal hingga 8 je, pastu tak ingat 😁

    ReplyDelete
  6. pengsan nak ingat semua ni, tp best juga tau knowledge mcm ni ..
    terus rasa mcm hidup di zaman Roman...hehe.

    ReplyDelete
  7. pening.. hahaha.. Selalu guna sampai 10 je.. lebih pada tu tak pernah..

    ReplyDelete
  8. Nak pengsan tengok banyak-banyak no roman ni. Adeh.

    ReplyDelete
  9. Nice sharing, selalu blur bila sampai angka lepas 5...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.