Movie Review : Truth Or Dare

By farhanna jafri - 19:02


Related image

Director : Jeff Wadlow
Writer : Michael Reisz, Jillian Jacobs, Chris Roach and Wadlow.
Cast : Lucy Hale, Tyler Posey, Violett Beane, Hayden Szeto, Sophia Taylor Ali, Landon Liboiron
Genre : Supernatural Horror/Mystery
Running Time : 100 minutes
Release Date : 13 April, 2018
Production Company : Blumhouse Productions
Distributor : Universal Pictures
Trailer :


Jalan cerita movie ni agak menarik bila game zaman sekolah jadi game berhantu dan merbahaya. Bila kita malas nak buat dare yang merapu kita boleh blah je tapi dalam movie ni, kalau taknak buat dare atau menipu terus mati.

Sekumpulan pelajar kolej tahun akhir pergi bercuti di Mexico, all is great and they’re having fun tapi malam terakhir diorang di situ, Olivia (Lucy hale) berjumpa dengan Carter (Landon Liboiron). Lepas berborak sepanjang malam, Carter ajak diorang lepak di gereja lama untuk main Truth Or Dare. Walaupun ramai yang refused sebab esok dah nak balik plus game tu agak lame, diorang join jugak sebab nak jaga hati member.


At first okay lah tapi bila sampai turn Carter, dia pilih Truth kemudian dia bagitau dia tricked Olivia untuk pergi situ supaya game tu stop kacau dia dah. Sebelum dia pergi, dia pesan diorang kena teruskan main ikut turn, kalau tak semua mati. Termangu diorang semua dekat situ sebab Carter tu stranger lepastu bawak game pelik sudahnya diorang balik ke US.

Esoknya Olivia kena ganggu bila dia nampak soalan Truth Or Dare sana sini, bila dia dah main soalan tu berpindah pula kepada Ronnie (Sam Lerner) tapi disebabkan Ronnie taknak buat dare, dia jatuh dari snooker table kemudian mati dekat situ. At first they thought it was an accident but when Tyson (Nolan Gerard Funk) also died when he lied, they started to dig more about that cursed game.

Related image

Finally diorang dapat jawapan dari rahib yang terselamat dari game tu tapi untuk selamat kena ada pengorbanan. Siapa yang pecahkan balang di gereja tu kena potong lidah sebagai cagaran. Malangnya masa geng diorang main game di gereja tu tak ada siapa pun yang pecahkan balang tapi geng Carter yang buat onar. Jadi satu hal kena cari geng Carter padahal ramai yang dah mati.

Scene paing best dalam movie ni bila Penelope (Sophia Taylor Ali) kena buat dare sebab dalam game ni bila dua orang sebelumnya dah pilih Truth, orang ketiga tu wajib buat Dare. So Penelope kena suruh jalan dekat atas bumbung sambil minum arak so most likely dia akan lose balance and fall. Paling cuak bila dia berjalan dekat pagar penghadang yang bercerucuk tu. Gigih berdoa dia tak jatuh dekat situ sebab ngeri kot mati tercucuk dekat pagar tu. Tepuk dahi bila kawan-kawan dia pergi letak tilam atas pagar tu. Memang gagal lah cerita dia. Nasib lah Olivia cerdik sikit pergi rempuh pagar dengan kereta. Fuhhhhh!


Walaupun Olivia ni cerdik sikit, tak semestinya dia cerdik bila dah masuk second half. Dia dah tahu hantu Calux ni akan perdayakan diorang bila tahu dark secret orang yang bermain tu, lagi dia nak mention pasal rahsia walhal boleh je diam sampai habis. Nampak macam Calux tu licik tapi sebenarnya diorang yang bodoh. Nak kata panic tak jugak sebab lama jugak diorang survive dalam game ni sampai dah tahu strategi nak survive.

First half memang best lah layan tapi masuk second half doa cepat habis je sebab game ni hambar. Tapi ending dia terbaik lah. Dekat mulut cakap lain, sudahnya bila dalam situasi tu sendiri kita akan buat lain. Though I got mixed feelings watching this movie, I really amazed with their friendship bonding. Memang setiakawan sangat, terima baik buruk kawan-kawan. Stick through thick and thin.
Cuma weird jugak lah sebab character yang mati memang habis terus dah. Tak ada funeral ataupun massive curiosity sedangkan college student ni mulut agak kepochi bergosip sana sini.


Yang lemah semangat better jangan tengok sebab cara mati agak extreme. Awal movie dah nampak ada yang mati kena bakar hidup-hidup sebab game Truth Or Dare ni. Scene Tyson tikam mata sendiri sampai mati pun ngeri jugak. Hantu dia je tak seram atau ngeri.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 6.9/10

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. uish, sha rasa tak kuat nk tengok cerita ni

    ReplyDelete
  2. Kecut perut baca review awak ni. Bab-bab tgk mati ngeri ni memang idok ler teman nak nengoknya.

    ReplyDelete
  3. Berkerut2 haa baca review pun, dah lama tak tgk thriller ni rasa nak start balik, haha.

    ReplyDelete
  4. baru rasa nak tengok tapi bila part last kata hambar alaaa ahaha. btw thx share!

    ReplyDelete
  5. jahat betul si carter ni ajak orang main pastu tak pasal orang lain kena tanggung

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)