Movie Review : A Prayer Before Dawn

By farhanna jafri - 03:07

Related image

Director : Jean-Stéphane Sauvaire
Writer : Jonathan Hirschbein and Nick Saltrese
Cast : Joe Cole, Vithaya Pansringarm, Panya Yimmumphai, Somluck Kamsing
Production Company : Meridan Entertainment, Symbolic Exchange, Senorita Films, IndoChina Productions, HanWay Films, Canal+, Cine+
Distributor : A24, DirecTV Cinema, Altitude Film Distribution
Genre : Drama/Bioghraphy
Running Time : 117 minutes
Release Date : 19 May 2017 (Cannes), 20 July 2018 (United Kingdom), 10 August 2018 (United States)
Trailer :


Kisah benar seorang peninju UK yang dibukukan dengan tajuk ‘A Prayer Before Dawn: My Nightmare in Thailand's Prisons’ diangkat ke layar perak untuk menjadi pengajaran kepada anak muda supaya tidak terjebak dengan dadah dan masuk penjara kerana kehidupan di penjara lebih teruk dari luar.

Billy Moore (Joe Cole) merupakan seorang peninju yang pergi bercuti di Thailand dan disebabkan kariernya, dia menggunakan dadah sebagai peransang dan juga painkiller semasa di dalam gelanggang. Dari situ dia ketagih dan mahukan lebih dari had biasa. Dia kemudiannya ditangkap oleh polis Thailand dan dipenjarakan di sana.

Image result for a prayer before dawn review

Kehidupan penjara Thailand agak teruk bilamana pukul, buli, rogol adalah perkara biasa. Sel yang ada dikumpul beramai-ramai dan agak kotor. Setiap hari terpaksa berebut air sebanyak 2 botol untuk simpanan waktu malam. Bunuh diri adalah perkara biasa di penjara. Billy pun tak terkecuali bila dia tak tahan hidup di dalam dan kehabisan stok dadah. Tapi Billy diselamatkan oleh rakan sebelah yang tersedar tangannya berdarah dan sempat dirawat.

Dalam meratapi nasib hidup, Billy ternampak sekumpulan ahli Muay Thai yang bersenam di luar sel. Dia cuba untuk join kerana skills boxing yang dia ada. Selepas berhutang satu carton rokok, dia berjaya masuk ke dalam team Muay Thai penjara dan berlatih sehingga terpilih untuk dihantar berlawan dengan banduan penjara lain.Kehidupan banduan yang terpilih mewakili penjara agak berbeza dengan banduan biasa bila mereka dapat keluar setiap kali ada tournament dan dapat berjumpa sekejap dengan ahli keluarga.

Image result for a prayer before dawn review

Masa layan movie ni memang berkerut juga nak faham apa yang orang Thai cakap dekat Billy sebab tak ada subtitles, hanya ada pada beberapa conversation je. Rupanya director sengaja biarkan beberapa part ni tak diterjemahkan supaya penonton pun faham macam mana jadi bingung macam Billy. Dalam movie ni tak banyak sangat pun dialog Billy. Kalau ada pun macam ayam dengan itik je.
 
Bila bertemakan boxing atau Muay Thai bunyi berdesing adalah perkara biasa untuk tonjolkan situasi sebenar. Sama juga dengan motion and visual dia bila dia shot dari sudut perspektif Billy. Pandangan dia bila dia intai dari dinding penjara, bila dia high dan beberapa scene lain. The team did a great job in here in portraying real-life of Thai prison.

Image result for a prayer before dawn review

Tak ramai pun pelakon dalam movie ni sebab kebanyakannya merupakan banduan sebenar dan peninju sebenar Thailand supaya menghidupkan suasana sebenar sama seperti apa yang Billy tempuhi sebelum dia keluar dari penjara selepas mendapat pengampunan dari Raja Thailand pada tahun 2010. 

Not recommend for you guys yang tak mampu tengok sebab ada beberapa scene jijik, kotor, nudity, racism dan scene raw yang dipaparkan dalam movie ni. Billy sekarang menjadi trainer kepada peninju yang terlibat dengan ketagihan dadah di UK selepas bebas dari penjara. Pengalaman berada di penjara Thailand betul-betul mengubah hidup dia menjadi manusia yang berguna. Congrats to the team since movie ni terpilih untuk ditayangkan di Cannes Film Festival 2017 dan mendapat banyak pujian dari pengkritik filem.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. sounds ganas movie ni..tapi macam best sebab boleh menginsafkan sesiapa supaya tak terjebak dengan dadah

    ReplyDelete
  2. Macam best jea movie nie.. Agak-agak sama tak macam citer Ong Bak dulu..?

    ReplyDelete
  3. saya suka filem-filem yang bergenre sebegini :) in shaa Allah nak tgok nanti

    htpps://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. rasa macam pernah tengok tapi macam lupa. btw thanks review! :)

    ReplyDelete
  5. Uish.. Tak mampu nak tengok nie.. Murung nanti.. kikiki

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)