Movie Review : Padman

By farhanna jafri - 19:55

Image result for padman movie

Director : R. Balki
Writer : R. Balki, Swanand Kirkire (co-writer)
Cast : Akshay Kumar, Sonam Kapoor, Radhika Apte, Urmila Mahanta
Production Company : Chandan Arora Production Company, Columbia Pictures, Hope Productions, KriArj Entertainment, Mrs Funnybones Movies
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Biography/Drama/Comedy
Running Time : 140 minutes
Release Date : 9 February 2018
Trailer :


Been rooting for this movie and its finally here! Sebelum ni ada buat entri tentang Padman Challenge tapi tak mendapat sambutan di negara ni but that's fine tho sebab sasaran asal di India. Padman merupakan sebuah movie yang diadaptasikan dari filem pendek, "The Sanitary Man of Sacred Land" dalam buku penulisan Twinkle Khanna, The Legend of Lakshmi Prasad, yang diinspirasikan dari kisah sebenar kehidupan Padman India, Arunachalam Muruganantham yang mencipta sanitary pad untuk isterinya dan menjual kepada wanita lain dengan harga yang murah. 

Dalam movie Padman, you guys boleh nampak masyarakat India buat upacara menyambut kedatangan seorang gadis yang dah pun period sebagai tanda sudah dewasa. Memang sangat meriah tapi sayangnya bila setiap kali period, mereka diasingkan dalam satu bilik khas. Di India hanya 12% yang guna pad bila period sebab harga pad Rs 55 agak mahal so kain adalah pilihan utama dan dibasuh berulang kali setiap kali period. Ada yang guna daun, ada juga guna arang yang boleh menyebabkan kemandulan dan kematian.  


Disebabkan penerangan doktor tentang perkara ni membuatkan Lakshmi (Akshay Kumar) berazam untuk buatkan sanitary pad kepada Gayatri (Radhika Apte), isterinya yang tercinta. Since Lakshmi seorang pengimpal besi, more likely dia pandai untuk cipta atau repair sesuatu benda. Dari pad sebenar dia cuba mencari semua bahan yang diperlukan untuk membuat pad. Cubaan demi cubaan tetapi gagal untuk yakinkan Gayatri untuk pakai pad instead of kain buruk. Bukan setakat Gayatri tapi adik-adik perempuannya juga dan beberapa orang perempuan yang dia approach untuk cuba pad buatannya.

Keadaan jadi kacau-bilau bila perbuatan Lakshmi dikatakan memalukan orang kampung dan Gayatri sanggup mati daripada menanggung malu. Lepas Gayatri lari balik ke rumah keluarga dia, Lakshmi keluar dari kampung dan cari sesiapa yang boleh bantu dia menghasilkan pad. Di sana dia bekerja di rumah Professor sebagai orang gaji dan mengetahui kapas yang digunakan dalam pad bukan kapas asli tapi cellulose fiber. Selepas menempah dari US, dia belajar untuk buat machine pad dengan 4 bahagian asas yang penting - Pulverisation, Compression, Wrap Fusion & Sterilization.


Selepas berjaya menghasilkan pad tersebut, dia berjumpa dengan Pari Walia (Sonam Kapoor) yang terlupa bawa pad semasa music exhibition di kampung tu. Pertemuan Pari dengan Lakshmi membuatkan Pari sanggup menolong Lakshmi untuk menjual pad dan mewujudkan kilangnya sendiri dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung terutamanya wanita kerana sering ditindas oleh suami tak guna.

Kejayaan Lakshmi sampai ke pengetahuan Gayatri dan orang kampung. Dari membenci bertukar bangga bila Lakshmi dijemput ke US untuk memberi ucapan tentang pad yang dihasilkan dan juga penganugerahan dari kerajaan negara India kerana menyumbang sesuatu kepada negara. Sayangnya hati Lakshmi berbelah bahagi kerana jatuh cinta dengan Pari yang bersama tunaikan impian dia sehingga ke tahap yang tinggi.

Image result for padman movie

Tapi siapa yang dipilih Lakshmi cuma fraction kecil je dari movie ni sebab movie ni nak sampaikan mesej betapa pentingnya penggunaan pad dan merupakan medium untuk meminta pengurangan harga pad yang dijual di kedai supaya lebih murah ataupun percuma kepada golongan yang miskin dan permintaan mereka berjaya di India. Sama seperti Toilet, movie Padman juga mempunyai mesej sosial yang kuat kepada masyarakat untuk mengubah stigma untuk kehidupan yang lebih baik.

Lakonan pelakon utama Akshay, Radhika dan Sonam memang terkesan dan bagus sangat dalam movie ni nak pula bila scene Lakshmi berjumpa dengan Pari untuk bertanya tentang feedback pad yang dihasilkan sendiri. Emosional dan menyentuh hati bila kita tahu betapa susahnya Lakshmi untuk ubah lifestyle masyarakat dan beratnya perjalanan yang dia lalui untuk hasilkan pad murah.


As the genre mentioned, movie biografi tentang Arunachalam Muruganantham ni ada juga elemen komedi supaya movie ni nampak santai dan ringan. 1 jam 40 minit rasa sekejap sangat masa layan movie ni and I really wish the movie was longer than it should be. Panjangkan lagi scene percubaan Lakshmi mencipta pad dan penerimaan orang kampung ataupun perjalanan dia dan Pari sebab romantic sangat scene Akshay-Sonam dalam movie ni. Chemistry tu tak berubah selepas movie pertama mereka, Thank You tahun 2011.

Kalau dengar nama R.Balki je, dah tahu dah plot movie yang cantik ditambah dengan skrip bagus dan beberapa dialogue bagus yang dilontarkan oleh karakter penting.

'We women would rather die of illness than live in shame!'
'How can a person who unable to protect a woman call himself a man?'
'Big man, strong man, not making country strong...woman strong, mother strong, sister strong then country strong.'
'America has Batman, Superman, Spiderman but India has Padman! He is our real superhero!'


For those yang belum tengok, you can watch this beautiful movie di Astro First ataupun tunggu je lah sikit masa lagi nanti masuk la tu dekat Astro Cita ataupun Tara. Fun fact, movie ni dah menang beberapa award besar di India dan mesej untuk guna pad dah berjaya mengubah persepsi taboo di beberapa kawasan di India. The team did a great job for their country. Kudos!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. wa, macam best tau. ok boleh duduk tengok la hari ni :)

    ReplyDelete
  2. ada tengok trailer cite ni, komedi gitu. baca review ni lg excited nak tengok 😁

    ReplyDelete
  3. Bila baca review awak, akak rasa filem nie memang menarik untuk ditonton..

    ReplyDelete
  4. Aida berjenan tgk citer ni after tgk iklan nya.
    Hero pun best.

    ReplyDelete
  5. Wah..challenge aritu berjaya la ye? Mahal jugak harga pad kat sana, kalau kat Malaysia pun harga mahal, mak pakai kain je :P

    ReplyDelete
  6. Ni kalau classmate Akak mesti rajin tengok bollywood2 ni.

    ReplyDelete
  7. seronok baca review menarik FJ ... terus rasa nak tengok ...
    lagi satu, movie2 mcm ni yg best nak tengok coz ada mesej untuk yang menarik utk disampaikan...

    ReplyDelete
  8. ayah dan akak busyra mmg minat crita2 mcm ni. hehe

    ReplyDelete
  9. suka tgk lakonan akshay kumar ni :) lebih2 lagi part lawan. hehe

    ReplyDelete
  10. Baca review Farhanna nie nampak best lah pula filem ini.. Nanti try carilah..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)