Movie Review : Makrifat Cinta

By farhanna jafri - 02:13

Image result for makrifat cinta

Pengarah : Kamal G
Penulis Skrip : Lady G
Pelakon : Syamsul Yusof, Nora Danish, Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Sabrina Ali, Aznil Hj Nawawi
Genre : Drama/ Biografi/ Romantik
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 1 Februari 2018
Syarikat Produksi : Dhananwoodd Films Sdn Bhd
Pengedar : Skop Productions Sdn. Bhd.
Trailer :



Sebelum pergi jauh lagi, great thing Malaysia dah ada motion poster movie yang pertama and I really love it. The team really done a great job with movie poster and motion poster, visual cantik sangat ditambah dengan padanan warna dan colour grading yang menarik so here it goes : 


Makrifat Cinta dibawah arahan Kamal G, pengarah dari India dan mengambil kisah kawan baiknya sendiri sebagai jalan cerita movie Makrifat Cinta. Bagaimana seorang yang miskin dan dilanda ujian menjadi billionaire.   

Mahathir (Syamsul Yusof) merupakan seorang penjual jam di bandar KL sebagai pekerjaan untuk menyara hidup dia, isterinya Zarah (Nabila Huda) dan juga anak perempuan tunggalnya, Aisha (Puteri Balqis). Hidup mereka umpama kais pagi, makan pagi dan kais petang, makan petang. Gagal dengan perniagaan yang tak berapa menguntungkan membuatkan Zarah membebel setiap hari dan mengugut untuk meninggalkan dia dan lari bersama Aisha. Makin serabut bila abang ipar Mahathir, Rizal (Adi Putra) kerap datang ke rumah dan mengingatkan tentang tanggungjawab sebagai seorang suami.


Tapi Rizal bukan seorang manusia yang baik sangat pun bila dia sendiri terlibat dengan judi, arak dan dadah. Tujuan dia selalu menempel di rumah adiknya cuma untuk dapatkan duit untuk beli stok dadah baru ataupun pergi berjudi. Dia mula menipu Zarah untuk dapatkan duit sebanyak RM 10,000 sebagai modal buat bisnes. Zarah yang percaya dengan abangnya mendesak Mahathir mencari amaun sebanyak tu dengan alasan untuk membayar hutang-hutangnya.

Mahathir yang geram dengan sindiran Zarah dan kesian dengan anaknya Aisha, beranikan diri pinjam duit dengan ahlong kerana sangkaannya pinjaman bank akan diluluskan tak lama lagi tapi sangkaan meleset dan keadaan jadi makin parah bila geng ahlong mula mencari dia dan Zarah lari diri dari rumah bersama Aisha kerana tak tahan hidup miskin.


Dalam kekusutan tu dia berjumpa dengan rakan baik dari zaman sekolahnya, Sofea (Nora Danish). Langkah kanan, Sofea ingin membantu Mahathir selesaikan hutang ahlong dan usahakan projek aplikasi telefon mudah alih, EchoLocation rekaan Mahathir sendiri. Dari situ, Mahathir mula jatuh hati dengan Sofea tapi tragedi menimpa mereka berdua bila teksi yang dinaiki dirempuh oleh lori hantu dan Sofea dimasukkan ke wad ICU.

Tak pasti jalan cerita Makrifat Cinta ni bahagian mana yang betul dan bahagian mana yang ditambah tapi menilai pola movie lakonan Syamsul Yusof ni movie dia memang suka sangat ada scene kena langgar lori hantu kemudian meletup kebabom lepastu scene kejar-mengejar antara penjenayah dan polis sampai kereta terbalik sana sini.


Pengarah Kamal G guna skills and experience dia mengarah movie Bollywood untuk movie Makrifat Cinta so you guys memang akan rasa ada unsur-unsur Bollywood tu nak pula bila lagu Makrifat Cinta tu sendiri ada runut bunyi Bollywood. Even intro credit scene pun ala Bollywood. Sembang pasal lagu Makrifat Cinta dan lagu rap Cinta & Duniawi, I wonder siapa yang compose lagu ni sebab rasa murung bila dengar dan baca lirik dia.

Tu belum masuk part CGI lagi. Memang dah sedia maklum dah CGI dari Bollywood memang facepalm sikit walaupun cuma 20% je yang digunakan tapi dah cukup dah untuk rasa murung. Boleh nampak dekat scene heli nak mendarat sebelum interview Mahathir dengan Aznil Hj Nawawi untuk rancangan Overnight Billionaire di TV World. But the team did great job gambarkan kecantikan Putrajaya, KL dan Lembah Klang. Great job for JLO Touch also for great wardrobe and makeup in this movie.



Bukan je jalan cerita yang agak tak logik tapi lakonan Syamsul dengan Nora pun menambah kemurungan di jiwa bila emosi tu tak sampai langsung. Nak tergelak pun rasa bersalah bila Mahathir tanya Sofea sudi atau tak jadi bini dia dekat hospital tu. Kasar sangat cara Sofea tu sampai murung Mahathir dibuatnya. Nasib aplikasi rekaan dia ada syarikat nak beli, boleh lah dia rasa bahagia sikit jalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada Aisha. But hey, dalam movie ni still ada Nabila Huda, Aisha dan Rizal yang mampu mengangkat watak diorang tanpa gagal. Nasib. Baik. Fuhhhh

Anyway, not recommended for you guys yang tengah sedih ataupun rasa down dengan kehidupan sebab Makrifat Cinta tak boleh nak membantu sangat pun. Sampai sekarang berfikir kenapa Nabila Huda, Puteri Balqis dan Adi Putra habiskan masa berlakon dalam movie ni. It just a waste of time.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 4.9/10

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. kembali berlakon syamsul ni hehe

    ReplyDelete
  2. tak begitu menarik ceritanya ya

    ReplyDelete
  3. sebab rating rendah, sha teringin pulak nak tengok haha

    ReplyDelete
  4. Tak boleh nak masuklah lakonan Shamsul Nie.. dari dulu.. Tak tahu kenapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama, sha.
      walaupun ramai kata dia dah ok dlm lakonan, still aida nampak dia mcm kayu jugak :)
      langsung tak sesuai di mata aida lakonan dia.

      Delete
  5. Kurang dapat sambutan kan citer ni...

    ReplyDelete
  6. kalau gitu sy baca sinopsis shj laa hahaa

    ReplyDelete
  7. boleh bertambah murung ke kalau tengok cite ni? hihi

    ReplyDelete
  8. aida da tgk citer ni.
    tapi x share di blog sebab memang x gemar citer ni, farhana.
    ntah la. plot nyer ada.
    wujud pelakon yg best. tapi... ntah la. aida x boleh gi la dgn citer ni.

    ReplyDelete
  9. Ooo nampaknya tak sesuai untuk zumal tengok dalam keadaan sekarang ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)