Lunch Di Patin Queen Claypot, Subang Bestari

By farhanna jafri - 06:26



Dekat area rumah ni agak susah nak cari kedai yang sediakan masak lemak tempoyak ikan patin, restoran Patin Queen Claypot ni pun baru je dibuka. Disebabkan menghala jalan balik rumah, saja try lunch dekat sini.


Dekat restoran ni bukan ada menu masak lemak tempoyak ikan patin je tapi ada banyak lagi menu lain dan dibahagikan ikut set/pakej. Ada Set Patin, Set Sup Tulang, Set Ayam Dara dan banyak lagi. Dah tak ingat sangat sebab masa tu memang fokus nak makan ikan patin je.




Bukan takat makan dekat restoran je tapi ada jugak tempahan catering ataupun delivery. Dekat restoran ni pun ada buat Pakej Hari Lahir siap ada belon, bunga dan chocolate bar untuk yang diraikan. Nak celebrate dekat sini pun not bad jugak sebab kawasan luas dan sejuk cuma deco je lah tak berapa nak gah sangat. Pandai la korang adjust kalau nak. Kalau nak ada kek, dekat je dengan bakery sedap tapi lupa nama. Next time lah buat review sebab hari tu borong kemain banyak dekat situ.

So our choice that day is set personal, set patin sebab nak merasa je malas nak ambil banyak sangat karang tak habis pulak. Dalam set personal ni ada ikan patin tempoyak, nasi putih, telur masin, ulam dan sambal belacan, dessert, buah-buahan dan air.


My review, not bad lah makan dekat situ memang sedap cuma tak ada lah sampai tahap Queen. Berbaloi lah dengan harga dia untuk satu set. Walaupun set personal tapi ikan patin tu boleh makan berdua sebab portion saiz besar.

Menu not bad, harga pun agak murah dan service bagus. Next time mungkin singgah lagi untuk makan bila singgah dekat bakery sebab dua kedai ni located dekat area yang jarang pergi. 

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Uniknya set makan ikan patin masak tempoyak. Biasa order set makan tomyam je..

    ReplyDelete
  2. Makanan dalam claypot ini kalau kena gaya masak memang best.. Nanti boleh gi cuba.. save dulu dalam maps..

    ReplyDelete
  3. feveret ni, farhana.
    kat melaka pun ada kedai khas jual patin tempoyak aje.
    tried. and ok la.
    nampak lah temerloh bila makan.

    ReplyDelete
  4. Tak pasai-pasai jadi lapaq pulak...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)