Jalan-jalan di River Of Life @ Blue River

Friday 6 July 2018

Minggu lepas maksu datang dari Melaka dengan anak-anak dia datang berjalan dekat KL. Alang tengah free takde buat apa, ajak dia pergi Blue River yang baru diwujudkan awal tahun ni. Masa blogwalking dulu nampak gambar yang rakan blogger ambil cantik belaka. 



Walaupun dekat dengan Summit Hotel tapi zahabedah boleh sesat pulak sampai pening pusing dekat roundabout. Faham je lah KL macam mana, sekali sesat memang murung jadinya. Bab nak park kereta pun tak perlu nak park jauh dari Blue River ni sebab sebelah je dengan Dataran Merdeka. Dekat sana dah ada tempat untuk park kereta yang luas. Kalau berjalan kaki atau guna public transport, tak jauh pun dari Masjid Jamek.

Tapi seeloknya datang waktu malam sebab Blue River tu wujud dari kabus dan cahaya lampu biru. Masa awal datang tu, dia tak sembur kabus lagi, cuma ada cahaya biru so bila ambil gambar tak nampak sangat biru dia. Kalau belah siang pula maksu kata ada air pancut je which is less attractive lah sebab we all know dia tu sebenarnya longkang tapi dihias bagi cantik supaya manusia tertarik je. 

Kabus gigih merembes

Tapi kalau you guys nak berjalan menghayati kabus tu fefeeling Korea, better don't go masa kabus tengah gigih merembes keluar sebab air tu entah dari mana dia ambik sebab busuk yakmatttt! My cousin almost puke at that time. Mungkin tu jawapan kasar kepada soalan adik seupupu kenapa tak wujud cruise dekat 'sungai' ni.




Nak bergambar not bad lah cuma lighting dia tak berapa nak cun sangat, kena pandai cari sendiri tapi tak ramai orang sangat so nak selfie, wefie, photoshoot pun orang tak kacau sangat. Bukan lighting je cantik, dekat Blue River ni ada lagu ala American/African native tribe macamtu. Its better kalau diorang guna local music or our culture art music. 

Tapi tapi tapi tapi dekat sini tak ada food vendor. Kalau nak stay lama bawa makanan sendiri. Masa kitorang sampai ni dah nak dekat pukul 11 so fast food restaurant semuanya dah tutup. 

Lepasni kalau nak jalan-jalan boleh singgah sini sebab tempat dia tenang je, cantik pulak tu. Nak duduk lepas penat berjalan pun banyak kerusi disediakan. Anyway, its a great idea to turn a longkang into a tourism place. At least ada jugak lah kegunaan dia selain tempat buang sampah rakyat Malaysia.

16 comments

  1. cantik pemandangan sini :)

    ReplyDelete
  2. Cantik.. lama tak sampai area sana. actually blue river ni asal dia sungai.. gabungan sungai klang dan sungai gombak. Tapi bau dia memang tak menahan laa..

    ReplyDelete
  3. Nak sangat pergi sini sebab cantik. tpi tak lepas2 lagi.huhu

    ReplyDelete
  4. Masa kak ana g last year xde pula bau busuk dari mist tu. Cuma masa tu xde food truck mcm skrg.

    ReplyDelete
  5. Cantik betul kaler kebiru-biruan..

    ReplyDelete
  6. dah lama x pi stay hotel. maklumlah kan..semua bajet telah dipotong..huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. cantik sungguh...air sungai warna biru

    kalau bercanda bersama teman hidup best juga tu..

    ReplyDelete
  8. wahh cantiknya dear...kagum juga,sebenarnya lama gila nak pergi sana,dulu ingat lagi zaman remaja belia.hehe tempat tu selalu nampak sampah dengan meriahnya,ada juga mat pit kat situ rasanya,sekarang dah cantik ya malam-malam,tapi bila sebut bau busuk alamak..hehe mungkin amik masa nak bagi lagi ok...kot.apapun tahniah lah kat dbkl turn tempat ni kepada tarikan pelancong kan..

    ReplyDelete
  9. Mmg cantik permandangan malam di sini. Seronok juga dpt jenjalan santai sekeluarga mcm ni :)

    ReplyDelete
  10. Ya Allah cantik sangat...wish sangat one day dapat pergi sini
    By the way, tag awak
    http://mija-blur.blogspot.com/2018/07/giveaway-souvenirs-by-sitiyangmenaip_7.html

    ReplyDelete
  11. nak senang naik lrt turun stesen Masjid Jamek..dulu masa duduk KL memang selalu tengok view ni =)

    ReplyDelete
  12. ada la keunikan waktu malam. cantik.

    ReplyDelete
  13. pergh cantik.. dulu time study ade jugakla lepak KL malam2. skrng xda da la hehe..

    ReplyDelete
  14. aida pernah ke sini.
    disember ari tu. just memang x ingat nak update story kat blog :)
    kemudian lah... bebila takde story nanti throwback.
    da indah da kawasan sungai tu.
    aida yg da bertahun tak ke sana, bila pergi, wow, rasa sungguh bertuah...

    ReplyDelete
  15. Cantiknya, rasa macam nak pergi bergambar je kat situ

    ReplyDelete
  16. Cantik.. pernah lalu waktu siang je.. Malam tak berjaya lagi..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.