Garnier Micellar Cleansing Water

By farhanna jafri - 06:49



Sebelum ni memang tak pernah tahu pun apa kegunaan cleansing water ataupun betapa pentingnya untuk kulit whether pakai makeup ataupun tak. Selama ni memang tak pernah guna langsung. Nak buang makeup? Just cuci muka.

Tapi lepas ternampak post tentang kegunaan cleansing water ni baru faham yang makeup tak tertanggal secara efektif dan hilang secara total pun bila kita cuma cuci muka macam tu je. Kena bersihkan dulu dengan makeup remover walaupun cuma tempek compact powder ataupun bedak tepuk. Dan juga biarkan muka tanpa sebarang bahan.

Sejak dari hari tu, sebelum cuci muka memang akan wipe dulu muka dengan Garnier Micellar Cleansing Water ni lepastu baru cuci muka. Bangun tidur, tengahari ataupun sebelum tidur. Rutin penjagaan muka paling asas dalam kehidupan.


Disebabkan sejenis yang tak suka banyak product, so I bought micellar water ni since dia boleh tanggalkan makeup di muka, mata dan bibir. Sekali wipe je semua terus hilang dari muka. At first try warna biru lepastu beralih kepada warna pink. Bukan sebab warna biru tak bagus tapi warna pink lagi sesuai dengan kulit. Sensitive type.

Lagipun yang biru ada alcohol denat yang boleh mengeringkan muka so better avoid it. Bila muka kering, mula la berminyak dan pedih. Guna yang pink ni tak perlu bilas dengan air pun just wipe je sampai bersih muka dari makeup dan kotoran. Memang terasa sangat muka lembab dan segar. Kalau malas cuci muka waktu tengahari ataupun muka terdedah dengan habuk, memang guna micellar water ni je. Dekat tempat kerja memang wajib ada sebab banyak habuk.

For the bottle pulak agak simple tapi tu sebenarnya yang menawan hati, its crystal clear and looks pure. Tak payah beria pun takpe yang panting kegunaan tu terbaik. Cuma kadang merentan jugak bila bottle cap tak tertutup rapat lepastu tumpah. Clumsy.

Another brownie points, harga dia pun murah and usually I beli masa tengah offer sebab boleh cecah belas ringgit je. I even recommend him to use this sebab dia pun terdedah dengan habuk and so on plus muka dia pun jenis sensitive. Ye ye sama lah kitorang tu tapi muka dia lagi elok lah sebab dia suka belek muka. I malas. Kbai.

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Waa bagusnya...menanggal make up dengan mudah ya...betul..kadang walau guna bedak kompak pun susah nak hilang kalau sekadar cuci dengan air sahaja..ermmm..boleh beli ni.

    ReplyDelete
  2. Uhhh tambah jelitalah macam ni.

    ReplyDelete
  3. Ohh penanggal mekap rupanya .. hahahaha .. tapi tu la .. baju biru tu nampak jelitalah.

    ReplyDelete
  4. Oh untuk tanggalkan mekap rupanya micellar water ni, ingatkan untuk segarkan wajah..

    ReplyDelete
  5. Macam nak cuba jugalah.. Nampak muka Farhanna makin sweet.. :)

    ReplyDelete
  6. dah lama guna micellar water ni sebab harga dia lebih murah kalau nak compare dgn brand lain

    ReplyDelete
  7. My sister pun pakai yang ni and dia suka. I tried once rasa macam okay la not bad.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)