Book Review : Samar

By farhanna jafri - 07:34



Penulis : Dayang Noor
Penerbit : Buku FIXI
Helaian : 310 mukasurat/ 61 bab
Genre : Thriller/Misteri
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – September 2013
Cetakan Kedua – April 2014
Cetakan Ketiga – Februari 2015
Harga : RM 19.90
Sinopsis :


Review :

Novel karya Dayang Noor ni boleh dikategorikan sebagai fav book sebab gaya penceritaan yang santai dan senang difahami walaupun misteri tak rasa berat tapi sentiasa rasa ingin tahu apa rahsia setiap karakter yang tersimpan rapi sehingga penghujung cerita.

Ada juga rahsia yang tersingkap di awal cerita tapi tak sekuat rahsia besar di hujung cerita. Novel ni ada 61 bab tapi ada 4 karakter utama yang diceritakan melalui bab masing-masing

Karakter 1 – Aku, Janda Berhias
Karakter 2 – Aku, Datin Saedah
Karakter 3 – Aku, Kupu-Kupu Malam
Karakter 4 – Aku, Mimpi Burukmu
Karakter 5 – Aku, Juan

Setiap karakter berkait antara satu sama lain walaupun datang dari pelbagai latar belakang dan gaya hidup kecuali Datin Saedah dan Janda Berhias sebab anak-beranak. Ada misteri yang boleh diteka tapi macam tajuk buku ni jugak, samar-samar. Walaupun banyak hint yang dia tonjolkan dalam penulisan tapi penulis bijak sembunyikan kata kunci misteri tu.

Bahagian awal memang rasa santai je baca walaupun ada beberapa konspirasi dan misteri tapi bila masuk bahagian kedua, banyak terkejut je dengan rahsia masing-masing. Nak berhenti pun susah sebab rasa nak tahu apa jadi lepas tu memang kuat sangat tapi lambat juga nak habiskan novel ni sebab tak jumpa masa yang sesuai untuk baca bila busy dengan kerja.


Antara salah satu sebab suka dengan jalan cerita Samar ni ialah sebab watak yang ada tak ramai sangat so bila terbiar lama, bila sambung balik tak susah pun untuk recall balik setiap watak dan kisahnya. Lagi satu setiap watak ada dua perspektif untuk dinilai. Ada sebab kenapa dan mengapa dia bertindak sedemikian, ada sebab kenapa watak tu pilih jalan sebegitu. Dari sudut yang mata biasa kita lihat dan menilai dengan sudut yang hanya dia yang tahu.

Ada juga part romantik dalam novel ni tapi kecewa jugak lah sebab semua kisah percintaan dalam novel ni tak ada yang berakhir dengan kebahagiaan pun. Kalau tak mampu jejak di bumi yang nyata, jangan baca novel ni, takut nanti murung pula.

Overall I have fun reading Samar and hopefully ada sambungan sebab ada beberapa watak dan kisah yang tak puas hati diberhentikan penceritaannya macam tu je. Lepas ni nak cari karya Dayang Noor yang lain. Her work is awesome!

1. Author +1, 2. Accuracy +0.8, 3. Writing Style +1, 4.Plot +1, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Dh kurang membaca buku skrg ni, baca epon lebih byk 😁😁 btw, jom join my bloglist segmen

    ReplyDelete
  2. Menarik ni... Nanti nak beli laa

    ReplyDelete
  3. Sekarang pun tengah semangat baca novel thriller/seram. =)

    ReplyDelete
  4. Sempat ye Pana membaca walaupun dok sibuk blogging. Acaner buat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca masa tunggu bas datang, masa lunch, masa take 5 dekat tempat kerja hihi

      Delete
  5. Yeah.. Kak Sha pun dah baca novel ini memang menarik misteri tu.. sesuai dengan tajuk dia Samar..

    ReplyDelete
  6. Rasa macam nak membaca balik pula. Lama juga dah tinggal novel2 ni. Tengok review disini bagus sangat sebab boleh kenal penulis yg best.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)