Book Review : Dihantu

Monday 16 July 2018



Penulis : Mikael Sahaja
Penerbit : Buku Fixi
Helaian : 285 mukasurat/ 30 bab
Genre : Komedi/Drama
Tarikh Cetakan : Februari 2018 - Cetakan Pertama
Harga : RM 19.90
Sinopsis : 


Dihantu mengisahkan tentang Pontianak yang gagal untuk menakutkan manusia di Kampung Tanjung walaupun cuma sekumpulan kanak-kanak yang balik mengaji. Niatnya ingin menyergah tapi dia pula yang disergah sudahnya nama Pontianak sering diketawakan oleh hantu-hantu yang lain terutamanya yang suka melepak di kedai kopi. 

Bukan Pontianak saja yang menanggung malu tapi ayah Ponti, Karemnak yang pernah menjadi Duta Hantu di kampung sebelah, Kampung Mudah ataupun nama sebenarnya Kampung Melayu Al-Mukminin. Dinamakan Kampung Mudah kerana senang benar ditakutkan hantu sampaikan Hantu Telur pun boleh menjadi duta untuk beberapa bulan sebelum dihapuskan oleh Ustaz Hassan. 

Disebabkan penat menanggung malu, ayah Ponti menghantar Pontianak yang tak pandai menakutkan manusia, tak pula pandai terbang seperti Pontianak lain ke Kampung Mudah untuk mencari kejayaan di sana. Sesampainya Pontianak di Kampung Mudah, terjumpa dengan Encik Toyol yang dah nekad untuk membunuh diri dengan walkman berisi kaset ayat suci Al-Quran. 

Tapi dibatalkan hajatnya bila Pontianak mampu menakutkan Lebai Leman hingga tercirit dalam kain pelikatnya. Lebai Leman bukan calang orang, dia pernah tampar Drakula sampai berpindah balik ke Amerika sana. Nama Pontianak mula disebut ramai, baik perkampungan hantu mahupun manusia. Selepas selesai daftar untuk menjadi hantu secara rasmi di Kampung Mudah dan berbekalkan strategi dari Encik Toyol sebagai pengurusnya, nama Pontinak semakin mekar mengharumkan nama keluarga. 

Tapi terjadi konflik dan sejarah silam bila munculnya manusia bernama Helmi dan mula jatuh hati pada Pontianak. Helmi bin Rauf, jejaka sebatang kara di Kampung Mudah. Mendengar nama Rauf, Pontianak teringat pesan ibunya supaya membunuh waris Rauf dengan keris warisan. Mampukah Pontianak  menunaikan amanat ibunya? Siapakah Helmi bin Rauf dalam susur galur keturunan Pontianak? Mampukah Helmi menawan hati Pontianak? 

Permulaan cerita agak hambar tambah pula bila ada babak yang agak draggy tapi jadi makin menarik bila Pontianak jumpa Helmi walaupun perkenalan mereka tak diceritakan dengan banyak dalam novel ni. Konflik antara kisah silam ibu Ponti dan Rauf, konflik perasaan Encik Toyol dan Helmi, konflik orang kampung yang bertelagah untuk hapuskan Pontianak. 

Tapi kecewa jugak bila tak ada babak Helmi tahu siapa sebenarnya Pontianak ataupun perasaan sebenar Pontianak kepada Helmi. Ada part yang cantik kalau dikembangkan macam babak ayah Ponti membantu Pontianak balas dendam, Rauf yang kembali ke Kampung Mudah atau keunikan keris warisan Pontianak. 



I'm not so happy with the ending sebab macam rush nak tutup kisah Pontianak sebab dia boleh kembangkan jauh lagi ditambah pula kisah silam Pontianak yang agak menarik. Ending tak dijangka tapi tak juga berpuas hati. Plus sampai sekarang tak faham macam mana Kareemnak boleh jadi pontianak sebab pontianak tu perempuan. Kalau lelaki dia jadi Drakula lah kan? Ke tak? But whatever it is, Drakula tak perlu muncul pun takpe. Hambar sangat babak dia. 

Berbaloi ke tak baca? Berbaloi lah jugak sebab keunikan perkampungan hantu yang tak jauh beza dengan kehidupan manusia ditambah dengan beberapa babak komedi yang bersahaja dan santai. Cuma nak sampai ke part yang best tu makan masa sikit lah. Berapa kali entah nak give up baca tapi dah baca, nak tahu jugak ending dia macam mana. Disebabkan bertemakan Perak ala Hantu Kak Limah, datang la juga moodnya tu. 


1. Author +0.5, 2. Accuracy +0.4, 3. Writing Style +0.6, 4.Plot +0.4, 5. Character +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought  +0.2 = 5.2/10

7 comments

  1. sekarang memang industri buku menuju ke arah santai ya =)

    ReplyDelete
  2. Ala-ala santai bolehlah layan buku ni. Tapi itupun last dah kot hehe

    ReplyDelete
  3. baca tgh malam best ni hehe

    ReplyDelete
  4. Jalan cerita macam kelakar, tapi potong lah kan ending macam rush je

    ReplyDelete
  5. Firsttime baca buku Fixi aritu tak puas hati ending sama macam nak rushing je. Tak best terus jadinya walaupun awal cerita best..

    ReplyDelete
  6. first tine baca review kisah hantu kelakar. Tak pernah beli buku fixi lagi. Boleh cuba satu hari nanti.

    ReplyDelete
  7. Dah ada buku ini tapi belum berkesempatan nak baca..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.