Bak Hang Ataupun Baq Hang?

Wednesday 11 July 2018



Sebelum ni dah meroyan dekat Twitter lepastu meroyan dekat FB, sekarang nak meroyan dekat blog pulak sebab nanti mesti ada jugak yang Google lagu mana nak sebut perkataan popular ni.

Walaupun kita ni bukan la anak jati Kedah sangat, beranak Kedah pastu besaq dekat KL, lepak pulak dekat Subang Jaya hari-hari Hari Raya hang sambung lah lagu Havoc tu.

Perkataan Bak dengan Baq ada beza selain daripada huruf yang terang dan nyata berbeza. Tak kisah lah hak hang nak tulis bak ataupun baq tapi sebagai yang membaca ikut pronunciation perkataan tersebut, agak sakit mata jugak la tengok orang dok taip bak hang/bak hiangggg/ bak bak bak menatang apa?

Tau dak bak tu apa dia? Bak tu boleh jadi bagi, boleh jadi minta.

‘Bak mai sat menatang tu’
‘Wei bak la balik selipar aku’

Tu contoh penggunaan bak dalam conversation harian. Kalau orang dok sebut padu bak hang tu tak tau dia nak mintak padu macam mana. Kuantiti isipadu la kot nohhh.

Tapi BAQ HANG ni bukannya nak minta tapi nak bagitau orang tentang sesuatu perkara. Diambil dari HABAQ HANG tapi bila sembang kencang dia jadi baq hanggggg siap dengung campoq dengan reaction muka sekali. Baru padu pi dia.

Tapi kalau hang pun dok bak bak kat orang, sembang jadi menatang padia tak tau. Bukan baq hianggg naaa, baq hiangggg ni try hard sangat. Hang buat relaks sikit boleh kot. Sekian sembang buat teruk oghang utagha.

17 comments

  1. hahahhaa..teringat ain dulu2 dok kedah..mula2 tak paham langsung lama2 dah rasa biasa lah depa sembang.

    ReplyDelete
  2. sedap baq hang nasi goreng kedai tu 🤣🤣🤣 #sayaorangkedah

    ReplyDelete
  3. baq hang ! duk utara dah 6 tahun, cakap dgn kawan2 pun terbalik terlingkup habeh

    ReplyDelete
  4. Tak tau pastu nak try hard.. hancur jadinya..

    ReplyDelete
  5. betui sangat aih baq hang tu, bukan bak hiangggg.. :D

    hat paling syok tu, siap semua ayat nak tukaq hujung dia, kalau pasar p gagah tukaq ke pasiaq. depa tak tau pasiaq tu pasir. pasar tu market. loqlaq sungguh aih.

    ReplyDelete
  6. Ohh ada idham maalghunnah ye .. hehehe ... :)

    ReplyDelete
  7. hahahahha adehh kelaka suka baca yg part last bile siap ade reaction sekali tuh

    ReplyDelete
  8. haha! bak hianggg tu mok cun punya bahasa,, kita tak tequk sampai lagu tu pun..
    haha!

    ReplyDelete
  9. Assalamualiakum Farhana....
    Terima kasih sudi follow blog akk..

    ReplyDelete
  10. Hahahaha... cheq tau dah! betui ka?

    Sobab den oghang noghoghi tekau!

    ReplyDelete
  11. kadang kami pun geram tengok orang yg try hard nak cakap utara tapi sembang padia pun tak tau..hahaha

    ReplyDelete
  12. hahahaah amboi pekat noh!! ^^

    ReplyDelete
  13. jgn keluar pak hang pulak. hehe

    ReplyDelete
  14. Tudia la bila depa yang bukan oghang utara buat kepala tau kan. Kekadang geram jaa...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.