5 Vending Machine Yang Patut Ada Di Malaysia!

Friday 20 July 2018


Kebiasaannya vending machine ataupun mesin gedegang yang wujud di Malaysia kebanyakannya mesin gedegang air minuman berkarbonat atau berperisa. Terbaru, hijab vending machine keluaran syarikat Querendra dan pet foods vending machine tapi di negara-negara luar, kegunaan vending machine lebih meluas mengikut kehendak setempat.

Image result for hijab vending machine

Mungkin negara kita perlu perluaskan lagi kegunaan vending machine untuk beerapa kegunaan orang awam. Here are some list :

1) Sanitary Pad Vending Machine

Image result for sanitary pad vending machine

Period dan perempuan memang berpisah tiada dan sesiapa yang menceburi business sanitary pads ni memang akan sentiasa kekal lama kerana natural biology cause yang takkan pernah surut setiap bulan. Walaupun tarikh period dah ditanda dalam calendar tapi tak boleh nak elak kalau period datang awal ataupun lambat dari tarikh sepatutnya ataupun lebih parah lagi bila datang seperti tsunami sampai stok habis.

Ada eloknya kalau sanitary pads vending machine ni ada disediakan pilihan seluar dalam sekali sebab kalau bocor memang menangis jugak lah nak cari stok seluar dalam ekstra.  

2) Recycle Vending Machine 

Image result for glass bottle recycling vending machine

Di India, Canada, Iceland wujud mesin layan diri untuk mengitar semula botol minuman plastik, botol kaca ataupun tin aluminium supaya jumlah sampah dapat dikurangkan dan dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran orang awam tentang kebersihan alam sekitar. Ada beberapa pilihan semasa mengitar semula sama ada untuk memberi derma ataupun mendapat bayaran sebagai ganti mengitar semula botol plastik.

3) Food Vending Machine

Image result for food vending machine

Seramai 99% pelajar ataupun wanita mengalami masalah cravings di tengah malam. Di Jepun terdapat banyak vending machine yang mempunyai makanan seperti sushi, ramen, buah-buahan, sup ikan, burger dan banyak lagi. Di Texas, ada pie vending machine, Russia ada French fries vending machine, California dengan cupcake vending machine dan Itali dengan pizza vending machine. Tak ada masalah dah kalau sebelum tidur tiba-tiba lapar tapi 7E jauh kemain.

4) Toiletries Vending Machine

Image result for toiletries vending machine

Bila excited pergi bercuti akan timbul satu masalah bila terlupa bawa barang mandi ataupun malas untuk pack sekali barang mandian, lagi renyah bila terpaksa pack dalam travel kit. Mudah bila ada toiletries vending machine di kawasan pelancongan. Walaupun ada hotel yang sediakan kemudahan ni tapi ada juga hotel yang bagi tak ikhlas. Actually toiletries vending machine ni dah wujud di beberapa terminal lapangan terbang.

5) Medical Vending Machine

Related image
Salah satu mesin layan diri yang makin popular di India dan Amerika ialah medical vending machine di mana mesin layan diri mempunyai beberapa jenis ubat dan peralatan medikal untuk membantu pesakit yang memerlukan tanpa perlu menapak ke hospital dan menambah kesesakan di ruang menunggu walhal cuma kehabisan stok painkiller, Panadol, ubat batuk ataupun asthma inhaler.


Banyak lagi mesin layan diri yang wujud di serata dunia untuk kemudahan orang awam yang memerlukan beberapa jenis barang selepas habis waktu berniaga. Inisiatif mesin layan diri lagi efektif berbanding kedai 24 jam untuk mengelakkan kecurian dan mengurangkan kos pekerja.

17 comments

  1. kat msia ni masih jual air vending machine je..belum pernah tengok yg mcm2 vending machine lagi.hope boleh buat mcm negara luar..lagi2 japan tu kan

    ReplyDelete
  2. Aritue akak ada nampak dekat Kipmall Kota Warisan Sepang, ada vending machine yang jual makanan kucing.. Tapi vending machine nie memang patut dipelbagaikan untuk waktu-waktu kecemasan...

    ReplyDelete
  3. Food vending machine tu Nani pernah nampak dekat LRT Subang kalau tak silap. Heheh. Dia orang letak nasi dengan sejenis lauk, balik kena panaskan aje. Heheh :)

    ReplyDelete
  4. best kalau ada mesin camni :)

    ReplyDelete
  5. pad vending machine tu sangat ok untuk buat di malaysia. hehe bukan apa, kot-kot ada yang lebih memerlukan kan..

    ReplyDelete
  6. Kat Malaysia belum ada banyak lagi jenis gedegang macam ni.. bestnya kalau ada bebanyaks gedegang jenis2 ni :D

    ReplyDelete
  7. bestnya kalau mesin gedegang ni dipelbagaikan, dan perlu diperbanyakkan jugak haha

    ReplyDelete
  8. macam -macam ada sekarang ini..

    harap selepas imi ada Vending machine untuk handphone pulak ..

    hahahaha

    ReplyDelete
  9. harap2 di malaysia kembali banyak. skrg ni makin sikit vending machine ni di sekolah atau hospital. mungkin sbb vandalisme kot?

    ReplyDelete
  10. kegunaan vending machine kat malaysia tak meluas sangat, yg banyak jumpa pun air gedengang je. kalau ada banyak pilihan macam kat jepun memang best.

    ReplyDelete
  11. kat jepun banyak gila vending machine macam ni,kat malaysia mostly smua utk air je. yg recycle vending machine tu best gak

    ReplyDelete
  12. Kat sini dulu ada mall tu dia letak vending machine tuk pad, pantyliner dan condom kat tepi toilet. Tp mall tu dh bankrup n ttp, tak pernah tgk lagi selain mesin yg mostly air minuman

    ReplyDelete
  13. Paling suka dan harap sangat ada ialah Recycle Vending Machine.. senang nak kitar semula..

    ReplyDelete
  14. Great – I should certainly say I’m impressed with your site. I had no trouble navigating through all tabs as well as related info. The site ended up being truly simple to access. Great job. merchandise vending machine

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.