5 Kedai Berpuaka Di Malaysia

Monday 30 July 2018


Related image

Pernah tak kalau pergi nak beli barang masuk dalam satu kedai ni aim nak beli satu barang je tapi keluar satu plastik besar? Dah lah tu, makan masa lama pulak tu round satu kedai. Dah sampai dekat kaunter pun boleh lagi toleh belakang tengok apa lagi nak beli, rasa macam kena seru je pergi pusing lagi untuk pastikan keputusan tu muktamad.

Kejadian ni pula bukan sekali tapi setiap kali pergi. Kadang tu tak ada benda pun nak beli tapi macam ada yang tarik masuk ke dalam. Yang jenis kuat iman je lah yang mampu bertahan itupun jenuh istighfar ingat Tuhan.

Antara kedai yang berpuaka pernah dialami sepanjang kehidupan ni ialah :

1) Mr. DIY

Image result for mr diy

Bermula dengan kedai runcit biasa je di Jalan Tunku Abdul Rahman tahun 2005 tapi sekarang dah ada lebih 300 cawangan di Malaysia. Tak cukup dengan puaka di physical store, sekarang muncul juga secara online. Pelaris yang digunakan ialah Encik Tukul dan Adibah Noor.

Barang dekat Mr. DIY ni bukan sahaja murah tapi agak berkualiti untuk kegunaan seharian. Kalau pandai jaga lagi lama lah boleh guna. Yang bestnya semua barang untuk kelengkapan rumah ada dijual dengan design yang up-to-date. Setiap bulan ada je promotion nak pula kalau festive season, memang borong sakan noksss. Nak pulak kalau tengah gaji hah paywave semedang, hujung bulan nanti baru menyesal.

2) DAISO

Image result for daiso

Syarikat yang berasal dari Jepun dan membuka cawangan di Malaysia ni mengekalkan konsep satu barang berharga RM5.60 dan ke atas. Sama seperti Mr. DIY, Daiso juga menjual barang kelengkapan rumah untuk kegunaan harian cuma agak terbatas sikit kelengkapannya dan cawangan pun tak sebanyak  Mr.DIY.

Lagi satu hal, dekat Daiso cuma boleh guna wang tunai. Not sure kalau ada cawangan lain guna debit/credit masa bayar. So far yang pernah pergi memang guna wang tunai so behave sikit lah bila membeli sebab tak suka pegang cash banyak sangat walaupun terkena serangan Panic! at the Daiso. Barang Daiso pun pernah juga viral beberapa kali di socmed seperti serbuk pengeras minyak masak, batu sejuk, display screen wipes dan lain-lain.

3) Eco RM2

Image result for eco rm2

Eco RM2 ataupun kedai 2 hengget ni agak sukar nak jumpa dekat kawasan urban, selalunya wujud dekat pinggiran bandar je. Bila balik kampung dekat Sabak Bernam memang wajib memborong barang rumah dekat kedai ni sebab murah dan berkualiti. Besen besar harga RM2 je kot. Ce bagitau siapa tak histeria? Selalunya beli pasu besar, bakul, raga baju, hanger ataupun tanah dekat sini.

Sama jugak macam Daiso, kena guna wang tunai tapi kalau beli barang dekat sini tak pernah cecah RM100 pun walaupun penuh jugak boot kereta bila menyinggah. Antara punca balik penuh barang satu kereta.

4) KAISON

Related image

Jarang menyinggah ke Kaison ni sebab tak banyak tempat yang wujud tapi still lagi berpuaka walaupun masuk cuma untuk cuci mata sebab harga dia tak lah murah sangat macam 3 kedai berpuaka di atas but still bila keluar mesti ada barang dekat tangan.

Kaison lebih kepada barangan deco rumah dan yang bestnya dia ada variety kinds of style. Nak deco minimal, kawaii, vintage semua ada tapi kalau Melayu klasik je tak ada. Paling lama dekat bahagian bunga sebab cantik sangat, nak photoshoot ala hipster pun boleh sebab lighting on point.

5) Drugstore Watson/Guardian


Sebagai seorang perempuan yang ni memang wajb masuk dalam senarai sebab kalau masuk tanpa niat nak membeli pun dia gatal tangan jugak nak beli. Pernah je buat perangai beli air mineral hanya sebab botol dia cantik. Can you guys believe that? Oh my I am so lemah iman.

Bila pergi dekat sini sampai bersila wei pilih warna lipstick, kalau tak beli pun calit dekat tangan pun dah bahagia dah sebagai terapi jiwa. Mencapai satu tahap kebahagiaan bila ada sale 50% supaya dapat memborong mask sampai penuh satu rak. Yupp, did that and not feeling guilty at all.

Selain Watson dan Guardian, menyinggah juga ke Aeon Wellness sebab nak buat perbandingan harga since every drugstore ada range harga berlainan. Ada juga yang certain product yang wujud dekat drugstore ni tapi bukan di drugstore sekian sekian. 

Setakat ni, 5 tempat ni la yang buat bahagia kemudian menyesal di kemudian hari sampai berazam taknak buat lagi tapi azam tinggal azam je lah bila lalu depan kedai-kedai berkenaan.

15 comments

  1. Awak betul sangattttt haha semua kedai tu berpuaka. Padahal nak beli satu brg je. Tapi ttibe eh takda la benda ni. kena beli ni takpun eh comel la benda ni eh semua eh eh la.

    ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/book-haul-julai.html

    ReplyDelete
  2. Hahaha memang sangat2 berpuaka kedai-kedai tu. Nak beli satu dua jadi penuh bakul...

    ReplyDelete
  3. hahaha ye betul tu, saya pun selalu macamtu lagi lagi kedai mr diy sebab barang barang dia comel.

    ReplyDelete
  4. Harus dipanggil berpuaka, mai sini tak beli walau sikit cam tak sah esp DIY 😄😄

    ReplyDelete
  5. memang puaka sangat. kalau dah masuk, sesat nak cari jalan keluar..haha

    ReplyDelete
  6. Memang sangat berpuaka. Konon nak beli sikit. Alih2 keluar... Byk benau plastik. Haha...

    ReplyDelete
  7. Haha yass dah masuk memang rasa taknak keluar je. Rasa nak beli semua barang dalam tu. Lagi-lagi Watson dengan Kaison.

    ReplyDelete
  8. ahahaha awak lawak la entry ni dok gelak2 akak baca hehehe. sungguh semua ni brantu and kita hampir muflis dibuatnya kalau masuk. Kaison a bit pricey tapi orang tak peduli orang suka jugak sebab semua benda lawa2.. hahaha yang no5 tu paling bahaya. ada je benda nak beli kalo masuk..

    ReplyDelete
  9. suami suka masuk kedai puaka no.1, isteri suka yang no.5....puaka yang wajib dikunjungi setiap bulan...hahaha

    ReplyDelete
  10. no 5 ni sentiasa berpuaka.Tak puas jalan jalan kat situ.Sambung lagi online pula dah..haa.Besttt! Puaka betull

    ReplyDelete
  11. setuju sgt, nama je kedai RM 2 or mcm daiso tu.. RM 5 (dulu) tapi mana pernah kuar bawak resit RM 2 or RM 5 jer..sure puluh2.. ha ha..
    kat sini pun ada..kedai 20 Baht.. tapi sama jer..sure kuar dah beratus2 baht...berantu betul

    ReplyDelete
  12. Baca tajuk ingatkan kedai berhantu tadi..wahahahaha

    ReplyDelete
  13. Kat tempat kak di pulau yg kecil ni tak ada pasaraya hebat mcm kat tanah besar. Sekali bulan posa aritu DIY buka cawangan kat sini. Tudia org serbu sampai habis barang dlm masa seminggu.

    ReplyDelete
  14. Kedai Eco RM2 dengan DIY tu memang setuju sangat.. Tak dinafikan kalau singgah mesti ada je barang nak beli.. Kikiki..

    ReplyDelete
  15. Kedai ni semua memang Bonde suka terjah... Memang selesa membeli dekat situ, bagai satu terapi kalau dapat masuk... Me time dont distub yea ha ha ha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.