15 Pelakon Wanita Bollywood Yang Cantik Semulajadi

Sunday 22 July 2018


Baca komen kekecewaan sebab pelakon kegemaran ataupun pelakon yang dikenali ada buat plastik surgery dan suntik sana sini tapi tak semua pun yang cantik plastic, ada jugak yang cantik semulajadi dan masih lagi mengamalkan gaya hidup sihat untuk kekal cantik.

1. Twinkle Khanna


Anak kepada pelakon terkenal Rajesh Khanna ni mempunyai gene cantik dan figura fizikal yang perfect sebagai model dan pelakon. Terkenal dengan sifat kedekutnya dan mengamalkan gaya hidup sihat bersama suaminya, Akshay Kumar menyebabkan dia jauh dari sebarang suntikan atau pembedahan plastik. 

2. Sonali Bendre

Image result for sonali bendre 2018

Kecantikan model dan pelakon Sonali Bendre ni pernah menjadi kegilaan ramai pada era 90-an dan masih kekal sehingga sekarang dengan senyuman dan renungan mata yang cantik. Disebabkan kulit yang sensitif, Sonali jarang mengenakan solekan yang tebal dan mengamalkan makan walnuts setiap hari untuk kulit cantik. 


3. Tabu

Image result for tabu photoshoot


Pelakon berbakat besar Tabassum Fatima Hashmi atau nama komersial, Tabu merupakan kacukan Turki dan India. Bertubuh tinggi lampai dan bentuk muka panjang serta senyuman yang cantik antara daya penariknya. Rahsia kecantikan wajah kekal cantik berseri dan nampak muda? Vaseline!

4. Vidya Balan


Walaupun pernah ditinggalkan Shahid Kapoor kerana badan yang semakin berisi dan antara pelakon wanita yang bersaiz besar di Bollywood tapi Vidya tak pernah kisah dengan kecaman dan kritikan. Seksi dengan gaya tersendiri tanpa sebarang suntikan atau pembedahan, Vidya sentiasa nampak memukau di layar perak dan juga alam realiti.


5. Dia Mirza

Image result for dia mirza photoshoot


Tak perlukan solekan tebal, suntikan ataupun pembedahan, kecantikan semulajadi Dia membuatkan ramai yang jatuh hati walaupun sudah berusia 37 tahun dan pernah memenangi Miss Beautiful Smile dan Miss Asia Pacific pada tahun 2000.

6. Genelia D’Souza

Image result for genelia dsouza photoshoot

Walaupun bergelar ibu kepada dua orang anak tapi keserian wajah tak pernah surut tanpa mengenakan solekan yang tebal di wajahnya. Berbeza dengan wanita lain, untuk pipinya nampak merah, Genelia akan cubit pipinya beberapa kali supaya nampak natural dan tidak mengenakan sebarang blusher untuk mengelakkan kulit muka rosak. Exfoliate, cleansing, moisturize antara tips kekal cantik dan segar.


7. Alia Bhatt


Anak kepada pengarah terkenal, Mahesh Bhatt dan pelakon cantik, Sonia Radzan yang bertubuh genit dan comel tak perlukan sebarang penambahbaikan kepada mana-mana bahagian wajah ataupun fizikal badannya. Alia sering menggayakan outfit yang sesuai dengan saiz petite especially summer looks!

8. Shraddha Kapoor

Related image

Siapa sangka anak kepada pelakon antagonis terkenal di Bollywood, Shakti Kapoor mempunyai anak gadis secantik Shraddha. Walaupun pernah dikritik sebagai kurus kering, tak cukup makan tapi dia dilahirkan dengan kecantikan semulajadi dan senyuman yang menjadi igauan para penonton.

9. Ileana D’Cruz

Image result for ileana d'cruz noblesse

Onscreen mahupun offscreen, Ileana sering kelihatan cantik dengan solekan nipis ataupun tebal untuk kariernya. Antara rutin kecantikan Ileana ialah mengamalkan diet sihat, air yang mencukupi dan kurangkan penggunaan produk. Pantang larangnya ialah tidur tanpa mencuci makeup terlebih dahulu.
 
10. Yami Gautam

Image result for yami gautam photoshoot

Walaupun jarang mendapat perhatian dari pengarah untuk menjadi bintang utama tapi kecantikan semulajadinya tak dapat ditandingi oleh mana-mana heroin terkenal. Bukan setakat cantik malah peribadinya yang lemah-lembut dan sopan buatkan Yami disenangi ramai.

11. Parineeti Chopra

Image result for parineeti chopra photoshoot

Berbeza dengan kakak sepupunya, Priyanka Chopra, Pari memilih untuk menurunkan berat badan dan kekal cantik dengan mengamalkan diet seimbang dan yoga walaupun memakan masa yang lama dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.

12. Jacqueline Fernandez

Image result for jacqueline fernandez photoshoot

Ratu Cantik Sri Lanka yang berdarah kacukan Sri Lanka dan Malaysia ni dianugerahkan dengan senyuman cantik dan bentuk badan superstar tanpa memerlukan sebarang suntikan ataupun pembedahan. Jac juga merupakan duta fitness terkenal di India selain Bipasha Basu.

13. Sonam Kapoor

Image result for sonam kapoor cannes anamika

Anak sulung Anil Kapoor dan juga bekas model terkenal, Sunita Kapoor mempunyai raut wajah klasik India. Walaupun pernah bersaiz besar suatu ketika dahulu tapi tampil dengan imej yang slim fit untuk debut di Bollywood bersama Ranbir Kapoor dalam movie Saawariya. Selain pelakon, Sonam juga merupakan duta kepada beberapa produk dan fashion icon terkenal di Btown.

14. Sonakshi Sinha

Image result for sonakshi sinha 2018photoshoot

Pernah dikecam netizen kerana bersaiz besar dan mukanya yang matang membuatkan Sona memilih untuk mengurangkan berat dengan bersenam dengan bantuan dari mentornya, Salman Khan sehingga berjaya membuang 30kg dan kelihatan cantik menawan.  


15. Tripti Dimri


Tripti debut di Bollywood dengan movie Laila Majnu arahan Imtiaz Ali. Kecantikan dia sesuai dengan watak Laila yang dipuja oleh penduduk Kashmir hinggakan Qaisy hilang kewarasan dan bertukar Majnu. Lepas meningkat nama dalam movie Bulbbul, Tripti sign contract di bawah Dharma Cornerstone Agency. 

Okay that's it for now guys, till then ciao!

18 comments

  1. ramai jugak nama2 pelakon depa yang akak tak kenal. tau yang lama2 sket tu jela hehe..

    ReplyDelete
  2. Yang cantik ori tak berapa glamour, yang cantik palsu ramai yang saya kenal. Padahal palsu..urm..

    ReplyDelete
  3. Tertengok anak anil kapoor, uishh dah ada anak dara,,,,,, ramai yg akak x berapa kenall pelakon,, hii

    ReplyDelete
  4. Sonali tu dulu2 kak pip suka, dia memang cantik ...

    ReplyDelete
  5. Ramai pelakon2 nie akak x.kenal tp akak ammg adore dengan pelakon Sonali Bendre disebabkan kecantikan dia yg semula jadi..

    ReplyDelete
  6. cantik-cantiknya la dieorg ni...

    ReplyDelete
  7. Suka tengok lakonan Tabu, muka klasik.. Memang muka dia nampak cantik..

    ReplyDelete
  8. Kebanyakannya kita tak berapa kenal la hehe banyak yang kenal artis yang cantik tak berapa nak ori

    ReplyDelete
  9. 3 yang pertama je kak Ana kenal sebab zaman lakonan dorang kak ana layan Bollywood lagi. Lagi sorang yg cantik ialah madhuri dixit.

    ReplyDelete
  10. Aku artis bollywood ni yg tak fames sgt tu cam semua sama je muka aku tgk 😁😁😁

    ReplyDelete
  11. Ooo..ramai yang kita tak kenal tu..nama2 parents diorang je yang ada kenal beberapa..hahaha

    Point paling penting - minum banyak air kosong

    ReplyDelete
  12. baru kenal nama, selalu juga tgk tapi x kenal nama. hehehe

    ReplyDelete
  13. MasyaAllah..cantik dorang ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.