15 Artis Wanita Dituduh Pernah Melakukan Pembedahan Plastik

By farhanna jafri - 10:57


Lepas entri Pelakon Bollywood danPembedahan Plastik, ada yang request untuk selebriti tanahair pula. Tak banyak sangat info dapat untuk yang buat suntikan Botox ataupun bedah sana sini cuma ada yang pernah dituduh buat pembedahan plastik sebab perubahan yang ketara ataupun muka menegang dan membengkak serupa tak ada hari esok.

Sama macam pelakon Bollywood, ada yang makin cantik lepas ‘dituduh’ buat pembedahan plastik which is great tapi ada juga yang mengundang kutukan. Sayang sangat muka rosak lepas cucuk bedah sana sini. Tapi ada kemungkinan juga beberapa artis ni nampak berubah pada wajah akibat teknik makeup yang power zahabedah.

So letssssss

1. Nasha Aziz


Wajah bekas pramugari yang terkenal dengan kecantikan semulajadi dan ketinggian fizikal badannya semakin berubah. Kalau dulu drama, telefilem dan movie dipenuhi dengan wajah Nasha tapi sekarang kian menyepi tanpa khabar berita ditambah pula wajahnya yang semakin rosak akibat pembedahan plastik secara kerap. 

2. Zahida Rafik


Zahida pernah menafikan melakukan pembedahan plastik di London sehingga muka yang ala Barbie suatu ketika dahulu berubah kepada yang sekarang. Selain dari suntikan Vitamin C, Zahida juga mengamalkan gaya hidup sihat di gym dan membawa imej lebih maskulin.

3. Yana Samsudin


Menafikan dakwaan netizen mengenai perubahan hidung yang mancung dan bahagian bibir dengan alasan repair gigi sahaja dan teknik makeup terutamnya shading beserta penurunan berat yang banyak secara mendadak antara faktor utama perubahan wajahnya.

4. Anita Sarawak


Tegangnya wajah Anita Sarawak yang tak dimamah usia adalah berpunca dari air wuduk 5 kali sehari dan kehidupan tenang yang menjadi amalan sejak muda lagi.

5. Kilafairy


Walaupun bibir Kilafairy antara yang menjadi persoalan sejak gambar throwback tersebar luas tapi dia menafikan sebarang suntikan Botox dan menganggap bibirnya membawa tuah dalam kehidupan. Katanya lagi, kacukan darah berketurunan Pakistan dan Melayu antara faktor utama bibirnya yang nipis berubah menjadi tebal.

6. Norish Karman


Agak perahsia orangnya, tak pernah nafikan sebarang pertuduhan netizen tentang perubahan di bahagian dagu dan bibir yang makin nipis. Tak kisah pernah ataupun tak, dia memang cantik dalam TV dan juga in real life. Pernah jumpa dia tanpa makeup so don't argue with me on this.

7. Zila Bakarin


Pernah mengaku menyuntik bibir, dagu dan beberapa perubahan pada wajahnya serta menyesal kerana wajahnya yang cantik makin berubah sehingga hilang bentuk asal. Tapi tak berubah teruk sangat pun muka Zila, comel juga yang baru ni walaupun yang lama dah cukup cantik dah. 

8. Ifa Raziah

Image result for erra fazira suntik botox

Perubahan muka Ifa diakui kerana diet telur rebus sehingga dagu meruncing dan juga beberapa suntikan Vitamin C yang diakuinya untuk mencantikkan kulit serta kekal muda. Ditambahnya lagi, dia ada berjumpa dengan doktor dan asatizah untuk hukum halal-haram.

9. Erra Fazira

Related image

Bekas ratu cantik Malaysia antara yang tersenarai dalam list ni bila ramai juga yang mempersoalkan dagu runcing Erra dan kekerapan pipinya yang membengkak tapi tak dapat dipastikan sama ada Erra semakin pandai bertatarias ataupun mendapat bantuan lain. But whatever she have done, its amazing. 

10. Umie Aida


Perubahan bentuk wajah Umie dan juga pipi yang membengkak antara punca netizen mempersoalkan ada tambahan lain selain Vitamin C dan makeup untuk penampilan imej terbaru sehingga terhasilnya produk penjagaan muka dari Umie.

11. Eina Azman


Mungkin netizen perlu berterima kasih kepada pergaduhan Eina Azman dan bekas kawan baik dia, Rebecca Nur Islam kerana mendedahkan faktor sebenar perubahan wajah Datin muda ni walaupun semua orang boleh nampak dan faham kenapa dan mengapa. 

12. Ziana Zain


Tahun 2013 ziana pernah mengaku membuat suntikan kolagen di beberapa bahagian pada wajahnya untuk kekal muda dan cantik tapi katanya cuma percubaan sahaja. Lepas tahu kesan masa panjang akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang, Ziana berhenti secara total.

13. Fazura


Di awal kemunculan Fazura berkulit gelap dan berhidung pesek tapi makin lama hidung semakin mancung dan berkulit melepak. Dia menafikan sebarang pembedahan plastik tapi apa pun yang dia amalkan untuk perubahan ni, it sure does wonder to her. Oh my Fazura!

14. Nanu Baharudin


Perubahan ketara pada dagu Nanu yang semakin melebar dari bentuk asal membuatkan Nanu tersenarai dalam list ni tambahan pula muka Nanu sentiasa berubah dari zaman awal karier sehingga sekarang. 

15. Elly Mazlein



Teknik makeup yang power ataupun pembedahan plastik yang menyebabkan runcingnya dagu Elly dan mancungnya hidung selepas lama menyepi. Perubahan yang makin cantik Kak Lina Pompom agak jelas kelihatan sehingga jadi bualan para netizen. 

So far, dalam list ni je yang menjadi perbualan hangat bila sembang tentang pembedahan plastik dan suntikan situ sini tapi ada juga beberapa nama yang tak dimasukkan sebab diragui kesahihannya. Ada juga artis yang ambil susuk sampai pernah keluar berita tapi identiti tak didedahkan. Kalau cantik, baguslah tapi kalau habis beriban ubah muka tapi jobless jugak, itu sangat kasihan. 

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Warghh Yana Samsudin? Alorr my fav artist tu hukhuk

    ReplyDelete
  2. baru tengok nasha aziz dalam super menantu dan rasa kenapalah dia ni tak dimamah usia hahaha ok sekarang baru tau kenapa. but fazura seriously??? hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Berdekah aku baca part Anita Sarawak . Siot betul . 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  4. Some really kenot brain aku baca alasan mereka. Hahahaa... plastik2

    ReplyDelete
  5. artis malaysia mana berani nak mengaku buat benda ni semua so percaya itu memang natural beauty..hihi

    ReplyDelete
  6. kebanyakannya mmg dah diketahui ramai :) . part anita sarawak itu sangat lucu..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  7. Ooh fazura jugak tersenarai. Huu..

    ReplyDelete
  8. Norish Karman tu lawaa betul...haha yg lain ada yang makin lawa, tapi yang makin jahanam pun ada.. :P

    ReplyDelete
  9. ada yang lawa walaupun tanpa menyuntik mahupun mengubah apa-apa..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)