Tips Tanam Pokok Tomato Cara Malas

By farhanna jafri - 22:24

Dalam entri sebelum ni tentang pokok tomato, Pokok Tomato Dah Berbuah ada yang minta tips tanam pokok tomato dekat rumah since tak ramai yang berjaya tanam sampai berbuah.


Tbh, my tomatoes pun tak berbuah banyak sangat dan besar sebab pokok dia berbatang halus je. Macam dalam entri sebelum ni pun tak terjaga sangat pokok tomato sebab guna pasu leper so this time guna yang lebih dalam lagi. Entri ni requested by Sis Zarini Ismail sebab dua kali tanam tak jadi. Harap dapat membantu akak ataupun mana-mana beginner yang tak ada bajet banyak. 

Bahan-bahan Diperlukan

- Buah tomato
- Tanah
- Pasu
- Baja
- Air

Cara Penanaman

Cara penanaman tetap sama, ambil buah tomato yang dah nak masak atau rosak tu, potong dua kemudian letak je atas tanah dalam pasu. Ni cara malas, kalau yang rajin pula asingkan benih dengan isi kemudian letakkan atas tisu supaya benih tu kering kemudian taburkan dalam pasu. 

I choose that lazy method sebab nak biarkan isi tomato tu decomposed since nak buang sayang, nak makan dah tak lalu sebab isi dah masam so kita biar dia mereput sendiri. Lagipun bila benih dah bercambah, tak payah dah banyak step nak pindah sana sini. Biar dia mereput dalam masa seminggu, nanti dia akan naik sendiri. 

Dalam semua benih dekat buah tomato tu tak semua yang akan naik sebab ada yang akan mati juga. Tapi yang naik dalam 10 pokok, kira banyak lah tu kan? Gambar bawah ni pokok dah bercampur sana sini sebab pasu semaian je tu, dah besar baru pindah pasu lain.


Untuk tanah, I used tanah yang beli dekat kedai je sebab rumah apartmen takde tanah. Kalau rumah memang ada tanah boleh terus tanam tapi better asingkan dulu dalam pasu atau polibeg sebab tanah bumi biasanya dah banyak bendasing dan hidupan mikro so benih tak mampu nak survive. Baja pula beli baja lada hitam dekat pasar tani. Baja A & B pun sama dari pasar tani. 

Tanah untuk pokok tomato kena sentiasa lembab tapi pencahayaan tinggi. Kalau musim panas, elok siram dua kali sehari supaya kelembapan tanah terjaga tapi musim hujan tu jaga-jaga lah jangan bagi tanah berendam air sebab batang dia mudah rosak. 

Kalau bab pokok tomato ni memang tak jaga sangat, biar je dulu dia membesar lepastu ikat batang dekat kayu panjang supaya dia tak menjalar merepek ikut suka hati dia. Tapi bulan puasa haritu kelam kabut nak balik kampung sampai lupa nak ikat dia, so dah tak mampu nak selamatkan dah. Perati je la gaya merepek dia. Nak cantas pun tak boleh sebab dah berbunga banyak. 


Lagi 3 pokok tomato kena jaga betul lah lepas ni supaya tak merepek macam pokok di atas. Selain baja, guna kulit telur yang dah dicuci bersih dan kering untuk ditaburkan atas tanah area pokok tomato supaya dapat neutralkan tanah dan elakkan serangan siput. 

Ni je simple tips yang boleh kongsi untuk penanaman pokok tomato cara anak dara malas tapi berjaya makan hasil. Good luck untuk yang nak try tanam :)

  • Share:

You Might Also Like

26 comments

  1. Tbaik! Pasni if nak mkn, ambik trus dari pokok dia, fresh! 😄

    ReplyDelete
  2. Menarik, boleh cuba nanti. POkok kat rumah ni banyak rosak angkara siput babi. huhu

    ReplyDelete
  3. macam senang je nak tanam tomato ni..hihi

    ReplyDelete
  4. senang je lepas ni.. jimat. tak payah beli di pasar.

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Yey! Thanks Farhana! Masa baca tajuk ni terus kata 'oh ni bagus ni, nak kena baca ni'. Sekali rupanya awak buat entry sebab akak request aritu. Terima kasih bebanyak. Sayang Anna ketat2 :*

    ReplyDelete
  6. Wah dah berbuah pokok tomato Farhanna..
    Sis ada juga tanam pokok tomato tapi tak menjadi, hampa sangat :(

    ReplyDelete
  7. Wah, dah macam Cameron Highlands dah ni. :D

    ReplyDelete
  8. wahhh indahnya tanaman di rumah ni...nampak segar je mata ni melihat

    ReplyDelete
  9. rajinnya sis. anjung rumah shu memang nampak simen saja, malas nya hai nak menanam. hehehe selamat hari raya

    ReplyDelete
  10. Bestnya menjulur2 tepi tingkap.
    View pun cantik menghijau2.

    ReplyDelete
  11. Wah senangnya. Rasa mahu p menanam tomato sekarang juga. Tq atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
  12. salam singgah sini, rajinnya menanam.. malas2 pun ada hasil jugak hii..

    ReplyDelete
  13. Sekali pandang macam pokok ceri pulak ya.. hehe thank you for the tips kak FJ!!! ^^

    ReplyDelete
  14. dulu pernah jugak try tanam cili,tak jadi sebab lupa siram..huhuu..maseh untuk tips tu ya :D

    ReplyDelete
  15. Bgusnya dik..akak selalu xda luck dengan pokok tomato..pokok lain ok ja..pokok tomato..aduhaiii cepat nau kiok nya

    ReplyDelete
  16. Laa simple sangat ingatkan susah 😅

    ReplyDelete
  17. Aduh, Farhana... Memang terliur la tomato awak tue, tapi akak memang takleh tanam disebabkan tangan akak panas untuk semua tanaman..

    ReplyDelete
  18. berbudi kpd tanah pasti akan dpt hasilnya...

    ReplyDelete
  19. terbaek.. boleh cuba nanti. hehe

    ReplyDelete
  20. boleh cuba ni lps pindah rumah nnt ;-)

    ReplyDelete
  21. Bestnya tanam pokok lepas tu ada hasil ni. I pernah nak try tanam sayur but tak tumbuh-tumbuh so malas dah nak try. Hahaha.

    ReplyDelete
  22. wah mudah aje caranya.. mama siap beli biji benih lagi hihi

    ReplyDelete
  23. dalam posting FB tempohari saya ada terbaca petua untuk suburkan tanaman..

    guna telur dan satu lagi bahan..saya lupa la pulak..

    ReplyDelete
  24. Tips kulit telur tu macam best.. Bolehlah nak cuba nanti..

    ReplyDelete
  25. tq for sharing farhana.
    teliti aida baca entry ni.
    sebab, di rumah baru, aida berniat nak tanam few pokok.
    limau kasturi, cili padi, bendi, terung, daun kesum, pokok pandan, serai... now baru terfikir kan tomato.

    ReplyDelete
  26. wahh rajinnya akak tanam pokok tomato!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)