Telemovie Review : Bini Aku Dari.......

By farhanna jafri - 02:08

Image result for bini aku dari neraka

Pengarah : Helmi Yusof
Pelakon : Sharifah Sakinah, Aiman Hakim Redza, Ungku Hariz, Fiza Thomas, Sharifah Shahora, Puteri Khareeza, Shahmir Afzan Idris, Jamil Abdul Manap, Amber Adneen Ajwad Mubarak
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 1 jam 40 minit
Tarikh Tayangan : 17 Jun 2018
Terbitan  : Hyper Pictures Sdn Bhd
Trailer :


Sequel khas untuk Girlfriend Aku Dari Neraka The Series bersempena dengan raya ditayangkan di Astro Warna yang mengisahkan tentang kehidupan Rudi (Aiman Hakim Redza) dan Lydia (Sharifah Sakinah) setelah berkahwin. Lydia masih lagi mengekalkan imej bimbo untuk mengelakkan Rudi jatuh hati pada awek bimbo yang lain. Dalam masa yang sama Lydia minta tunjuk ajar dari Tasha (Fiza Thomas) dan Aunty Fara (Sharifah Shahora) untuk dapatkan anak sebab sunyi di rumah bila Rudi pergi berkerja.

Image result for bini aku dari neraka

Tasha yang makin busy dengan kerjaya dan anaknya, Aus (Amber Adneen Ajwad Mubarak) terpaksa melayan kerenah Mamat (Ungku Hariz) yang tak boleh lagi tinggalkan perangai zaman bujang bila melepak bersama Rudi. Rudi pula enggan beri komitmen sebagai seorang ayah dan mula menunjukkan minatnya kepada Dayang (Puteri Khareeza), PA baru di tempat kerja barunya selepas dinaikkan pangkat kerana ideanya yang bagus.

Rudi makin happy pergi ke pejabat bila Dayang mula jatuh suka pada dia ditambah pula kasihan dengan Rudi yang terpaksa menjaga isteri yang sakit mental. Lydia pula makin hanyut dalam dunia dia bila terpengaruh dengan kakiperamal.com yang mengeluarkan fatwa palsu sehingga boleh membahayakan nyawa Rudi dan Lydia.

Image result for bini aku dari neraka

Expectation untuk sequel ni tak lah tinggi sangat sebab video yang viral pun tak lawak sangat, lebih kepada bodoh sebenarnya especially scene makan ikan dengan handsock. Tapi dalam telemovie ni memang ada la scene yang kelakar dari Lydia macam scene masuk kereta guna kaki kanan, scene Lydia nak pergi masjid untuk terawih dll.

Telemovie ni dah bertukar pengarah, bukan lagi dibawah arahan Dira Abu Zahar tapi Helmi Yusof so nampak berbeza jugak lah antara dua ni. Momentum plot macam tak berapa nak meyakinkan sangat dalam telemovie ni. Even dialogue pun tak berapa nak kick sangat macam dalam the series cuma ada beberapa tagline dicedok dari telemovie macam tagline ‘Hati Sedih, Hati Pedih!’.

Wardrobe Lydia masih lagi menggunakan khidmat tajaan yang sama dari Miss Anastacia and yes masih vogue sama macam the series cuma part makeup je macam over sikit plus banyak guna lipstick matte warna lavender or purple which looks mehhhh. Hairstyle Aiman pun selekeh bila dengan Lydia but looks great dengan Dayang. 


Kalau dah layan the series memang patutlah layan telemovie ni lagipun sekejap je sejam lebih je walaupun tak lah best mana dan try hard nak buat lawak. Plot twist dia pun tak menjadi sangat sebab nampak bodohnya benda yang kau teringin sangat nak, bila dah dapat tapi tak pergi confimkan tapi dah beli semua kelengkapan.

Plus, agak kesian dengan Lydia put massive effort supaya Rudi tak curang tapi dia menggatal jugak dengan perempuan lain siap dah plan nak kahwin lain. Lagi suka kalau Lydia jadi diri dia yang asal daripada try hard nak jadi bimbo yang tak mendatangkan apa-apa faedah pun baik untuk diri dia ataupun untuk perkahwinan dia since Rudi tak appreciate pun usaha Lydia. Tak matang pulak tu, semua benda nak harapkan bini je walaupun dah 2 tahun kahwin. 


Anyway, harap lepasni dah takde dah kot drama/telemovie Girlfirend Aku Dari Neraka ni unless ada plot menarik dan lawak yang fresh untuk semua pelakon. Penat jugak kalau tengok Lydia sorang je yang galas tugas untuk ceriakan suasana.


1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Part last tu setuju.. Macam terlalu bergantung pada watak Lydia je.. Tengok separuh jalan je pastu stop..

    ReplyDelete
  2. tengok telemovie dia yg first tu je. bila dah buat sequel malas dah nak follow, cite pasal bimbo je pun.

    ReplyDelete
  3. Kak ana sempat layan drama pertama dorang dulu bebeapa tahun lepas yang Gf dr neraka tu. Lepas tu tak sempat nk tgk yang bersiri. Tapi suka lakonan Sharifah sakinah.

    ReplyDelete
  4. lucu cerita ni. wife ejulz tgk gelak sakan. hehe

    ReplyDelete
  5. Ok apa cite ni..buat gelak santai2 sambil lipat kain...drama ni tak heavy sampai kena focus btol2 berayor mata syawal..sy suka je.. :)

    ReplyDelete
  6. teringin nak tgk.
    tapi tu la, takde channel warna :(
    hmmmm

    ReplyDelete
  7. tak pernah tengok pun cerita ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)