Pendidikan Seks, Wajar atau Tidak?

By farhanna jafri - 22:41

Related image

‘Pendidikan seks akan menggalakkan zina’

Mungkin ada yang masih baru lagi dengan terma pendidikan seks, tiba-tiba dikejutkan dengan cadangan dari YB Syed Saddiq untuk menggalakkan pendidikan seks di kalangan kanak-kanak dan remaja. Well actually it isn’t new. Sebelum pergi jauh, kaji dulu definisi seks dan apa itu pendidikan seks.

Definisi Seks

Seks mengikut Dewan Kamus Bahasa & Pustaka ialah jantina; jenis kelamin. 

Dari definisi seks itu sendiri dah buang mitos mengenai teori Pendidikan Seks ialah untuk mengajar tentang cara untuk mengadakan hubungan seks selamat secara berleluasa. Jadi apa itu Pendidikan Seks? 

Definisi Pendidikan Seks

Image result for countries with sex education

Pendidikan seks mengajar tentang seksualiti manusia yang merangkumi hubungan emosi dan tanggungjawab, anatomi seksual manusia, aktiviti seksual, pembiakan seksual, umur persetujuan, hak pembiakan, kesihatan reproduktif, kawalan kelahiran dan sekatan seksual. 

‘Semua ni ada dalam subjek sains di sekolah, tak cukup lagi ke?’

Jelasnya tidak kerana semua yang terlibat dengan jenayah seksual pergi ke sekolah dan belajar subjek yang sama tapi kenapa makin meningkat? Mungkin peranan Kementerian Pelajaran untuk meperkasa syllabus pelajaran. Atau mungkin peranan ibu bapa sebenarnya untuk memperkenalkan pendidikan seks di usia kanak-kanak sebab bahagian intim agak peribadi untuk dibicarakan maka parents adalah yang paling rapat dengan kanak-kanak. 

Pendidikan seks bukan taboo tapi keperluan sebab semua manusia berkait dengan seks dan segala yang berkaitan dengannya. Di sekolah belum tentu tengaa pengajar akan membincangkan secara serious kerana taboo dan ada sesetengah yang akan skip topik tersebut dan letak tanggungjawab untuk pelajar baca dan hafal. 

Safe sex cuma sebahagian daripada pendidikan seks dan kalau ramai yang risau dengan menggalakkan seks bebas, kena cakna juga dalam pendidikan seks ada sekatan seksual yang terikat dengan budaya dan agama. 

Statistik kes pedofilia di Malaysia yang direkodkan sejak Mac 2017 mencecah 12,025 kes di negara ni dan jumlah tu cuma sebahagian kecil sebab masih ramai lagi ibu bapa yang tidak berdaftar kerana malu dan ingin menjaga maruah keluarga. Kes pedofilia dan pornografi kanak-kanak semakin meningkat di Malaysia dan dua perkara ni merupakan pelanggaran hak asasi sebagai manusia.

Jadi macam mana pendidikan seks akan mengurangkan statistik ni? Dengan peningkatan kesedaran tentang seksualiti individu. Di Malaysia sebenarnya pendidikan seks telahpun dicadangkan sejak era 1960-an lagi tapi dianggap terlampau terbuka kemudian dicadangkan lagi pada tahun 2000 kerana peningkatan kes rogol secara purata sebanyak 4 kes setiap hari. Selain kes rogol, sumbang mahram, gangguan seksual dan sebagainya semakin meningkat. Jadi cadangan pada tahun 2018 bukan lagi sesuatu yang mengejutkan.

Negara kita pernah membantah kerana terlampau terbuka tapi kes seksual makin berleluasa, jadi kenapa tidak kalau kita menerima? Di negara Eropah, penurunan statistik jenayah seksual kerana pendidikan seks yang berkesan terutamanya di negara Itali, Jerman, Switzerland, Sweeden, Denmark, Netherlands, Belgium dan Perancis.

Mungkin Pendidikan Seks takkan mampu membendung jenayah seksual dan masalah sosial secara total tapi penurunan statistik dari sesuatu inisiatif adalah penting. Pengetahuan tentang seksualiti mungkin dapat membantu mengelakkan dari remaja terjebak kepada kancah penderaan dan jenayah seksual. 

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Bagi ira sebenarnya ada pros and cons untuk bahaskan isu ni. Aihh susah susah.

    ReplyDelete
  2. Penting sebenarnya.. Bukan sahaja di sekolah tapi di rumah..

    ReplyDelete
  3. Memang penting cuma metadologi nya kena sesuai sebab rata2 rakyat malaysia sensitif bab ni. Ibu bapa pun kena mainkan peranan sama.

    ReplyDelete
  4. Isu sensitif ni tapi yang pasti setiap sesuatu ada pros and cons. Cuma boleh mendoakan yang terbaik untuk anak cucu masa hadapan..

    ReplyDelete
  5. budak sekarang x sama dgn budak dulu2.. tujuan sebenar diberi pendedahan ni sebenarnya bagi mengelakkan perkara yg x sepatutnya berlaku. tapi ada jugak yang advance awal sebab dah pandai sgt tahu masa2 yg sesuai dan x sesuai. susah nak cakap pasal ni. ada baik dan ada buruk.

    ReplyDelete
  6. kalau situasi sekarang sm mcm 30-40 tahun dulu, mgkn wajar diberi pendedahan sebegini tetapi dgn teknologi yg ada sekarang, keburukan (di dalamnya) itu lbh terserlah berbanding kebaikan

    ReplyDelete
  7. last sem aida buat paper berkaitan pendidikan kanak2 dan gender.
    ia perlu sebenarnya pendidikan ke arah gender ni, farhana.
    samada menjurus ke arah seks or not, tak penting.
    tapi pemahaman tentang gender is very important.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)