Movie Review : Rajneeti

By farhanna jafri - 07:38

Image result for rajneeti

Director : Prakash Jha
Cast : Ranbir Kapoor, Arjun Rampal, Ajay Devgn, Manoj Bajpayee, Nana Patekar, Katrina Kaif, Nikhila Trikha, Jahangir Khan, Sarah Thompson, Naseerudin Shah, Chetan Pandit
Production Company : Prakash Jha Productions, Walkwater Media Ltd
Genre : Politic/Drama/Crime
Running Time : 170 minutes
Release Date : 4th June 2010
Trailer :


Its been years tergedik sangat nak tengok movie arahan Prakash Jha ni sebab pasangan Ranbir dan Katrina berlakon dalam movie ni. Plus ramai critics cakap Rajneeti salah satu movie terbaik Ranbir dan Katrina. Jarang lakonan Kat kena puji, so bila kena puji memang wajib tengok. Tambah pula hasil buah tangan Prakash Jha macam movie Dil Kya Kare, Satyagraha dan Lipstick Under My Burkha. Movie Rajneeti memang sepenuhnya digarap oleh Prakash Jha – direction, writing, dialogue, produce.


Boleh kata Rajneeti ni diinspirasikan dari keadaan politik sebenar di India tambah menguatkan rumours tu bila sebelum release movie Rajneeti ni naik court sebab ada persamaan karakter dalam movie dengan yang sebenar kemudian isu berkaitan dengan lagu kebangsaan India. But the hassle worth the team’s effort since movie ni mengaut keuntungan 2x ganda dari modal pembikinan tambah pula dengan menang beberapa award dalam semua kategori pencalonan.

Rajneeti mengisahkan tentang kemelut yang melanda keluarga Ramnath Rai yang mengetuai parti politik, Rashtrawadi. Walaupun parti ni disayangi dan disokong ramai rakyat India terutamanya golongan miskin, berbeza dengan anak perempuannya Bharti (Nikhila Trikha) yang join parti pembangkang yang diketuai Bhaskar sampai mereka berdua terlanjur dan Bharti mengandung kemudian lahirkan anak lelaki tanpa pengetahuan Bhaskar (Naserudin Shah) sebab dia larikan diri lepas rasa bersalah dengan dosa dia.


Disebabkan anak luar nikah, Brij Gopal (Nana Patekar) abang kepada Bharti ambil keputusan untuk hanyutkan di sungai dalam bot berserta sekalung rantai sebagai tanda. Lepas dari tu, Bharti dikahwinkan kepada Chandra Pratap (Chetan Pandit), adik kepada Bhanu Pratap (Jahangir Khan) yang juga ahli kuat parti Rashtrawadi. Hasil perkahwinan diorang, dikurniakan dua orang anak lelaki – Prithviraj (Arjun Rampal) dan Samar (Ranbir Kapoor).

Prithvi pun orang kuat parti ikut jejak langkah ayah dia sementara Samar ambil PhD di New York jurusan sains politik. Dia balik ke India sebelum presentation thesis untuk sambut birthday pakcik Bhanu dia. Kepulangan dia disambut oleh Indu (Katrina Kaif) yang dah lama syok dengan dia sejak kecil lagi sebab ayah Indu ni orang kuat Chandra Pratap. Tapi Samar sebenarnya Samar bercinta dengan kawan kuliah dia, Sarah Jane. Walaupun Samar reject Indu tapi lepas ayah dia dibunuh oleh Sooraj Kumar (Ajay Devgn) pembantu kepada Veerendra Pratap (Manoj Bajpayee) anak tunggal Bhanu Pratap, Samar melamar Indu untuk berkahwin dengan dia untuk dapatkan dana dari ayah Indu.
 
Image result for rajneeti

Bila Brij dan Bharti pergi ke rumah Indu untuk merisik, ayah dia nak Indu kahwin dengan Prithvi sebab Prithvi calon Ketua Menteri India dalam pilihanraya nanti bukannya Samar. Pilihan cuma dua, kahwin dengan Prithvi ataupun dengan Veer yang tamak dan kejam tu. Nak tak nak, Samar terpaksa pujuk abang dia berkahwin dengan Indu sebab dia taknak Indu hidup dengan Veer. Dia tahu abang dia mampu jaga Indu dengan baik. Tambah pula Sarah dah mengandungkan anak Samar.

Movie ni agak pening sikit sebab politik memang memeningkan dan licik. Ada saja cara untuk menang dalam pilihanraya tak kisah dengan apa cara sekalipun. Walaupun ramai star cast dalam movie ni tapi masing-masing bawa watak dengan baik dan hidupkan movie ni walaupun berat dan memeningkan tapi tetap nak tahu pengakhiran cerita, siapa yang akan menang pilihanraya nanti ataupun apa strategi kedua pihak untuk menang dan lawan balik staretgi pihak lawan.

Image result for rajneeti

Dialog memang cantik tambah bila scene Bharti datang pujuk Indu bila Indu marah dengan keputusan Samar untuk kahwinkan dia dengan Prithvi. Tapi pelik jugak dengan scene Indu berbaik dengan Prithvi sebab entah dari mana muncul cinta dan sayang sebab tidur asing lepastu dalam sehari entah berapa kali je diorang bertegur sebab Prithvi busy berkempen.

Music background karya Pritam agak dull dalam movie ni tambah pula item song masa Samar dengan Indu lepak pub untuk celebrate happy moments diorang nak berkahwin. Baik dia letak lagu romantik bergolek sana sini sebab item song tak best ni umpama sampah menyelit je dah lah kejap sangat.


Walaupun parti politik Rashtrawadi ni dapat sokongan orang miskin tapi tak banyak sangat scene berkempen di kawasan kampung cuma banyak dekat padang atau dataran untuk bagi ceramah politik dengan rumah agam parti masing-masing. Tension jugak tengok ahli politik turun dari heli dekat dataran tempat penyokong berkumpul sebab berdebu teruk habis semua orang kena kecuali ahli politik. Selfish teruk.

Lepashampir 3 jam layan movie Rajneeti pelik jugak tengok ending sebab penyokong parti boleh terima calon akhir dari Samar tanpa sebarang bantahan atau pertikaian. Tambah pula bila Samar kata calon tu paling layak sebab hati dia suci. Kenapa hati suci layak pulak sedangkan dalam politik kena akal licik macam Samar baru boleh tangkis serangan parti lawan. Sepatutnya ada sequel tapi krik krik je sampai sekarang. But I don’t think it will happen anytime soon since Ranbir dan Katrina dah putus dan taknak berlakon bersama dah nak pula lepas movie Jagga Jasoos flop di panggung.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. maybe I'll consider to watch this because I love some of the actors. hehe

    ReplyDelete
  2. banyaknya watak, pening baca. kalau tgk movie maybe senang sikit nak paham..hihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)