Movie Review : Founder

By farhanna jafri - 00:14

Image result for founder movie review

Director : John Lee Hancock
Cast : Michael Keaton, Nick Offerman, John Carroll Lynch, B.J. Novak, Linda Cardellini, Laura Dern, Patrick Wilson
Production Company : FilmNation Entertainment, The Combine, Faliro House Productions S.A.
Distributor : The Weinstein Company
Genre : Drama/History
Running Time : 115 minutes
Release Date : 16 December, 2016
Trailer : 

If you guys think movie Founder is about how McDonald first established as a fast-food restaurant, then you guys are deadly wrong. Founder menceritakan tentang betapa liciknya Ray Kroc (Michael Keaton) seorang salesman yang berjaya mencuri idea speedy-system dari adik-beradik Dick (Nick Offerman) & Mac (John Carroll Lynch) di San Bernadino, California dan menggelarkan diri dia pemilik restoran McDonalds bermula pada tahun 1954. 

Related image

Ray Kroc bekerja sebagai salesman yang gagal dengan barang niaga dia sehinggalah dia berjumpa dengan adik beradik McDonalds di California bila Mac & Dick order 8 mesin milkshake dari Ray. And at the moment Ray mula jatuh cinta dengan konsep speedy-system dan juga nama McDonald tu sendiri. Lepas Dick & Mac ceritakan  tentang sejarah McDonald dan beberapa kegagalan franchise diorang, Ray offer diri untuk kembangkan McDonald melalui sistem franchise dan franchise pertama di Des Plaines, Illinois menggunakan senibina adik-beradik McDonalds. Boleh kata semua benda Ray curi dari adik-beradik ni. 

Gagal bagi adik-beradik McDonalds tapi kejayaan bagi Ray Krocs bila dia mampu mencari investors dan beberapa orang yang boleh dipercayai untuk jaga business McDonalds di setiap franchise tanpa kacau agreement contract antara Ray dan adik-beradik McDonalds. Tapi jadi masalah bila Ray kekurangan dana untuk bayar hutang pinjaman bank untuk franchise dia sebab duit yang ada dia gunakan untuk buka 228 franchise di semua daerah. Lagi tambah bengang bila dia nak renegotiate bayaran keuntungan dia dapat dari adik-beradik McDonalds tapi ditolak mentah-mentah sebab risau akan kehilangan ownership business diorang.

Dalam serabut mencari dana untuk elakkan business dia jatuh, Ray terjumpa dengan perunding kewangan, Harry Sonneborn (B.J. Novak) yang memberi cadangan untuk tubuhkan satu company untuk menjadi ejen hartanah dan bukannya pemilik restoran burger so dengan idea ni Ray tak langgar contract dengan beradik McDonalds. Ray kemudian bagi tawaran kepada beradik McDonalds untuk menjual semuanya kepada dia termasuk nama McDonalds dengan US$27 juta dan juga royalti penuh dari Ray tapi sampai sekarang adik-beradik McDonalds tak dapat royalti mahupun pengiktirafan sebagai pemilik asal McDonald.


Bukan lakonan Michael Keaton je menjadi sampai rasa bertambah sakit hati dengan salesman licik tapi B.J. Novak sekali sebagai perunding kewangan yang bijak cari peluang dalam fast-food industry sampai mampu letakkan diri dia sebagai CEO pertama McDonalds. Movie Founder letakkan watak antagonis sebagai watak utama dan protagonis sebagai watak sampingan thus show the real deal in business. You can’t deny the fact to survive in this business politics, you have to be very sleek and smart. While McDonalds siblings have integrity, Ray and his team has sneaky move to succeed.

Dalam perjalanan Ray Kroc sebagai founder McDonalds, memang banyak juga watak yang baik dibuang dari hidup dia macam Ethel (Laura Dern), isteri dia yang setia dari zaman susah sudahnya kena buang macam tu je kemudian Ray berkahwin dengan Joan (Linda Cardellini), isteri Rollie (Patrick Wilson) salah seorang franchise manager McDonald di Hennepine Avenue. 


So to sums it all, Founder adalah movie tentang macam mana kejam dan liciknya seseorang manusia untuk naik ke atas. You guys will feel sorry for McDonalds siblings as they’re left out in any possible way to make their dreams come true. And yupp lepas McDonalds dibeli oleh Ray Kroc, they got nothing left even business diorang tak mampu bertahan lama tambah pula Mac jatuh sakit disebabkan stress terlampau. Worth to watch, yes indeed. Movie settings, plot, dialogues and visual is top-notch. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.4/10

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. wowww...! kisah benar la ni ye..?
    giler aarrr.. tak kena saman dengan McD ke.. hahahahaa..

    okey, mesti cari movie ni nanti.. :)

    ...

    ReplyDelete
  2. Macam best tapi tak sanggup nak tengok orang kena aniaya lepastu yang menganiaya tu sukses pulak..hurm

    ReplyDelete
  3. Tu lah realiti kehidupan. Orang sanggup buat apa utk berada di atas.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)