Craving For Ice-Cream? FRUITIKING!!

By farhanna jafri - 07:43


Sembang pasal aiskrim, last month I join an event organized by FruitiKing at Sunway Pyramid, Subang for promoting their own first flagship store. I can taste all 6 flavors of their ice-cream – Sweet Corn, Cempedak, Durian, Musang King, Mango and Soursop. Kelebihan aiskrim FruitiKing ialah perisa buah asli tanpa bahan pengawet, pewarna ataupun perasa.


Memang bila makan terasa buah tu sebab memang ada pun potongan buah dekat dalam aiskrim tu. Baka kata Founder and Chief Evangelist, Max Teh ‘Aiskrim FruitiKing mempunyai keaslian dan nutrisi buah sebenar dalam setiap gigitan tak seperti aiskrim lain.’

Dalam aiskrim FruitiKing ni guna bahan pengawet buah khas supaya dapat kekalkan kesegaran dan keaslian buah yang digunakan. Idea untuk mula berniaga aiskrim premium pada tahun 2016 bila dia mencuba ‘aiskrim potong’ yang dibuat menggunakan resipi khas di gerai kecil di Ipoh, Perak. Aiskrim potong tu kaya dengan rasa buah tak seperti aiskrim lain yang dia pernah rasa sebelum ni. ‘Rasa seperti makan buah tapi dalam rasa yang lebih sejuk’.


Malaysia merupakan negara tropika dikurniakan iklim dan tanah yang sempurna untuk penanaman buah yang terbaik di dunia dan semestinya FruitiKing mencari buah yang terbaik untuk resipi aiskrim mereka. Kalau di negara barat boleh keluarkan aiskrim strawberry yang popular di serata dunia, jadi tak ada masalah untuk Malaysia guna buah Cempedak, Durian dan Musang King sehingga popular di merata tempat.  3 buah eksotik ni merupakan produk utama FruitiKing dan bakal menjadi kegilaan suatu hari nanti. 

So for the event, dapat rasa aiskrim Potong Premium, aiskrim Scoop, Fruiti Shake, Fruiti Waffle dan Super Premium Bar.


For first round dapat rasa semua 6 perisa buah - Jagung, Durian Belanda, Durian, Cempedak, Musang King dan Mangga.



As you guys can see in pictures up there, nampak isi buah yang meriah dalam aiskrim tu so bila makan memang macam makan buah tapi yang sejuk punya. Untuk aiskrim scoop ni jatuh cinta dengan perisa cempedak sebab sedap sangat compared to the others. Maybe sebab ni pertama kali jumpa aiskrim yang ada perisa cempedak. Yang lain semua dah biasa makan.

For Fruiti Shake ni tak berapa masuk sangat dengan tekak sebab terasa susu dia meriah kemain since I'm not a fan of fresh milk so its just average tapi lain orang lain syok dia sebab everyone seems enjoy the taste. 


But this one is my fav! Fruiti Waffle! Combination hot and cold memang the best in town I tell ya. Waffle dia crunchy pastu makan dengan aiskrim FruitiKing memang bahagia sangat sampai taip ni teringat lagi rasa waffle tu macam mana. Esok lusa craving memang terjah FruitiKing dekat Sunway Pyramid ni tapi kalau malas pun boleh je order online. 


Harga aiskrim FruitiKing walaupun agak mahal berbanding aiskrim yang lain tapi tersangatlah berbaloi bila makan cuma kena makan dengan pantas sebab dia mudah cair since tak ada bahan pengawet berlebihan macam aiskrim lain. Rasa dia pun tak manis sangat, rasa manis just nice sebab memang guna manis dari buah tu sendiri. 


Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke laman web rasmi FruitiKing sebab semua info ada dekat sana ataupun nak try beli online pun boleh terus order dekat sana cuma waffle je lah tak wujud sebab khas dekat flagship store je. Search di FB/Instagram : fruitiking pun boleh juga.

Fruiti King

Kiosks

Sunway Pyramid

LG2.96B, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway 46150 Petaling Jaya, Selangor.

*******************************************************************

Lot 10 Hutong Food Court

(Next to Soong Kee beef noodles)

Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur.

  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. Alahai Farhana, awak saja jea bagi akak jeles.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. it looks so good. maybe i'll try this someday

    ReplyDelete
  3. sedapppppnya... aiskrim mango to menggoda sangat...

    ReplyDelete
  4. wow.menarik!!!
    alhamdulillah dpt merasa.
    aida lama sgt tak jejak ke sunway pyramid tau.
    rindu...

    p/s: syg ku farhana, nanti tinggalkan address & phone no kat komen box blog aida. aida x kan publish, no worries. aida cabut nama farhana di kalangan top komen bulan April. maaf lambat :) hi hi hi. nak pos hadiah kecil a.s.a.p.

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampakkkk...

    http://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. alaaa apa ni apa niiii. terrterjah time petang pulaaa hahaha. nampak yummmy sangat. bila nak belanja saya kak? kihkihhh

    ReplyDelete
  7. tgh2 posa ni alahai sedapnya nampak

    ReplyDelete
  8. bulan possooooo dugaan tgk entry ni.. mek plak hntu aiskrim

    ReplyDelete
  9. arghhhh... teringinnya...!! macam lama dah xmkn benda gini.. arghhh

    ReplyDelete
  10. Alahai.. Waktu gini lak tengok entry Farhanna nie.. dahlah cuaca sekarang nie kalau dapat aiskrim memang syok..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)