Ayam Panggang Nusantara, Chicken Rice Shop, Giant Seksyen 13 Shah Alam

By farhanna jafri - 03:41

Sebelum puasa hari tu singgah lunch dekat Chicken Rice Shop di Giant Seksyen 13, Shah Alam. Belek menu nampak ada menu baru – Ayam Panggang Nusantara. Menu ayam ni datang dalam 4 pakej dengan kuantiti berbeza. 


Ragu-ragu jugak nak pilih menu ni tapi sebab waiter kata sama macam Nasi Ayam Penyet, memang tak fikir lama lah terus ambil Meal A tapi tukar air Triple Pandan Delight tu dengan air soya. Takut manis sangat nanti kembang tekak confirm tak habis. 



Pakej Ayam Panggang Nusantara ni entah kenapa banyak sayur entah sampai tak habis makan tambah kacang panjang dengan kubis memang tak sentuh langsung sebab mentah takut perut kembung. Pak Choy Oyster Sauce masin campur dengan kuah sup dia berganda masinnya. Menangis jugak lah makan sebab stress expectation meleset jauh. 

Lagi satu hal stress makan sebab nasi dia letak dalam piring. Tak pasti lah pinggan habis ataupun memang pakej ni makan dalam piring. Sambal pun tak pedas san berminyak teruk macam dalam gambar tu. Tapi okay lah, sedap lah jugak nak layan. Tapi sedih la sebab tak sama dengan ayam penyet pun. Sambal ayam penyet pedas kot, baru terangkat selera nak makan. 


Kalau pergi Chicken Rice Shop memang wajib tambah Nyonya Pai Tee. Lepas makan side dish ni baru la rasa bahagia balik walaupun tak bahagia sangat makan pakej Ayam Panggang Nusantara ni. Memang takkan repeat dah lepas ni. Mahal dan tak berbaloi. 


Sekarang ni Chicken Rice Shop tengah buat promotion setiap 18hb you guys boleh beli sepiring ¼ ayam a-la carte dengan harga cuma RM1.80 but not sure lah satu flavor which is Hainan steam ataupun boleh pilih ikut suka tekak kita. Anyway, selamat berbuka.

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Berapa RM ni semua? Berbaloi tak?

    ReplyDelete
  2. dulu masa arwah ayah ada.. tetiap ramadhan mesti pergi makan CRS sebab dia suka. huurm.. kenangan tetap hidup =')

    btw.. tak pernah rasa yang baru ni. selalu suka roasted bbq tu.

    ReplyDelete
  3. ayam panggang nusantara..mcm ayam penyet nmpknye...tk singgah chicken rice shop bln puasa ni

    ReplyDelete
  4. Dulu pernah makan kat KL Sentral jer. Terkejut dengan harga. Hehe...

    ReplyDelete
  5. Rabia tak pernah makan lagi chicken rice shop ni

    ReplyDelete
  6. lama dah tak makan kat CRS ne. hehehe

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    ReplyDelete
  7. please, kurangkan gambar makanan bulan puasa ni..hihi :P

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak makan chicken rice shop kat Seksyen 13 ni. Dulu tempat feveret ni..

    ReplyDelete
  9. febret ejulz ayam panggang ni. hehe

    ReplyDelete
  10. Kita da lama tak merasa crs... Frust sbb servis tak padan ngan apa yg kita dpt.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)