Who Am I?

Monday 14 May 2018

Tskkk challenge ni banyak betul tanya soalan tentang personaliti diri kan? Masuk ni dah 3 kali dah sembang pasal diri sendiri. Kalau sebelum ni sembang pasal personaliti dan fakta kehidupan, so hari ni nak sembang zaman belajar.




Farhana Jafri 
September 1991
Baling, Kedah 

Mula dapat pendidikan awal masa umur 4 tahun dekat PASTI. The only kenangan I remember makan nasi lemak masa rehat, minta tolong ustazah bukakan penutup air sebab ketat sangat sudahnya tertumpah kena ustazah & masuk pertandingan bercerita peringkat daerah rasanya. Dapat lah nombor 3 walaupun stage fright. Umur 6 tahun sambung dekat Tadika Islam Islahiah, Sungai Besi. Masa ni aktif jugak join pertandingan berpantun lah, pementasan drama lah, tilawah Al-Quran all that stuff. 

Sekolah rendah di SK Pengkalan Tentera Darat tapi dekat sekolah ni tak ada kawan lepastu jarang sangat join apa-apa program sebab parents suruh fokus belajar so communication skill sangat teruk tapi ada jugak la join berlakon dalam kelas sebab memang suka berlakon tapi tak ada peluang pun. Pernah kena panggil audition untuk nasyid tapi sebab takut mak marah terus buat suara sumbang lepastu kena reject. Zaman ni dapat B pun dah kena masuk mahkamah PaMa

Masuk sekolah menengah dekat SMK Bandar Tasik Selatan, duduk asrama dah mula tersasar dah nawaitu belajar tu tapi still Top 10. Masuk Form 2 memang hancur. Dah start bercinta pulak. Lepastu pindah ke Sabah sambung ke SMA Kota Kinabalu. Dekat sini memang I have my best moment tapi tak la indah sangat cuma dapat la joinTapi ada la anjakan paradigma tu. 

Daripada pendiam dan pasif berubah jadi aktif. Masa awal masuk sekolah tu I’ve been approached untuk join Pandu Puteri. Masa ni tak ada yang nak join pun. Ada lah dalam beberapa orang je. Paling hambar dan sendu lah. Tak ingat dah macam mana boleh naik sampai jadi persatuan no.1 dekat sekolah. Masa tu dah hamper nak jadi Naib dah tapi sebab gedik sangat curi-curi tengok cerekarama Adi Putra lepastu kantoi terus hilang jawatan. Menyesal kot. 


I join kumpulan nasyid tapi baris belakang je sebab stage fright tu datang balik. Berlakon pun ada tapi jarang. Masa Form 4 baru dapat tahu mampu jadi atlit sekolah & harapan rumah sukan fuhhh what a moment. Tapi tu lah rumah sukan tak menang pun lah. Biasa-biasa je. Bab ponteng kelas prep paling jaguh. Panjat pagar lari balik rumah ataupun pergi bandar. Dalam kelas tidur especially kelas Add Math sebab tak suka. Menyesal tak ambil aliran Akaun dulu sampai SPM ada 2 gagal. Add Math dengan Lukisan Kejuruteraan. Hambek!

Dengan kegagalan tu sambung diploma dekat KUIS dalam bidang Perbankan Islam. Mampu la jugak cecah kepala 3 dengan segala krisis dan aktifnya buat social works. Masan i takde bercinta pun, memang focus diri sendiri je. Crush tu ada tapi tak pernah kena pandang pun haihhh. 


Habis diploma tak terus sambung sebab ayah sakit kemudian meninggal. Disebabkan duit pencen tak masuk lagi so pergi Parkson Subang Parade minta kerja sebagai cashier. Lepas 8 bulan dekat sana dapat offer dari UiTM Segamat untuk sambung BBA (Hons) Finance. 

The reason I ambik Finance sebab masa diploma dapat A+ subjek Finance tambah pulak nak tahu dengan lebih mendalam pasal kewangan negara. Masa dekat KUIS actually dah start terjebak dengan politik nak pula bila DSAI ada datang bagi ceramah tentang apa tak ingat dah tapi aura dia sebagai pemimpin tu yang buat tertarik sangat nak ambik port. 

Bila dah ambik major Finance ni setiap sem akan menyesal sendiri takpun menyesal berjemaah dengan kawan kelas kenapa boleh terjebak dengan Finance sebab Finance kos yang paling susah dalam Pengurusan Perniagaan. Walaupun menyesal dengan kena maki dengan lecturer, assignment kena reject, mid-term markah teruk tapi berjaya lah grad dengan pointer kepala 3 cukup makan. 


Untuk Master entah tak boleh nak decide lagi nak ambil jurusan apa sebab kerja bidang construction, lari jauh dengan apa yang belajar dulu. Nak sambung Finance memang tak lah cerita dia sebab lecturer dah pesan, masa Degree nampak lah perkataan. Masuk je Master nampak symbol je sampai juling mata. 

Zaman kerja yang bestnya bila lari dari kos asal, kita belajar something new. Daripada tahu celah gigi sampai tahu banyak sangat benda. Segala jenis machineries, manpower, tools and equipment, SOP semua lah belajar banyak sangat benda dan masih lagi ada banyak benda untuk dipelajari since jarang masuk site lebih kepada documentation. So I'm glad terlari bidang sebab kepala tu sentiasa ligat bergerak, pengalaman pun bertambah. 


Oh yeah bab politik pun banyak jugak belajar since I join Media Oren Selangor buat freelance sebagai editor dan wartawan. Tapi tak aktif sangat sebab kerja hari Sabtu. Ada masa nak join tu join jugak lah sebab nak turun padang buat social works. Pun banyak benda belajar, banyak pengalaman dapat kutip bila kita jumpa bermacam jenis manusia. 


So I guess that’s all kot for today. Sebelum ni pun ada sembang pasal diri sendiri, klik je dekat SINI dan SINI. Till then, have a nice day guys. 

Pssstt sorry ya tak sempat nak blogwalking since I still tak boleh move on dengan Kerajaan Baru. :P

8 comments

  1. Tak pe la sembang fasal diri sendiri pun at least orang yang duk singgah blog Farhana ni dapat tahu something new pasal tuan punya blog, especially bab pengalaman study, mana tau kot-kot ada mana-mana bos dari any company nak bagi tawaran kerja acecece haha

    Erni Hasmiza

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang baca tentang diri orang lain best juga, dari pengalaman orang kita boleh belajar sesuatu benda baru.dan lebih kenal dengan penulis

    ReplyDelete
  3. oh orang kampung, shu dok jitra sana. uitm pun sama, tapi shu diploma saja. hihi :D

    ReplyDelete
  4. wahhh .. semoga maju jaya dalam apa jua bidang di ceburi.. ^^

    ReplyDelete
  5. bertambah lagi maklumat pasal farhanna..

    ReplyDelete
  6. Bab paling bawah yang paling menarik. :)

    ReplyDelete
  7. yes la, farhana.
    challenge ni asyik suh citer pasal diri sendiri kan.
    hadoi lah :)

    wah, dip in islamic finance. wow.
    aida exam paper islamic finance semlm tau.
    sederhana lah... agak mudah. sebab masters ni kami disuruh jawab soalan tak ikut buku sgt.
    so, i taram jer lah :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.