Something You Don't Leave Your House Without

Tuesday 1 May 2018

Kalau nak pergi mana-mana of course handphone dengan wallet memang wajib ada. Tapi ada satu barang yang memang wajib ada sekali. Entah sejak bila memang dah jadi habit untuk bawa sekali sebab bukan semua tempat akan provide benda ni. Kadang tu memang sentiasa ada dekat tangan walaupun tak perlukan pun. 

Apa benda tu? 

Tisu. 

Yupp guys dah jadi habit dah sekarang tisu wajib ada di tangan. Selalunya kalau pergi shopping barang rumah memang wajib beli tisu. Tak suka guna sapu tangan sebab nanti nak kena basuh lepastu penggunaan pun limit je. 

Bila ada tisu ni senang sebab boleh bawa pergi mana pun. Paling sakit hati bila pergi kedai makan tak ada tisu sebab makan dah lah sejenis comot. Kadang tu sampai tudung pun nak ikut makan sekali. Pernah sekali tu pergi dating pastu gigih sangat nak makan aiskrim sudahnya tudung pun comot yang tak boleh cover pulak tu. 

Gigih bersihkan guna Micellar Water pun tak hilang jugak. Memang spoil mood bila pergi dating tapi tudung comot cenggitu. Jumpa Watson terus grab wet tissue and yeayyy tudung bersih terus. 


Dekat rumah memang banyak stok tisu sebab tak suka guna kain buruk untuk lap kotoran atau bersihkan habuk semua sebab sejenis yang malas nak basuh. Lepas guna boleh terus buang je. Lagipun tisu sekarang murah nak pula kalau brand hypermarket ataupun drugstore tu sendiri. 

Kalau you guys pulak, barang apa yang tak boleh tinggal langsung?

5 comments

  1. Interesting. Saya bawa tisu kalau jalan jauh-jauh je. As for me, benda yang wajib ada kalau keluar rumah selain wallet dan phone ialah iPod. Rasa macam tak kena je kalau keluar tak bawa iPod.

    ReplyDelete
  2. tisu ada dalam kereta, jadi shu tak risau sangat kalau xda. hihi

    ReplyDelete
  3. Sama.. Tambah ada anak.. Memang wajib ada tisu dan wet tisu.. Senang nak bersihkan tangan mereka lepas makan.. Kikiki..

    ReplyDelete
  4. Zumal kalau pergi kedai makan selalu ambil tisu lebih, guna sikit, simpan sikit. Jahat kan. Hehe...

    ReplyDelete
  5. Phone.
    Unless aida keluar rumah tu dgn asben & anak-anak bertiga. Then phone tinggal takpe.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.