Product Review : L'oreal Extraordinary Oil Serum

By farhanna jafri - 04:59


First time beli serum ni sebab L'oreal (brand haircare Sonam Kapoor), nak pulak masa tu ada offer dari RM40+ for 100ml turun jadi RM20+ due to Purchase With Purchase. Sebelum ni minyak rambut guna Franch Oil tapi tak suka sebab oily sangat plus bau dia menusuk sangat.

At first, tujuan guna memang untuk elakkan rambut dari kering je sebab minyak lotus memang fungsi untuk elakkan rambut dari kering and it works walaupun memang sejenis malas apply selalu dekat rambut. Bila apply minyak ni rambut rasa ringan, lembut dan tak berminyak. 

But then one day ternampak kepala dah botak tengah and the gap also quite huge - sebesar ibu jari. Well for me agak besar lah and I'm freaked out already mengenang nasib syahdu tanda penuaan dah muncul. 

Bila dah perasan masalah rambut jadi macam tu terus apply dekat scalp dengan kadar kerajinan yang tinggi. Bila kadar kerajinan guna serum ni tinggi maka kerajinan untuk membaca pun tinggi jugak. Dari situ baru tahu yang serum ni memang untuk lebatkan rambut. 

Lepas dah rajin apply tu tak lama pun nak tunggu botak di kepala tu berkurang. Around 2 weeks after rasanya rambut dah ada balik dekat kawasan botak tu and the gap dah jadi tirus dah. Fuhhhh lega. Cara penggunaan serum ni, apply sebelum shampu rambut, masa keringkan rambut ataupun bila-bila masa je nak letak dekat scalp. I use it daily, after shower and before I go to sleep sebab suka sikat rambut sebelum tidur. 

What I love about this serum, tak payah nak tuang dekat tangan dah. Terus je apply sebab bottle cap jenis pump-down so bila titik memang 100% kena dekat scalp. Kalau guna tangan rambut je dapat minyak tu bukannya kulit kepala. The one that I used is for normal or dry hair tapi lepas habis ni I nak guna yang memang khusus untuk dry hair. Mungkin lagi berkesan untuk rambut ni.


Walaupun penutup jenis pump-down but fret not because its lockable untuk elakkan dia dari tertumpah. Botol dia pun cantik warna emas buat dia nampak eksklusif plus tahan lasak sebab dah berapa kali jatuh tapi tak pecah pun. Cuma bau dia je tak berapa nak wangi sangat. But for me okay je bila apply dekat rambut sebab bau shampu pun dah cukup wangi dah. 

Kalau ada yang mencari hair enhancer oil, I seriously recommend you guys this L'oreal product. You guys boleh purchase dekat mana-mana drugstore. I usually bought it at Guardian so I can buy with cheaper price. ;)

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Wah menarik ni. Boleh lah beli cuba nanti.

    ReplyDelete
  2. Akak penah pakai dulu dan ianya memang best pakai dan tak rugi beli serum nie... Anyway, tahniah akak ucapkan kerana awak menjadi salah sorang top commentator dalam junal akak..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/05/top-commentor-april-mei-2018.html

    ReplyDelete
  3. Dulu rajin pakai hair vitamin elips tu. Tapi sejak-sejak ekonomi tak berapa cantik ni, terpaksa berhenti guna dan utamakan keperluan lain yg lagi penting.
    Tapi kalau boleh PWP macam ni, berbaloi gila rasanya kalau beli.

    ReplyDelete
  4. lama takguna hair serum, susah nak jumpa. kalau usha online pulak mesti tak terbeli sebab rasa takpenting

    ReplyDelete
  5. Wow! Haven't heard about Franch Oil since the longest time. Saya pun tak suka Franch Oil sebab oily sangat dan bau dia agak menusuk. Dah lama tak pakai.

    Maybe I can try this product bila balik Malaysia nanti. Sekarang ni pakai brand Garnier tapi dia tak available dekat Malaysia T_T

    ReplyDelete
  6. Nak cari kat Watson lepas ni, rambut kering macam mak limah dah ni, nasib baik baru lepas potong pendek..

    ReplyDelete
  7. Nak beli la rambut kering macam apa entah haha

    ReplyDelete
  8. Aida beli serum dari salun rambut. Gi buat rawatan, then dia advice serum yg sesuai. Tapi jaramg da pakai. Terlupa! :-)

    ReplyDelete
  9. kite pn guna, actually for me mmg wangi, sebab bukak tudung fuh semerbak..
    tapi sblum ni xpenah guna utk scalp,
    after bca dlm twitter farhana tu baru apply kat kulit kepala pulak..eheks..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)