Movie Review | Siccin 3 - Cürmü Aşk (2016)

Sunday 6 May 2018


Director : Alper Mestci
Cast : Adnan Koç, Büsra Apaydin, Cem Uslu, Elif Baysal, Nevin Efe, Ömer Musab Küçükler
Genre : Horror
Producer : Muhtesem Film
Running Time : 87 minutes
Release Date : 2 September 2016
Trailer :



Movie ketiga dari franchise Siccin masih lagi menggunakan hasil karya tulisan dan arahan Alper Mestci. Siccin 3 mengisahkan tentang kehidupan Orhan (Adnan Koç) dan Kahder (Büsra Apaydin) yang bahagia dengan alam perkahwinan diorang ditambah pula bila Kahder disahkan mengandung anak pertama.

Tapi kebahagiaan tu berakhir bila Kahder keluar dengan abangnya, Sedat (Cem Uslu) dan anak Sedat, Mahamed (Ömer Musab Küçükler). Selepas Sedat dapat call, dia buat u-turn secara terburu-buru hingga dilanggar lori. Disebabkan kejadian tu, Mahamed lumpuh dan trauma manakala Kahder pula terlantar di rumah dan murung. Orhan yang sayang sangat dengan Kahder menguruskan rumah dan menjaga Kahder selepas pulang dari kerja.

Image result for siccîn 3 cürmü aşk

Hubungan Orhan dengan Sedat jadi dingin selepas kemalangan tu walaupun Sedat abang ipar Orhan dan berkawan dari kecil malah berkerja di tempat yang sama. Tak cukup dengan rasa bersalah akibat sikap cuainya, Sedat mendapat gangguan dari makhluk halus di rumahnya sehingga dia mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan ustaz.

Terkejut Sedat bila ustaz tu kata gangguan tu semua cuma medium untuk berhubung dengan Sedat supaya buang tangkal di rumah Orhan. Ni bukan spoiler tau sebab memang dari awal movie lagi director dah tunjuk yang Orhan ni guna segala jenis jampi untuk hantar kepada Sedat kes sakit hati Sedat cuai sampai kemalangan. Kalau jadi Orhan pun geram jugak dengan Sedat sebab main buat u-turn ikut suka dia tak tengok kiri kanan.

Image result for siccîn 3 cürmü aşk

Pesan ustaz tu supaya Sedat tunggu dalam bilik Mahamed sampai Subuh baru gerak pergi ke rumah Orhan untuk jalankan misi hapuskan tangkal. Betul apa yang ustaz tu bagitahu memang ada tangkal dalam rumah Orhan dan ada rahsia yang Orhan sembunyikan dari Sedat dan keluarga Orhan sendiri tapi plot twist movie ketiga ni dah boleh agak dari awal cerita lagi. Tak power macam Siccin 1 & 2.

Siccin 3 ni pun tak seram macam Siccin 1 & 2 sebab lebih kepada lawak dan romantik. Lawak tu bukan sebab ada unsur lawak tapi jadi lawak sebab jalan cerita merapu dan try hard sangat nak datangkan feel seram. Tapi kalau you guys dah tengok Siccin 1, maybe you guys akan perasan yang ending Siccin 1 bagi kesan dekat ustaz-ustaz yang ubatkan watak utama dalam Siccin 2 & Siccin 3.

Image result for siccîn 3 cürmü aşk

Awal movie Siccin 3 ni ada scene Orhan pecat pekerja dia sebab suka sangat merokok di kawasan kilang sudahnya pekerja dia bunuh diri sebab banyak hutang bank nak bayar. Esoknya isteri dia meraung depan kilang lepastu sumpah Orhan yang hidup dia akan gelap sebab aniaya suami dia padahal suami dia yang langgar peraturan sampai boleh bahayakan nyawa orang lain. Perangai sangat tau, bila dah tahu hutang bank banyak, buat kerja tu biar berdedikasi sikit.

Ingatkan lepas kejadian tu Orhan akan jumpa isteri pekerja yang bunuh diri tu macam dalam cerita Exorcist tapi rupanya Orhan sendiri yang buat dunia dia makin gelap. Tapi menyampah jugak tengok ending Siccin 3 ni sebab Sedat yang cuai tu dapat happy ending tapi Orhan yang sengsara. Apa benda entah. Marah betul dengan ketidakadilan ni. Korang tengok lah sendiri nanti.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 7.1/10
Movie Review Siccin 1 
Movie Review Siccin 2

13 comments

  1. Eh baca review je dah seram, if ajak anak tgk cfrm dia minat ni, aku minat just risau terbyg je 😁

    ReplyDelete
  2. seramnyaaaaaaaaaaaaaaaa. huhu. takut cite cite seram ni. hahaa

    ReplyDelete
  3. Bila baca review awak nie, makin kuat pulak nak cari movie nie kat online..

    ReplyDelete
  4. Berdebar pulak rasa hahaha

    ReplyDelete
  5. Aida x pernah tgk movie ni lagi. Kena inform mr. Asben. Suh dia carik online. Horror movie ni favourite kami anak-beranak.

    ReplyDelete
  6. Banyak sangat baca cerita hantu sekarang, takut nak tengok dah..

    ReplyDelete
  7. Baca sinopsis tu, rasa geram pun ada

    ReplyDelete
  8. Boleh x cerita kan yg full punya smpai habes? Sye x brani nk tgk sbb seram. Klu cite hantu, sye slalu bce wiki sbb wiki diorg kdg2 ade bgi full version punye. Tpi cite siccin ni xde plak. Please ceritakan semua skali ngn kebenaran apa yg berlaku fully.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh sebab saya pun dah lupa jalan cerita dia haha sorry. Tapi yang ni tak seram pun, dia takde jumpscare ke apa.

      Delete
  9. Assalamualaikum Wr Wb

    Adakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.

    √ Pinjaman Perniagaan Besar

    √ Pinjaman Perniagaan Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman kereta

    √ Pinjaman Ladang Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek

    √ Memulakan pinjaman perniagaan

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Projek sedia ada

    Mengapa anda perlu memilih kami.

    + Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah

    + Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.

    + Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.

    + Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.

    + Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,

    Maklumat anda selamat dengan kami.

    Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.

    Hubungi kami dengan:
    Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola
    E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
    WA: +1 (469) 464-5833 (Chat Only)
    WA: +1 (806) 395-2203 (Chat Only)

    atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.

    Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.

    ReplyDelete
  10. La apahal nak menyampah dengan Sedat. Orhan tu yg jahat. Sedat tu buat Uturn sebab dia yg telefon dlm keadaan cemas, sbb apa yg jadi dekat pekerja Orhan. Perlu ke berhentikan kerja terus padahal ada cara lain spt suspend kerja dulu atau potong gaji dsb. Dan hidup Sedat tu lagi sengsara. Isteri dia dah meninggal, anak dia crippled. Ingat senang ke? Yg Orhan obsessed sgt tu kenapa? Mcm ada satu perempuan je dekat dunia sampai nak gadaikan agama dan roh. Orhan tu jahat. Pengamal sihir. Sedat tu baik. Tapi mcm aqidah dia pun terpesong jugak sebab pegi jumpa pak bomoh. Dlm cite siccin ni, "ustaz"dia pelik pelik dan buat pelik pelik dan sebenarnya bukan ustaz tapi pengamal sihir. Ustaz betul takkan simpan Jin atau mengaku tahu/bagitahu benda benda ghaib (spt "yg kenekan sihir dekat kamu ialah..." haaa mana dia tahu) Itu je la kalau tgk cite siccin bersiri ni, jgn tertipu apa yg betul Dan Salah.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.