Movie Review : Posesif

By farhanna jafri - 21:21

Image result for posesif 2017

Pengarah : Edwin
Pelakon : Putri Marino, Adipati Dolken, Gritte Agatha, Chicco Kurniawan, Cut Mini Theo, Yayu A.W. Unru, Maulidina Putri
Genre : Drama/Misteri
Durasi Tayangan : 102 minit
Tarikh Tayangan : 26 Oktober 2017
Production Company : Panari Films
Trailer :


Terlibat dalam pencalonan Piala Citra- Festival Film Indonesia 2017 dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Senario Asli Terbaik dah cukup bagi alas an kenapa perlu layan movie Posesif ni.

Mengisahkan tentang percintaan antara Lala (Putri Marino) dan Yudhis (Adipati Dolken) di sekolah menengah tahun akhir. Lala merupakan atlet kebanggan sekolah dan juga negara dalam sukan lompat terjun manakala Yudhis merupakan pelajar yang baru berpindah ke sekolah tersebut. Tertarik dengan kekacakan dan keserasian bila bersama Yudhis, Lala mula membahagikan masa untuk pelajaran, sukan dan juga Yudhis.

Image result for posesif 2017

Kisah percintaan Lala dengan Yudhis memang romantik pada awalnya tambah pula bila Yudhis jenis memahami dengan komitmen Lala sebagai atlet. Dia banyak habiskan masa teman Lala training dekat kolam renang sekolah walaupun kehadiran dia tak disukai dengan jurulatih renang Lala merangkap ayahnya.

Masalah muncul bila Lala mempunyai pesaing dan dalam masa yang sama Lala dah mula datang lambat gara-gara keluar dating dengan Yudhis sampai dia bergaduh dengan ayah dia kemudian ambil keputusan untuk tarik diri dari Sukan Sea. Yudhis pun mula menampakkan belang dia yang sebenar, cemburu buta dan panas baran sampai berani angkat tangan dekat Lala.

Dari Yudhis yang normal dan sopan bertukar menjadi Yudhis yang baran dan obsess dengan Lala. Dia tak nak Lala tinggalkan dia dan sanggup buat apa saja supaya Lala ikut dia pergi ke mana saja. Even sambung study dekat tempat yang sama. Disebabkan cinta pertama, Lala jadi agak buta dengan perangai Yudhis dan terima kesalahan Yudhis tapi lebih berhati-hati sebab Yudhis dah sampai tahap berani cederakan orang lain yang rapat dengan Lala terutamanya kawan baik Lala, Rino (Chicco Kurniawan).


Walaupun jalan cerita Posesif ni simple je tapi lakonan Lala dengan Yudhis tu menjadi tambah pula bila diorang serasi berlakon berdua. Memang Edwin sengaja ketengahkan filem bertema cinta remaja sebab keindahan cinta remaja tu fav dia. No wonder bila tengok movie ni rasa angau je tengok kisah cinta Yudhis dan Lala.

Mesej yang dibawa pun penting dalam perhubungan dan institusi kekeluargaan. Plot twist dalam movie ni berkait dengan punca Yudhis jadi baran dan obses bila bercinta. Kalau ada yang tertanya-tanya Yudhis sayang ataupun tak dengan Lala, dia memang sayang sangat sampai satu tahap diorang dah mampu untuk lari dari punca masalah hubungan diorang dan bina kehidupan baru tapi sebab Yudhis risau dengan keselamatan Lala, dia terpaksa tinggalkan Lala.

Image result for posesif 2017

Tapi mampu ataupun tak Yudhis hidup tanpa Lala sedangkan Lala dah dianggap sebagai salah satu sistem sokongan utama dalam hidup Yudhis? Apa punca utama hubungan diorang berdua, tu kena tengok dalam Posesif. Movie ni ditayangkan dalam Iflix so siapa yang ada Iflix tu boleh lah cari dan tengok dengan tenang sebab ada subtitle.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Thank you sbb sudi post comments on my blog previously. I just followed here :) Do followback

    ReplyDelete
  2. Alahhh kalau cerita habis kan best hehe..kena cari ni

    ReplyDelete
  3. Macam best. Sy bookmark dulu, nanti nak cari~

    ReplyDelete
  4. psiko si yudhis ni sampai berani angkat tangan

    ReplyDelete
  5. Nice review kak FJ <3 dah lama Hana tak layan drama.:3

    ReplyDelete
  6. Baca review Anna jadi macam nak tau pulak apa endingnya. Nice review..

    ReplyDelete
  7. Menarik jalan cerita ni. Ketengahkan konflik bila seseorang terlalu obses. Bagus utk tontonan semua utk jadi iktibar.

    ReplyDelete
  8. Obses yang membahayakan.. tapi mesti ada sebab semua tu berlaku.. konflik yang menarik..

    ReplyDelete
  9. mcm best jer.. x tgk lagi.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)