Movie Review : Baaghi 2

Thursday 24 May 2018


Director : Ahmed Khan
Cast :     Tiger Shroff, Disha Patani, Darshan Kumar, Deepak Dobriyal, Prateik Babbar, Randeep Hooda, Manoj Bajpayee
Production Company : Nadiadwala Grandson Entertainment Pvt Ltd
Genre : Action/Mystery
Running Time : 144 minutes
Release Date : 30 March 2018
Trailer :


Sequel Baaghi tahun 2016 muncul kembali dengan pelakon yang sama, Tiger Shroff tapi heroin berbeza, Disha Patani dan juga kisah yang berbeza. Maknanya dalam franchise Baaghi ni setiap movie berbeza macam franchise Raaz dan Hate Story. Bukan tu je, pengarah pun berbeza juga di mana kali ni di bawah arahan Ahmed Khan.


Movie Baaghi 2 diolah semula dari movie Telugu tahun 2016, Kshanam yang mengisahkan tentang Neha (Disha Patani) yang kehilangan anak perempuannya, Rhea akibat diculik oleh 2 orang lelaki upahan di hadapan taska.

Selepas 2 bulan tiada jawapan dari pihak polis, taska dan usaha pencariannya, Neha minta bantuan bekas kekasih hati zaman kolejnya, Ronny (Tiger Shroff) ataupun dikenali sebagai Captain Ranveer Pratap Singh yang sekarang ni berkhidmat di sempadan sebagai pegawai askar.


Sama macam Neha, Ronny pun buntu dengan pencarian Rhea. Lagi bertambah pelik bila manusia sekeliling Neha terutamanya suaminya, Shekhar (Darshan Kumar) beritahu perkara yang sama, Neha tak pernah ada anak langsung. Even worst, Rhea sebenarnya anak orang lain yang hilang beberapa bulan sebelum tapi tak pernah diiklankan di mana-mana bimbang nyawa anaknya terancam.

Image result for baaghi 2

Satu hari Usman Langda (Deepak Dobriyal), pemilik kereta sewa Ronny beritahu yang dia ternampak kelibat Rhea di tempat lepak adik Shekhar, Sunny (Prateik Babbar). Dari situ Ronny gali balik semua bukti yang terlibat dan mencari siapa dalang penculikan Rhea dengan bantuan ACP Loha Singh (Randeep Hooda).

Jalan cerita Baaghi 2 lebih kepada misteri dan ada beberapa plot twist di second half movie tapi menyampah bila action stunt nampak tak real macam Baaghi 1. Tendang sikit dah melayang sampai terbelah meja, angin dan tali tak payah cakap lah berapa banyak contribution dalam movie ni. Sayang bila franchise ni ialah brand kepada martial art skills Tiger Shroff tapi dicacatkan dengan action stunt yang berlebihan seperti genre masala.

Related image

My expectation for Baaghi 2 is quite high because I love real action stunt but this one is a big disappointment. We already have enough masala genre movies. Lagi sedih bila heroin langsung tak ada action stunt dalam movie ni. She is just a helpless and traumatic sick mother. Boleh kata dalam movie ni watak Disha cuma watak pasu bunga, penyeri sesebuah movie je. Just jadi cantik sepanjang masa tanpa perlu berusaha sangat pun untuk tunjukkan bakat lakonan.  Sama jugak lah macam watak Randeep Hooda dan Manoj Bajpayee yang disia-siakan dalam movie ni.


Walaupun ada beberapa plot twist di second half tapi tak cukup meyakinkan sangat tambah pula bila banyak part mengarut terutama di hujung cerita Ronny berubah jadi Rambo dalam hutan di pulau untuk selamatkan Rhea. Seorang diri. Tambah mengarut bila dialog merapu.

Part Usman Langda jumpa Rony pertama kali di bengkel kereta dan dia boleh agak yang Ronny dah lalui banyak perkara dalam hidup dia padahal Ronny tak ada cerita apa pun dengan dia. Tu belum lagi dia bersedih dengan kematian Neha padahal dia tak kenal pun Neha. Not to mention watak Randeep Hooda sebagai ACP yang suka buli pekerja bawahan dia sampai menangis. Don’t ask why he cried, he just did. T.T


Kalau Baaghi 1 ada album soundtrack yang best, berbeza dengan Baaghi 2 ada 6 lagu dan satu daripadanya adalah remake dari lagu famous Madhuri Dixit, Ek Do Teen dari movie Tezaab tahun 1988 tapi gagal mendapat tempat di hati pendengar. Cuma lagu O Saathi sahaja yang masuk dalam carta nyanyian Atif Aslam.


Baaghi 2 is such a huge disappointment in story, background music, action stunt and even acting talent but hey, there’s already have Baaghi 3 on the line. So yupp all the best.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought =0 = 4.7/10

4 comments

  1. Owh.. franchise tai tak bersambung ye.. Maksudnya tak tengok satu pun still boleh follow cerita kedua..

    ReplyDelete
  2. aksi stunt mesti best ni ...

    ReplyDelete
  3. wah. ada part 2?
    part 1 aida dah tgk. best!
    lepas dah tgk, baru aida tau yg hero tu anak jacki shroff :) hi hi hi

    ReplyDelete
  4. Baaghi 1 pun tak tengokkk..haahaha!! ketinggalan ketapi sangat gee ni!kiki

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.