Ketiak Bernanah

Tuesday 29 May 2018

Back then around 2013 pernah sekali terjadi ketiak naik bisul bernanah. Bukan satu tapi sampai 6 atau 8 sampai ketiak bengkak teruk. Itu bukan jumlah untuk dua belah ketiak tapi 6 hingga 8 setiap satu. Nak pulak masa tu tengah kerja memang berkepak je tangan sebab sakit tahap petala. Kejadian ni jadi sekali je dalam seumur hidup sebab tak sanggup dah nak tahan perit. 

Nak pergi jumpa doktor memang tak sempat sebab kerja shif sebagai cashier dekat Parkson Subang Parade. Kalau cuti pun habiskan masa dengan tidur je sebab penat yakmat since cuti pun sehari je dalam seminggu. Lagipun takut nak jumpa doktor nak pulak bila Google apa penyakit yang relate dengan ketiak bernanah mostly akan relate dengan kanser. Breast cancer. Masa tu hitung hari je lah berapa lama lagi boleh hidu. Drama sangat.

Image result for deodorant rexona free spirit
Tapi satu hari terjumpa ada orang kena symptom yang sama berpunca daripada deodorant. Baru teringat ada tukar deodorant baru beberapa hari sebelum. Selalunya dari zaman sekolah lagi guna Rexona Free Spirit cap warna purple tu tapi tukar pergi Rexona Xtiv warna biru sebab saja nak tukar selera rupanya selera petaka. 

Image result for bedak antibacteria warna merah

Dalam masa sebulan memang stop pakai deodorant, pergi kerja pakai bedak Agnesia sampai la bengkak nanah semua surut. Lepas dari kejadian ni sampai sekarang tak pernah dah tukar deodorant. Takut punya pasal. Kalau pergi kerja kadang tak guna pun sebab duduk dalam office tak keluar peluh pun beku dalam air-cond. 

Ada yang pernah jadi tak macamni bila tukar deodorant? 

5 comments

  1. shu tak boleh pakai deodorant. rasa lekit-lekit xselesa

    ReplyDelete
  2. Agnesia memang terbaik.. Kalau ai tak boleh pakai deodrant roll on tu.. kena pakaii stick.. tapi baru2 ni pakai spray rexona teens.. satu-stunya deodarant spray yang ai boleh guna.

    ReplyDelete
  3. Deodorant pun ada yang sesuai dengan tak kulit kita rupanya ye. Kak ana pakai nivea je. So far alhamdulillah ok.

    ReplyDelete
  4. dulu selalu guna jenama rexona.. hehehe

    ReplyDelete
  5. So far tak pernah pulak jd macam ni kat Wanie
    Maybe ade ingredients dlm deodorant tu kut yg tak sesuai dengan awak


    Lost In Thoughts

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.