Drama Review : Bimbi & Bonni Misi 007

By farhanna jafri - 03:06

Image result for bimbi & bonni

Pengarah : Michael Ang
Pelakon : Sharifah Sakinah, Marsha Milan Londoh, Isa Khan, Zain Hamid, Azhan Rani, Azhar Amir, Azmi Pak Teh, Fared Ridzwan, Sean Lee, Haiza, Afiq Azhar, Raja Afiq, Fatin Afeefa
Genre : Komedi/Drama
Jumlah Episod : 24 episod
Tarikh Tayangan : 14 Mac 2018
Production Company : Hyper Pictures
Trailer :


Lepas Girlfriend Aku Dari Neraka telemovie & Girlfriend aku Dari Neraka drama Sharifah Sakinah sekali lagi muncul dengan watak gadis bimbo dalam drama Bimbi & Bonni Misi 007 walaupun dia dah bagitahu penat nak berlakon watak bimbo ni. Disebabkan ada beberapa klip diviralkan di Twitter, saja luangkan masa tengok drama ni dengan speed 1.6 sebab drama ni panjang and quite draggy. Hah kau awal lagi dah kritik.

Bimbi & Bonni Misi 007 ni mengisahkan tentang dua sahabat baik, Bimbi (Sharifah Sakinah) & Bonni (Marsha Milan) yang bimbo dan suka shopping. Bimbi anak Datuk Bakhtiar (Azhar Amir) manakala Bonni anak kepada pemandu Datuk Bakhtiar (Azhan Rani) thus making them close since kid. Rutin harian Bimbi shopping, party dan main Bigo. Bonni pula cuma temankan Bimbi ke mana je Bimbi pergi. Mungkin berkawan rapat sangat dengan Bimbi sebab tu Bonni pun terjebak sekali dengan perangai bimbo si Bimbi but thank God si Bonni ni reti jugak nak buat kerja.


Nak dijadikan cerita, satu hari pihak SPRM datang ke pejabat Datuk Bakhtiar atas kes penyewelengan dan pecah amanah. Nasib Datuk Bakhtiar baik bila dia sempat larikan diri. Tapi malang pada Bimbi yang ditinggalkan terkontang-kanting tanpa sesen duit untuk makan ataupun shopping. Sejak dari hari tu, Bimbi tinggal dengan Bonni dan ayahnya. Tapi makin hari Bonni geram dengan perangai Bimbi yang pemalas dan luangkan masa bersama Mikael (Zain Hamid) dan Dino yang kaya.

Bimbi pula makin rapat dengan Asy (Isa Khan) yang banyak mengajar Bimbi tentang kehidupan walaupun terpaksa bersabar dengan Bimbi yang memang tak tahu langsung buat kerja. Datuk Bakhtiar dan Hanif pula mencari siapa sebenarnya dalang yang merosakkan syarikat.


Walaupun genre drama ni komedi tapi tak semua part pun boleh gelak. Most of them banyak yang hambar tambah pula bila scene tu sengaja dibuat-buat. Tbh tak pernah jumpa pun bimbo in real life so tak tahu bimbo si Bimbi dengan Bonni ni sengaja dibuat teruk untuk nampak kelakar ataupun memang dekat luar sana memang macam tu lah teruknya. Kalau macam tu teruknya, memang boleh sakit jiwa nak layan.

Tapi tak kata pun drama ni tak lawak langsung sebab ada part jugak yang beria gelak berdekah. Lagipun tengok drama ni dengan expectation paling rendah sekali. Bab dialog tak pasti kalau diorang spontan ataupun memang betul ikut skrip sebab nampak ada part yang spontan macam scene ayah Bonni suruh diorang pergi laundry.

Wardrobe Bonni memang cantik dalam drama ni sebab nak tonjolkan personality bimbo tu tapi tak suka sangat dengan wardrobe Bimbi walaupun ada baju yang Bonni pinjam dari Bimbi tapi nampak cantik lagi bila Bonni pakai. Wardrobe Asy dengan Hanif pun nampak style. Semua penaja pakaian yang terlibat dari Jakel, Fashion Valet, butik SchaAwal dengan SAAR.



Nak sembang pasal jalan cerita, rasanya memang ringan je tapi sayang lah bila pengarah buat Bimbi tu tak ada langsung kelebihan sedangkan Bimbi dah tunjuk minat dia dekat fashion style. Ada la part Bimbi tolong Missy Sipi (Haiza) buat fashion show dan selamatkan butik tapi sampai situ je lah. Bimbi nak buka butik sampai berguling dekat lantai merajuk dengan ayah dia tapi tak tunjuk langsung effort Bimbi ataupun kreativiti dia sketch, jahit or anything related.

Tak pasti shooting location dekat area mana tapi cantik pejabat Datuk Bakhtiar, kedai Sam (Sean Lee), kedai Asy dengan tempat berjumpa Ramona (Fatin Afeefa) dengan Mamu. Suka jugak tengok rumah Bonni memang cantik sangat deco walaupun rumah teres biasa je. Sebab drama ni si Bimbi suka sangat makan waffle dekat cafΓ© Asy, dah terliur teruk dah ni nak makan waffle aiskrim. Pengaruh kuat betul. Grrr



Lagu latar dalam drama ni pun main peranan jugak bila lagu keluar ikut scene dalam drama tu tambah pulak ada beberapa lagu 90-an & 80-an tapi lagu latar utama tu yang macam tak masuk sangat dengan drama. Entah apa kaitan lagu ‘Pematah Hati’ dengan bimbo sebab Bimbi tu bukannya suka mainkan hati dan perasaan orang pun. Means dalam bercinta lah. Mungkin ambil sebab rentak catchy je la kot.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 6.4/10

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. sha stress tgok cerita niπŸ˜ŒπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  2. satu family saya tgok citer ni.. kdg2 sengal lawak dia haha

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  3. teringin nak tgk.
    di tayang kan kat warna, kan.
    takde peluang ler nak tgk nyer :(
    sedeh!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)