3 Good Things That Have Happened Past 30 Days

Saturday 19 May 2018

Yesss hari terakhir untuk challenge ni! Tak sangka mampu habiskan challenge selama sebulan ni walaupun tersasar dari tarikh sebenar. So challenge untuk hari ke-30 ni ialah post satu gambar diri sendiri dan bagitahu 3 benda yang dah terjadi sepanjang 30 hari ni.


3 Good Things Happened in Past 30 Days : 

1. Malaysia Berubah Kerajaan

Sebagai penyokong kerajaan Pakatan Harapan, ni adalah satu benda paling gembira sejak 27 tahun hidup. Nak pula bila Presiden parti sendiri naik masuk dalam kabinet dan certain names yang selalu jumpa dan follow dari dulu menang besar untuk kerusi yang diorang bertanding despite everything people said. Lagi best bila banyak kes korupsi terdedah and finally dapat selesaikan masalah 1MDB. 

2. Dapat Jumpa Ikmal Amry

PBAKL tahun lepas pergi dengan pakwe maka terlepas nak jumpa dengan Syed Saddiq sebab pakwe dah sakit dada tengok perangai tergedik-gedik depan Syed. Tak boleh nak control kot sebab dah berzaman nak jumpa Syed depan mata. Tapi tahun ni finally dapat jumpa Ikmal Amry kes jatuh cinta dengan Ray dari drama Gantung. Selama ni tengok dalam Instagram, hari-hari tengok story dia and tak sangka dapat jumpa depan mata! 

3. Drama Review Gantung Masuk Zine

Dah lama nak share salah satu berita gembira ni tapi sebab zine tu tak dapat lagi dekat tangan so tak boleh nak sembang banyak. Supposedly dapat satu copy zine ni supaya boleh promote sekali tapi sampai sekarang yillek. But anyway happy sebab review boleh masuk media cetakan. My aim supaya my reviews boleh jadi rujukan untuk student perfileman. Harap jadi kenyataan lah nanti. 

I've completed my last challenge! Kepada yang join challenge ni, good luck and kepada yang nak join, klik dekat SINI okay. Have a nice day ahead :)

8 comments

  1. Alhamdulillah...moga banyak lg hal-hal positif berlaku atau dapat dilakukan selepas ini..aaamin.

    ReplyDelete
  2. Salam/Hi. Mak singgah sini. Jemput join Giveaway Mak ;) | GIVEAWAY WISHLIST DOUDOU.MY X BLOG #CERITAMAK

    ReplyDelete
  3. nombor satu tu je yang akak faham. Adeh..tapi novel Gantung tu pernah la baca. Nanti nak tengok drama dia

    ReplyDelete
  4. Tahniah kerana berjaya lengkapkan challenge tu... Alhamdulillah suka juga bila PH menang tapi rasa tak puas hati sebab Perlis belum dapat sepenuhnya kepada PH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal. nape ekk perlis byk hal?
      aduhai... bersatu la wahai UMNO.
      beruntung dpt takluk perlis.

      Delete
  5. Ramai yang update dapat jumpa Ikmal Amry tu.. seronok bila pergi pesta buku dan ada artis yang buat drama adaptasi turun situ promote buku dan drama..

    ReplyDelete
  6. no 1 tu pun was the sweetest thing happen dlm hari2 yg lepas, kan.
    moga PH dpt la kembalikan kegemilangan negara kita.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.