Photo Of Item Last Purchased

Tuesday 24 April 2018

Balik kerja semalam terus menapak ke McD sebab ada orang janji nak belanja walaupun perjanjian asal nak makan KFC tapi dah seminggu hantar telepati dekat dia nak makan McD sebab craving dengan ayam goreng dia crunchy pedas teruk sangat tu. Bila dah dekat tarikh period ni craving lagi teruk lah cerita dia. 


So we bought 5pcs Ayam Goreng Spicy McD, Big Mac combo dengan Apple Pie sebab its his fav but nope for me. Never. Tak kena dengan tekak. Tapi second round I keluarkan duit jugak lah sebab tapaukan untuk adik pulak. Menu yang sama jugak pun, Big Mac dengan Ayam Goreng Spicy. 

Masa tengah ambil sos semalam menyembang dengan akak cleaner dekat situ, sembang pasal sos je pun tapi boleh pulak lama lepastu akak tu bukak bekal dia bagi rasa kerabu mangga dia buat sendiri sebab pokok mangga belakang rumah dia tengah berbuah. Dah rasa tu dia bagi separuh kerabu mangga tu. Dah tolak sebab taknak kacau dia makan nak pulak semalam lunch lambat so perut agak penuh lagi. Pergi McD pun sebab dia acah buat suprise. Tapi orang dah beria bagi takkan nak tolak hihu. 


Rezeki lah dapat makan free. Bab makan free susah betul nak tolak even tengah diet. Macam sekarang ni. Nampak macam gebang tapi ini cerita benar. 

'U dapat mana kerabu mangga tu?'

'Akak tu bagi'

'Akak mana?'

'Eh tadi akak tu ada dekat situ.'

'Suka hati je ambik kalau santau macam mana?'

 T.T


p/s : craving satisfied ❤🌸

9 comments

  1. Ayam goreng mcd mmg sedaapp.. 😉

    ReplyDelete
  2. hah! shu pulak craving ayam mekdi. nanti malam pujuk jijoi beli lah walaupun gaji esok. hahahaha bab ayam, shu suka ayam mekdi lagi. maybe sebab kena dengan tekak shu.

    ReplyDelete
  3. tiba2 kat mcd ada kerabu mangga..hihi

    ReplyDelete
  4. Menu khas, ayam mcD kerabu mangga. Mabeles!!👍👍

    ReplyDelete
  5. Wah baiknya akak cleaner tu, tapi walaupun takut nak makan..kalau orang bagi, saya makan je..haha

    ReplyDelete
  6. Last beli burger malam tadi, lupa nak snap gambar, terus baham sebab lapar sangat. Hahaha. burger tepi jalan is the best!

    ReplyDelete
  7. agak pedas jugak ekk ayam mcd ni.
    pernah beli. aida suka. ijat tak tahan pedas nyer, farhana. dia tak nak makan.
    sedangkan dia mcm upin ipin. ayam. ayam. ayam.

    ReplyDelete
  8. Wow dapat kerabu mangga lak yer

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.