Blog Performance March 2018

Thursday 5 April 2018

Lewat sikit sembang pasal performance blog untuk bulan ni. Ini pun teringat sebab tengok dekat entry Azah suruh check ranking Alexa. Terkejut jugak lah tengok ranking sebab tak sangka boleh dapat rank tinggi macam tu. Tak lah tinggi mana tapi untuk manusia pemalas agak fuhhh jugak lah. Terus rasa semangat nak update hari-hari. (sembangggggg)

1. Ranking Alexa 


2. Stats blog

Tak banyak pun berubah, target cecah 50k tapi sikit lagi nak sampai. Monthly pun tak cecah 500. Ni la padahnya bila jarang blogwalking. Kadang tu tak sempat sebab dah penat belah siang, malam mula la lemau. 



3. Traffic sources

Masih lagi FB jadi sumber utama so kena rajin bersosial di FB. Since dah nak masuk musim pilihanraya, ramai la yang mencari yang berkenaan dengan PRU. Movie Padmaavat pun tiap-tiap bulan ada yang mencari tapi bulan lepas ada carian baru - Mehrunissa. Selalunya orang search pasal Padmaavati je. 


4. Popular post

Sebab ada giveaway sebab tu tak teruk sangat bulan ni walaupun jarang blogwalking & update sebab ada je yang datang menyinggah. Maaf ye, bulan lepas busy dekat site. Tak sempat nak berjalan-jalan. 


5. Audience

Bulan lepas extreme sikit sebab kena bom dengan Israel sampai 4k datang melawat dalam masa satu hari. Tapi ada negara baru masuk, Belarus. This is my first time knowing such country exist. Say whatttttt

6. Jumlah entry

Bulan ni dengan Feb tak jauh beza pun sebab minggu ke3 dengan ke4 memang jarang sangat update. Kadang 2 hari baru ada 1 entry. Yang buat banyak sebab join giveaway dengan segmen. Harap bulan ni boleh cecah 60. 


Terima kasih banyak kepada yang selalu datang menyinggah & drop comments ataupun baca dalam diam. Appreciate it much. Yang belum join giveaway, ada masa lagi tu sebelum Sabtu ni. Sorry tak sempat lagi nak singgah semua blog peserta. Baru terjah 5 blog. Busy sikit bulan ni. Harap bersabar ye. :)

15 comments

  1. wahhhh hebak nye traffic akak.. nk compare dgn kite lagi senduu hehe

    ReplyDelete
  2. Banyak tu kena bom dengan Israel ya 😂

    ReplyDelete
  3. wahh tahniah!! :) saya pun masih lagi mengejar trafik.

    yang paling lawak bila kena bom dengan israel hahaha :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  4. bestnya tengok traffic awak

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah akan naik stat blog FJ nanti ni. Biasalah kalau dah penat siang malam memang susah nak bw. So bila2 free bw mana yang sempat. Keep on blogging ok.

    ReplyDelete
  6. Wahh tahniah.. moga terus sukses ye

    ReplyDelete
  7. Tahniah ^^
    Btw.. Alexa.com dah kena bayar kan?

    ReplyDelete
  8. tak pasal-pasal israel lepak kat blog. bahaya tu hahaha

    | blog helloaiman |

    ReplyDelete
  9. Tabiklahhh ranking Alexa tu. Blog ni mmg mantap pun penulisan, tu ramai cari. Kena contohi kerajinan update entry la camni, blog mai nak sampai 30 sebulan pun malas. adehh.

    ReplyDelete
  10. nice performance semua nyer.
    getting better and better.
    just keep on writing inspiring others, farhana.
    and yes, blogwalking salah satu key nyer.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.