Nak sembang pasal TV show ni memang lemah sebab dah bertahun tak wujud TV dekat rumah ni. Tapi yang bestnya zaman sekarang ni bila tak ada TV kita boleh layan dekat Youtube. Kalau ada drama, cerekarama, rancangan realiti TV tertinggal search je dekat Youtube nanti keluar lah yang kita nak tu. Kadang tu bukak je Home nanti bersepah la suggestion video keluar based on trending chart.
Tak tahu la kalau ada yang layan ke tak TV show ni, kalau ada kita geng!
Ni haaa TV show yang sekarang gigih tunggu setiap minggu sebab nak tengok kehidupan anak-beranak ni

Tadaaaaa! Haaa ada tak yang tengok rancangan ni jugak? Kalau ada kita geng sangat uolllssss
Rancangan Oh Abang Kosmetik Musim 2 ni setiap hari Isnin, jam 9 malam dekat Astro Ria tapi sebab takde TV apatah lagi Astro, so kita tengok dekat Youtube je dekat channel TV Terlajak Laris setiap minggu.
Apa yang best sangat dengan rancangan ni sebab tengok gelagat Dato' Aliff je sebenarnya sebab mulut joyah sangat. Tabah sangat isteri dia, Datin Shahida nak layan perangai dia yang sama level dengan anak-anak dia.

Dalam musim 1 Dato' tak lah laser sangat, tak kepoh sangat perangai dia tapi yang musim 2 ni dengan kita yang tengok sekali jadi kelam-kabut sebab life dia memang huru-hara sangat. Dari pagi sampai malam terkejar sana-sini. Business, photoshoot, jaga family, event sana sini, yang datang minta bantuan pun ramai.
Part orang datang minta bantuan ni pun macam-macam ragam. Ada yang mengandung datang minta bantuan suruh Dato' dengan Datin jagakan sebab nak anak famous kemain sangat uolls sanggup korbankan anak. No wonder Dato' ni jadi mulut laser sebab bila baik sangat, mula la datang nak ambik kesempatan. Tambah pulak jenis jutawan ternama macam dia.
Tak sure rancangan ni ada berapa episod tapi kalau dah habis nanti harap ada Musim 3 pulak sebab suka sangat tengok terutamanya bila scene Dato' dengan Datin sebab both of them memang sweet dengan cara diorang sendiri.