Thursday, 15 March 2018

Throwback Thursday : Zaman Dapat Result SPM


Masa SPM dulu belajar paling malas sekali nak pulak kalau subjek Kimia dengan Fizik sebab tak suka langsung anything yang related dengan Sains ni. Kalau masuk kelas pun setakat nak mengelamun tak pun tidur. Part yang best masa buat eksperimen je.

Bukan sebab malas sangat pun, ada je study tu tapi sebab minat ke arah lain. Dulu masa Form 4 nak masuk kelas aliran Perdagangan/Ekonomi tapi kelas dah penuh sangat sampai cikgu tu cakap dah taknak ambil student dah. Menyesal betul lambat masa tu. Sudahnya masuk kelas Lukisan Kejuruteraan sebab kawan ramai dekat kelas tu. Kelas pertama pun dah rasa kelam je kehidupan sebab cikgu suruh kotak segi empat sama pun gagal.

Lagi satu hal masuk kelas tu kena angkut Kimia, Fizik dengan Add Math sekali. Hambek! Memang kelam. Terus malas nak study. Pergi sekolah buat onar je sampai lah SPM.

Sudahnya bila result SPM keluar, subjek Lukisan Kejuruteraan gagal, Add Math pun gagal. Kimia dengan Fizik memasing dapat E. Kalau orang lain dah nangis dah cuak dengan masa depan tapi masa tu steady je lah malas nak ambik port dah. Masa tu jugak baru tahu rupanya boleh je lagi masuk kelas Perdagangan walaupun dah overlimit. Masa tahu tu baru rabak. Tapi past is past.

Hari ni adik pulak ambil result SPM. Tapi dia dah bagitahu dia ada buat slack dekat esei English so kemungkinan besar result dia teruk. Bila tengok semua credit tapi English lah tersasar sikit but its okay lah. Dah lepas dah pun. Sekarang ni tengah gigih cari apa kos yang dia minat nak belajar dekat IPT. Tak sangka adik dah besar dah. Tinggal 2 orang je lagi tengah sekolah rendah. Fuhhh cepatnya masa berlalu.

16 comments:

  1. Kimia, add math dengan fizik memang susah sikit hahaha bio paling best hahaha

    ReplyDelete
  2. Kak Farhana mmg mental kuat. Kimia, add math, fizik, kalau skang GV kena ambik balik SPM, GV takkan ambik subjek ni dah. Cukuplah sekali. huhu.

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada yang berjaya dalam SPM 2017

    ReplyDelete
  4. Subjek feveret saya kimia tu, suka sebab cikgu mengajar tu best. Pape pun goodluck untuk adik, ucap tahniah kat dia ye

    ReplyDelete
  5. Zaman saya zaman kira agregat SPM ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalh dengan saya. Zaman kira aggrgst ni best, org x kisah A pun. Haha

      Delete
  6. abe kie x tahu apa yg dijawab masa kertas fizik...akhirnya dpt D je. Tu je yg terkilan sgt. Last2 ambik TESL di UM. Nak ambik matrik x berani sbb x sanggup mengadap subjek2 sains tulen n maths tu..

    ReplyDelete
  7. kalau dpt putar balik masa nak buat btul2 time spm dlu huhu

    ReplyDelete
  8. sama! kalau boleh diubah rasa mcm nak ubah kan result tuuu. azah banyak sangat B+. andailah B+ tu dapat ubah pada A- :(

    ReplyDelete
  9. Tahhniahhh buat adik kak FJ!! ^_^ Keep going tau!! :D

    ReplyDelete
  10. Budak kelas sains biasa digelar budak power...

    ReplyDelete
  11. dulu saya kelas perdagangan/geografi hehe, mmg x nak masuk aliran sains sbb matematik mmg ke laut dalam..hihi

    ReplyDelete
  12. Cikla dulu aliran sains tulen, subjek feveret add maths dgn maths moden. Tp, bio fizik kimia mmg tough gile. Mujurlah masa spm pas... Hehe

    ReplyDelete
  13. dulu aida zaman agregat.
    zaman dedoluuuuuuu...
    now da tak faham sistem nyer.
    tunggu la nanti anak2 plak yg amik spm.
    baru nak amik tahu balik.

    ReplyDelete
  14. Sha amik aliran sastera.. Walaupun sebenarnya tak pandai melukis.. kikiki.. Tapi bila mengenang balik zaman amik result rasa cam tak sangka boleh tenang je..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...