Sunday, 4 March 2018

Purata Langkah Sehari - Malaysia Antara Yang Tercorot?

Profesor Scott Delp mengetuai satu kajian khas untuk mengetahui kadar purata berjalan setiap hari yang disertai oleh 46 buah negara. Teorinya untuk menentukan kadar kemalasan rakyat di sesebuah negara adalah dengan melihat kadar purata langkah seseorang. Pada asalnya kajian ini untuk menilai kadar obesiti di setiap negara tapi tercetusnya idea untuk melihat dari sudut lain.

Kajian ni dijalankan dengan menggunakan applikasi telefon pintar untuk mengesan pergerakan seramai 700,000 orang yang terlibat. You guys can check this chart untuk lihat hasil kajian penyelidik di Universiti Stanford, US :


Hasil daripada kajian menguatkan lagi teori mereka bahawa malas berjalan memang akan menyebabkan masalah obesiti. Walaupun ada beberapa negara yang menunjukkan perbezaan seperti Amerika Syarikat yang rajin berjalan tapi tetap mempunyai masalah obesiti. 

Berjalan kaki antara senaman paling senang untuk bakar kalori. Even kementerian dah lancarkan kempen '10,000 Langkah Sehari' tapi nak cecah 10,000 langkah tu bukannya senang. Dalam sehari habis kuat pun boleh cecah 3,000 langkah. Kalau nak cecah 10,000 tu kena jogging lebih 2 jam. This is my walking records for week and month. Paling tinggi pun 6,831 itu pun sebab jogging. Kalau tak jogging, paling jauh seribu langkah je lah. 



Lepas tengok purata langkah sehari diri sendiri teruk sangat, rasa macam nak masukkan dalam Azam 2018 untuk dapat lebih 3 ribu langkah. Purata langkah sehari you guys macam mana? Pernah cecah tak 10,000 langkah? Ke ada yang tak pernah ambil kisah pun? 

10 comments:

  1. hahaha
    betul lah tu
    ramai suka duduk dari berjalan

    ReplyDelete
  2. lol malaysia ni kan panas...
    cepat berpeluh sbb tu org plh utk duduk jer..lol

    ReplyDelete
  3. ejulz ni tak tau la berapa langkah sehari.. hari2 naik turun tingkat 3 xde lif.. haha

    ReplyDelete
  4. Pernah cecah 11000 langkah. Masa itu berkobar-kobar nak pergi fakulti alam bina uitm dari kolej dengan jalan kaki. Kalau dekat uitm Puncak alam, terkenal dengan tangga kejayaan yang mempunyai 222 anak tangga. so 5 kali seminggu dapat jalan lebih 222 langkah hehehe alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Kat sekolah last year ada lancarkan kempen l00 langkah sehari *ehh? tak sure pulak ratus ke ribu hahah! ^^ btw nice sharing kak FJ <3 so kenalah rajin2 berjalan lepas ni ya! heheh ^^

    ReplyDelete
  6. adeh ku rasa terpukul.. sebab menyumbang kepada yang malas itu kuikui..

    ReplyDelete
  7. Kena rajin jalan kaki ini.. Barulah sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida kekadang kat opis, amalkan byk jalan, sha.
      tak la sampai 10k langkah, tapi ok la... yg penting, berjalan.
      naik turun tangga.

      Delete
  8. hahahhaa..nk kata pemalas, mmg hari2 pi balik keja jalan kaki ja..tp kalau diberi pilihan, mmg suka duduk rehat2 dr berjalan..hihihi..

    ReplyDelete
  9. pernah capai, farhana. time tu jogging kat tmn botanikal dgn anak2.
    fuiyoh! ikut bebetul trek yg disediakan. hadoi lah...
    lepas berjaya tu, terasa mcm dunia ni milik aida ha ha ha ha...
    masa tu jog skit, berjalan skit...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...