Friday, 30 March 2018

Movie Review : Padmaavat

Related image

Director : Sanjay Leela Bhansali
Cast : Deepika Padukone, Shahid Kapoor, Ranveer Singh, Aditi Rao Hydari, Jim Serbh
Genre : Hystorical Drama
Running Time : 2 hours and 30 minutes
Trailer :


Lepas movie Bajirao Mastani, satu lagi magnum-opus yang diperam selama 10 tahun oleh SLB kali ni ditayangkan kepada dunia, Padmaavat yang diinspirasikan dari syair India tentang kecantikan Rani Padmini di kota Chittor, Rajput akhirnya mengundang kemusnahan kepada rakyat Chittor apabila Sultan Alauddin Khilji datang menyerang kerana ingin memperisterikan Padmavati.

Movie Padmaavat bermula dengan adegan Padmaavati (Deepika Padukone) memburu rusa di hutan tapi terpanah Sultan Ratan Singh (Shahid Kapoor) yang datang ke Singhal untuk mencari mutiara untuk isterinya. Sembuh dari luka panah Padmaavati, Sultan Ratan Singh melamar untuk dijadikan isteri kedua dan pulang ke Chittor. Gara-gara mengintai Padmaavati, Raghav Chetan dihalau keluar dari Chittor dan secara kebetulan berjumpa dengan Sultan Alauddin Khilji (Ranveer Singh) di Delhi.

Image result for padmaavat

Dari situ bermula episod balas dendam dari Raghav Chetan yang berjaya menghasut Alauddin untuk merampas Padmaavati supaya mendapat tuah untuk tawan dunia dibantu oleh ketua perang, Ughuz Khan dan hamba yang setia, Malik Kafur (Jimmy Shebh). Cubaan demi cubaan selama 6 bulan gagal, bukan takat nak tengok kecantikan Padmaavati tapi untuk masuk ke dalam Kota Chittor pun tak mampu. Akhirnya Alauddin menyerah kalah dan menghantar tenteranya pulang selepas kehabisan bekalan makanan.

Sebelum balik ke Delhi, Alauddin meminta untuk masuk ke Kota Chittor dan berdamai dengan Sultan Ratan Singh tapi tu cuma helah dia untuk berjumpa dengan Padmaavati. Usaha yang satu ni pun gagal juga. Sudahnya Alauddin jemput Sultan Ratan Singh ke khemah dia sebelum pulang. Dari situ, dia tangkap Sultan dan bawa ke Delhi. Padmaavati yang risau, pergi ke Delhi untuk bawa pulang Sultan Ratan Singh ditemani 800 orang dayang dan kepala Raghav Chetan sebagai syarat. Hajat untuk bertemu dengan Padmaavati di Delhi pun gagal bila Mehrunissa (Aditi Rao Hydari), isteri kepada Alauddin sendiri selamatkan Padmaavati & Sultan Ratan Singh keluar dari istana.


Movie Padmaavat ni meriah dengan kecantikan visual, dekorasi istana dan kostum abad ke-13. Baik dari kerajaan Khilji mahupun kerajaan Rajput. Kecantikan Padmavati pun terserlah sangat dalam movie ni sesuai lah dengan segala kekecohan berlaku sebab kecantikan dia. Tapi kalau nak sembang lakonan Deepika, tak solid macam movie Bajirao Mastani. Still plain and flat. Adanya Deepika dalam movie Padmaavat ni untuk jadi cantik sepanjang masa. Chemistry antara Shahid Kapoor sebagai suami isteri pun tak terserlah sangat. Nampak kegigihan Shahid Kapoor untuk cari persona dia supaya tak tenggelam oleh Deepika & Ranveer. But nope, he can’t reach that level. It’s such a shame sebab character dia agak penting nak dibandingkan Jimmy Shebh dan Aditi since these two deliver solid performance walaupun cuma watak sampingan.

Apart from visual, 6 soundtrack hasil karya SLB pun best jugak terutama lagu Binte Dil, Ghoomar dengan Khalibali.


Tapi movie ni setakat kaya dengan hasil visual dan kesenian dia je lah. Nak sembang pasal content, memang tolak jauh sebab fakta memang lari jauh, lagi sedih tengok SLB gambarkan peribadi Sultan Alauddin Khilji sampai macamtu sekali semata nak naikkan watak Padmaavati dan Sultan Ratan Singh yang tak wujud. Tak ada satu pun yang baik tentang SAK as I’ve written before in this post.

Image result for padmaavat

Memang patut movie ni kena ban di Malaysia or any other Islamic country sebab cara SLB menjatuhkan imej pemimpin Sultan Alauddin Khilji. Kalau niat SLB untuk jatuhkan imej Islam, dia sendiri patut malu sebab dia jatuhkan imej pemimpin sendiri. Tanpa Sultan Alauddin Khilji, Delhi takkan naik seperti yang ada sekarang. Movie Begum Jaan lagi bagus kalau nak sembang pasal menjaga kehormatan diri sampai sanggup untuk jauhar. Jauhar shouldn’t be extravagant like Padmaavati did. Lagi tak faham bila SLB focus dekat kanak-kanak dengan perempuan mengandung. Entah kenapa diorang kena mati sekali sedangkan problem settle bila serahkan Padmaavati.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0,8, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 6.2/10

6 comments:

  1. Baca ulasan Farhanna ini pun buat akak setuju filem ni di ban..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ramai yang maki censorboard

      Delete
    2. Adoilah... Tu jenis tak leh terima la tu..

      Delete
  2. Org kat India pun ada yg tak puas hati kan dengan cite ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah tapi yang tu sengaja merusuh padahal belum tengok lagi movie. Sepatutnya orang delhi yang mengamuk bukannya orang rajput.

      Delete
  3. filem ni dia cuba putar belitkan fakta ke?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...