Tuesday, 20 March 2018

Movie Review : Dismissed (2017)

Image result for dismissed 2017

Director : Benjamin Arfmann
Cast : Randall Park, Dylan Sprouse, Kent Osbourne, Chris Bauer
Genre : Thriller
Running Time : 86 minutes
Trailer :



Dismissed mengisahkan tentang pelajar pandai yang baru berpindah ke Sekolah Menengah dan ditempatkan dalam kelas Mr.Butler. At first of course Mr.Butler happy dengan kehadiran Lucas sebab Lucas semangat nak belajar untuk dapatkan gred bagus since impian dia untuk masuk ke Universiti Harvard. Sembang pasal semangat nak belajar, Mr.Butler arahkan satu kelas buat satu assignment untuk topik but instead makin a pages of research, Lucas siapkan thesis untuk topic tersebut. Of course lah Mr.Butler bahagia tengok kegigihan dia tapi sayangnya effort Lucas cuma dapat B+.

Naik darah Lucas disebabkan gred dia bukan A seperti yang dia nak. Walaupun dah bincang cara baik, Mr. Butler tetap dengan keputusan dia untuk bagi Lucas B+. Disebabkan muak dengan ugutan Lucas, Mr.Butler ambil keputusan untuk siasat siapa sebenarnya Lucas.

Image result for dismissed 2017

Untuk genre thriller, movie ni tak lah thriller mana pun cuma manusia sekeliling Lucas je yang tak cerdik sangat jadi senang lah untuk Lucas menyerlah dalam movie ni dan takutkan semua orang. Movie ni thriller suam kuku je tak cecah tahap psiko pun. Lagi rasa facepalm bila Mr. Butler dah dapat perlindungan polis sebab Lucas ni berbahaya tapi Lucas boleh senang je masuk rumah dia ikut pintu depan. Rasanya polis pergi beli donat kot.

First half movie ni memang cantik bila Lucas letupkan mata sebab tak dapat jadi pemain utama dalam pertandingan catur wakil sekolah walaupun dia bagus. Tapi bila masuk second half movie ni nampak bodoh dan Mr.Butler lah manusia paling bodoh sekali dalam movie ni. Dah tahu Lucas tu jenis mental dan berbahaya, dia nak jugak cari pasal dengan Lucas. Dia ada anak bini nak jaga tapi dia tetap bahayakan keluarga dia demi nak cari pasal dengan Lucas. Lagi cari pasal dia bagi F dekat Lucas. Sepatutnya dia jadi matang tapi dia nak juga hancurkan Lucas dengan cara macam tu. Bila tengok ending tak rasa kesian pun tapi rasa padan muka sebab gigih cari pasal dengan orang gila.

Image result for dismissed 2017

Konsep dia macam kau pergi jolok sarang tebuan lepastu expect hari kau indah bahagia. Memang tak lah!

Kalau director tak berpegang dengan konsep Lucas mesti kena hukum dan angkat Mr.Butler jadi wira tapi buat kelainan macam Lucas dapat lari dan tukar identiti mungkin cerita ni jadi lebih menarik. Tak ada yang best pun dalam movie Dismissed tapi berbaloi lah nak tengok kalau korang peminat Dylan, si kembar yang berlakon dalam rancangan kanak-kanak, The Suite Life of Zack and Cody.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 6/10

9 comments:

  1. Singgah petang....
    Jalan cerita dia mcm best je...

    ReplyDelete
  2. Okay.. Tak menarik.. kikiki..
    Nyaris nak tengok.. so cancel jelah.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. baca mula2 mcm best..bila dah tengah ok.. tak best la. tq for sharing!!

    ReplyDelete
  4. Jadi cikgu yang baik dan tahu perasaan pelajar adalah penting juga. Jangan elakkan sampai bahayakan diri saja.

    ReplyDelete
  5. Nice review kak FJ ^^ btw boleh tahan good looking character utama dia hahaha >_<

    ReplyDelete
  6. Hahaha. polis beli donat. kekeke. mmg pelik jugak kadang citer mmg mengarut, benda tak complex mana pun, konon2 complex XD

    ReplyDelete
  7. Aduila..cerita macamni yang kadang-kadang rasa menyesal tengok ni. Nasib baik dah baca review awak..

    ReplyDelete
  8. terbaek.. blm tgk lagi cerita ni.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...