Movie Review : Agnipankh

By farhanna jafri - 23:07


Image result for agnipankh 2004

Director : Sanjiv Puri
Cast : Jimmy Shergill, Sameer Dharmadhikari, Shamita Shetty, Rahul Dev, Divya Dutta, Richa Pallod, Kiran Kumar
Genre : Historic Drama
Running Time : 130 minutes

Since movie Hindi tahun lepas tak banyak, saja korek movie lama yang tak pernah tengok lagi dekat Youtube. Terjumpa lah movie ni, tak pernah pulak tahu sebab pelakon baru era 2000.

Mengisahkan tentang kerjaya tentera udara yang menjaga sempadan India-Pakistan di Kashmir disamping menjalani kehidupan seharian. Sidharth (Jimmy Shergill) merupakan pilot yang terbaik sepanjang karier dia dan dalam masa yang sama bersaing dengan Samir (Sameer Dharmadhikari ) dan Anjana (Shamita Shetty). Dalam diam Anjana menyimpan rasa kepada Samir tapi cuma approach sebagai kawan baik.

Disebabkan Samir merupakan anak kepada kawan baik , Lt try jadi matchmaker antara Samir dengan anak perempuan kesayangannya Surbhi (Richa Pallod) tapi Samir tak berjaya menawan hati Surbhi yang memang bencikan pilot disebabkan kehidupan nomad dan jarang meluangkan masa bersama keluarga tambahan kerjaya yang agak merbahaya. But everything’s changed when Surbhi met Sidharth.


Samir yang dah pun jatuh hati dengan Surbhi rasa geram dengan percintaan Sidharth-Surbhi sampai sanggup korek rahsia lama Sidharth supaya diorang putus. Usaha dia berhasil sampai Sidharth kecewa dan tak fokus dengan kerja sehingga menyebabkan Vishal (Rahul Dev) yang baru berkahwin dengan Nupur (Divya Dutta) terkorban semasa bertugas. Sidharth digantung tugas tapi tragedi berlaku dalam pangkalan bila perisik Pakistan berjaya masuk dan mulakan rusuhan.

First half movie ni lebih focus kehidupan drama cinta bersegi antara Sidharth-Samir-Sirbhi-Anjana tapi lagi bahagia tengok kehidupan Vishal-Nupur sebab Vishal ni kaki puisi. So puisi dia memang buat hati ni angau kemain. Bila dia mati tu memang tak boleh terima langsung diorang matikan watak Vishal tu macam tu je.


Lagu dalam movie Agnipankh pun layan jugak nak pulak masa Sidharth tengah syok bercinta dengan Surbhi.

Second half baru tekankan rusuhan India-Pakistan tapi tak ngeri sangatlah sebab movie ni ringan je. Diorang seksa tentera India pun takat kurung dalam reban je tanpa makan. Ditambah pulak dengan dialogue memasing tak power mana untuk timbulkan rasa patriotic tu. Ada tu ada tapi tak strong mana. Ada jugak some scenes yang macam terjongket kening tapi kalau layan santai kadar terjongket tu tak tinggi mana lah.


Agnipankh okay jugak lah nak layan tambah pulak ada Jimmy yang sekejap handsome, sekejap comel tu. Terubat jugak lah bila Samir yang kayu tu muncul. Kalau nak layan ada dekat Youtube siap dengan English subtitles sekali J



1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 =7.7/10

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. best lah film ini kapan kapan pengen nonton juga film ini..

    ReplyDelete
  2. cerita cinta drama hindi ni seronok. hahaha sebab main perasaan. hihihi

    ReplyDelete
  3. Hero yang berlakon Mohabattein kan? Rupanya ada juga dia berlakon filem lain kat India. Tak tahu. Hii

    ReplyDelete
  4. Mesti layan habis bab puisi cinta antara Vishal-Nupur tu kan.. kikiki..

    ReplyDelete
  5. Haha siap full movie kt ending tu. Ni yg terjebak nk tgk pukul 2 pagi ni, hahaha.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)