Thursday, 1 March 2018

Kawasan Hutan Bukan Tong Sampah


Kawasan Subang Bestari ni makin lama makin banyak perumahan yang naik walaupun yang sedia ada belum habis orang beli lagi. Kawasan yang baru dekat deretan kedai yang baru naik. Tak pasti nak buat rumah kedai ataupun apartment sebab kawasannya kecil je. But that’s not the main point here.

Sebelum kawasan ni jadi tapak pembinaan, kawasan ni sebenarnya kawasan hutan. Memang penuh dengan pokok besar. Tak ada yang bercucuk tanam pun dekat situ sebab tanah tak rata. Kalau balik kerja nampak lah staf restoran ataupun kedai runcit dekat tepi tu buang sampah dekat kawasan hutan ni. Nak kata tak ada tong sampah, ada je dekat bahagian depan tapi sebab buang dalam hutan lagi senang gamaknya.

Bukan sikit sampah yang dibuang tu, kadang satu tong besar. Bukan seorang yang membuang, boleh kata semua kedai bahagian tepi buang dekat kawasan tu. And even worst ada yang entah dari mana pun buang sampah dekat situ jugak. Bila kontraktor datang tebang semua pokok untuk start kerja binaan baru nampak  betapa kotornya kawasan tu. Penuh dengan sampah sarap yang diorang buang sebelum ni.


Its appalling to watch this kind of norm from our society. Sebelum ni pun ada juga terbaca komen-komen dekat socmed, sini rumah orang bukannya hutan nak buang sampah sesuka hati. Let me remind you one thing. Hutan adalah rumah kepada binatang dan tumbuhan. Sampah buang dalam tong sampah bukan di rumah makhluk lain. Just because they cannot simply voice their dissatisfaction, does not mean you can easily pollute and ruin their home. NEVER!

Sama juga dengan sungai, laut atau pantai. Rumah kepada binatang dan tumbuhan akuatik tapi senang sangat manusia buang sampah dekat situ. Kenapa? Kalau orang datang rumah dan buang sampah dekat rumah kita mesti sakit hati kan? Sama lah dengan makhluk lain.

Lagi sedih bila yang buang tu bukan budak kecil tapi adults. Bila yang besar buat perkara yang tak betul, yang dekat bawah pun mula ikut and the cycle continues. Bila dah jadi kebiasaan, memang sangat susah nak buang ataupun ubah. Tambah pula bila 80% yang buat angkara tapi 20% je yang nak ubah. Susah. Makan masa. Kalaupun berubah, sakit tu dah melarat dah pun. Mula lah datang bencana padahal kita boleh je control dari awal.

Benda ni paling mudah untuk semua buat tapi yang mudah tu kadang yang paling susah. I really hope we can change this habit and build up a beautiful country with less pollution thus prioritize our eco.

12 comments:

  1. seriously.. its frustrating tgk org kita..
    buang sampah merata.. tak jaga alam langsung..
    x malu ke bila org luar tgk? *facepalm*

    ReplyDelete
  2. why laaa buang situ orang da sediakan tempat da. lepas tu kadang2 sampah tak diikat kemas. tahula kotor tapi ikatlah kemas2 asingkan yang mana sisa2 or not. common sense kan tapi entahla.. susahnya nak educate macam ni..

    ReplyDelete
  3. samalah
    orang kita nih mana2 pun dibuang nya sampah
    harap lama2 semua akan pandai jaga kebersihan

    ReplyDelete
  4. Sedih tengok alam sekitar jadi mangsa "kesengetan" para manusia T^T hopefully rakyat malaysia dapat besatu hati dalam menghakis kemungkaran ini! ^^ *hehe terbagi syarahan pulak dah... hohoh btw it's a nice sharing!! ^^

    ReplyDelete
  5. cmpr pulak dgn sikap tak semenggah PATI / org luar... lg bertambah teruk kan...

    ReplyDelete
  6. Memang menyedihkan.. Sebenanrnya nak ubah tabiat ini memang kena mula dari rumah.. Orang dewasa kena tunjuk contoh yang baik, barulah yang kecil akan mengikut..

    ReplyDelete
  7. Kurang kesedaran dan pentingkan diri sendiri makan terhasillah seperti dalam gambar diatas. Memamng sedih

    ReplyDelete
  8. Agak hairan bila ada golongan yang tak fikir tentang masa depan bumi akan datang. Mungkin mereka fikir anak cucu tak hidup di bumi kot selepas ni, itu yang tak kisah mencemarkan alam sekitar tu :(

    ReplyDelete
  9. Hmmm sedihnya la kan.tu la silapnya org kita ni. Pilih jln short cut, buang sesuka hati. Tak tau ka blh dtgkn mcm2 musibah kalo buang mcm tu. Dgn bau busuk, penyakit pon suka nk datang kalo sampah je merata tempat. Hmmm...

    ReplyDelete
  10. Bila semua pandang ringan je lama lama boleh jadi masalah besar jugak ni.

    ReplyDelete
  11. Jenis takde kesedarqn sivik Tu yg susah nak educate tu

    ReplyDelete
  12. biasa aida ke subang bestari. abg ipar dok situ, farhana.
    farhana dok area situ? boleh la jumpa nanti :)

    buang sampah? hmmmm tu la. di mana-mana masih wujud org takde kesedaran sivik.
    geram ekk kita yg tgk ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...