Saturday, 17 March 2018

Karnival Himpunan Rakyat 2018


Hari ni lepas kerja terus menapak ke Stadium Melawati Shah Alam sebab minggu lepas mak dah pesan dah dia akan datang ke carnival ni dengan kawan-kawan dia. Disebabkan dah lama tak jumpa mak sebab hari-hari kerja, so usahakan jugak pergi ke sini. Ingatkan nak datang awal tapi hujan lebat pulak pukul 3. Nasib pukul 5 tu dah berhenti dah.


Sampai je dekat kawasan stadium tu memang sesak sangat dengan bas, kereta, motor & pedestrians. Alhamdulillah ada parking space banyak lagi tapi jauh sikit lah dari stadium. Berlari itik dah petang tadi sebab mak kata bas diorang nak balik dah. Pecah lemak 800 gram T.T

Tapi dalam kata nak balik tu pun sempat lagi nak membeli itu ini.

Tough luck bila kitorang nak membeli, MB Azmin Ali sampai dekat stadium untuk beri ucapan kepada yang hadir. Semua peniaga kena tutup gerai. Mak pulak jenis kalut memang tak boleh chill langsung kalau dia dah kalut. Beria mencicit berlari balik ke bas sudahnya driver bas pun tak ada lagi. Menunggu la berbelas minit sampai semua dah sampai.

Bila mak dah balik, ada la sinar kebahagiaan sebab mak tak sempat nak guna kupon makanan. RM30 makan sorang. Tapi dah hujung tu banyak yang dah sold out. Beli apa yang ada je. Cari makanan yang mahal sebab nanti tak dapat balik balance. Lepas dua kali pusing, dapat la tangkap Cheesy Nachos, Tuna Cheese Burger, Coconut Shake & Mango Shake. Walaupun lama tunggu memang berbaloi sebab semua sedap.



Dekat Karnival Himpunan Rakyat ni ada banyak booth, mostly peniaga lah jual preloved item, baju raya, barang rumah, insurans, F&B and other items. Ada booth untuk penerangan tentang Kerajaan Negeri Selangor jugak tapi tak sempat pun nak belek semua booth sebab datang pun dah lambat.




Yang bestnya, siapa yang datang dapat kupon makanan RM10,  baju #TeamSelangor warna biru muda dengan topi Pakatan.

Ramai jugak yang datang, from all races even foreigners. Tapi yang tak bestnya banyak tempat yang berlopak sebab hujan lebat sbelum tu. And of course, sampah yang tak reti nak dibuang padahal tong sampah dekat belakang je. Tssskkk dah 2018 dah tapi perangai tak berubah.


Anyway hari ni dapat jugak rasa happy even sekejap lepas jumpa family. Tak sabar nak tunggu bulan puasa sebab nak berhenti kerja dekat tempat meniaga so boleh lah balik rumah bila weekend.

6 comments:

  1. Seronok sesekali dapat pi event camni Farhanna. Tapi bab parking agak leceh sikit kannn..

    ReplyDelete
  2. lumayan la makan dgn kupon tu :)
    menarik event gini.
    kita pergi support sesekali pe salah ekk.

    ReplyDelete
  3. Part sampah tu memang menyakitkan hati... Apa lah salahnya buang dalam tong sampah..

    ReplyDelete
  4. Kupon makan RM30 tu memang bestla..tapi time hujan tu tak best..

    ReplyDelete
  5. terbaek.. ramai jugak org datang ek..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...