Hantar Adik Ke Terminal Bas Shah Alam

Friday 16 March 2018

Untuk 3 hari ni adik turun Melaka sebab bff dia buat majlis aqiqah anak, so menapak lah kejap ke Terminal Bas Shah Alam Seksyen 13 tu. This is my first time jejak kaki dekat sana. Sebelum ni tak pernah tahu pun kewujudan terminal bas ni.

Dengan bantuan Waze, sampai lah dekat sini walhal entah dah berapa kali dah lalu kawasan ni sebelum ni tapi tak tahu pula yang ni kawasan terminal bas sebab ingatkan additional park space untuk Stadium Melawati.  Tapi Waze pun buat kitorang sesat sampai dia pun tak tahu macam mana nak reroute. Ya tuhannn Waze. 


Disebabkan hari terakhir sebelum bermulanya cuti sekolah or cuti sem, so memang ramai lah student dekat situ. Lucky for my sister dah beli awal dari 2 minggu lepas lagi. Dapat la seat depan sikit. Kalau dapat area tayar memang azab.

Btw, not knowing much about this place tapi kesian jugak lah tengok keadaan terminal bas Shah Alam ni sebab terminal utama tapi tak dijaga rapi. Jalan berlubang bukan sikit, lubang pun kemain besar. Menangis jugak kalau tak fokus masa drive dekat kawasan ni. Kaunter tiket diorang pun guna kabin je. Kabin ni kalau tengah panas terik ni memang azab tau. Sedangkan dekat office pakai aircond paling rendah sekali pun terasa bahang tu, apatah lagi pakai kipas biasa. Kesian diorang yang berniaga dekat sini.




Tapi kesian jugak dekat diri sendiri sebab terkorban duit masa beli air. Dari jauh nampak sedap sangat air lemon asam boi pudina dia sekali bila beli dia letak lemon alahaiiiii. Padahal dalam balang air dia meriah sangat tau lemon asam boi dengan daun pudina dia. 3 hengget terkorban.


Adik beli air mineral 500ml pun sebotol RM2. Fuhhh terus cancel beli. Sebab panas sangat je beli tadi. Menyesal tak tanya dulu sebelum beli. Lagi sedih bila air lemon ni dia guna soda bukannya air mineral. Kembang tekak minum air manis. Aduhduhhhh.

7 comments

  1. wahhh
    zaman2 study dulu selalu lah gi terminal nih
    hehehe

    ReplyDelete
  2. kes menipu ni jual air mineral tu sampai RM2..ish3

    ReplyDelete
  3. Terminal bas Klang pun senasib dengan Shah Alam gak.. Tak terurus.

    ReplyDelete
  4. Hana tak pernah naik bas sorang! ^_^ Adik akak powerLah hehe :3

    ReplyDelete
  5. Teringat time jd student balik naik bus. Kdg2 naik komuter.. Rindu..

    ReplyDelete
  6. Erghhh... Kalau tengah panas dan dahaga terkena macam ini memang agak menyakitkan hati.. huhu

    ReplyDelete
  7. mak ai.. 3 hengget.. ish ish ish

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.