Repair Bahagian Depan Office

Saturday 24 February 2018

Minggu ni bila petang je awan dah start mendung lepastu hujan lebat. Even sekejap tapi cukup untuk buat some area banjir nak pulak dekat kawasan perindustrian macam dekat Shah Alam ni plus with some construction here and there. Khamis petang memang kuat sangat angin tambah dengan hujan lebat & petir sana sini. Thank God sekejap je dalam sejam macam tu. Pukul 5 dah boleh balik macam biasa and tak banjir langsung. Kalau banjir, confirm traffic slow campur dengan budak balik sekolah lagi dari 20 minit boleh stuck sampai sejam. 

But even hujan sekejap je banyak jugak pokok yang tumbang sebab angin kuat. Even our office pun rosak bahagian depan. Habis tercabut papan sampai kena ganti baru. Bumbung pun ada yang tercabut tapi tak teruk so boleh paku balik je. Hari ni boss dah panggil workers repair bahagian depan sebab berlubang sana sini. Lagipun minggu depan authorities nak datang memang kena touch up cepat lah cerita dia.

 


Hoarding belah belakang pun ada yang dah nak tumbang sebab hujan lebat haritu. Tapi satu je lah yang rosak. Yang lain kukuh lagi. Dah nak habis projek ni banyak benda nak kena repair sebab dah lama bertapak kat sini. Dah nak masuk 6 tahun dah. Minggu depan dari Isnin sampai Jumaat ada inspection tapi tak pasti dah boleh handover ke belum dekat TUDM ni. Harapnya boleh lah sebab pegang lama-lama pun buat tambah kos je. Hopefully everything went well next week. Tapi malamni kita pergi CNY dinner dulu dekat Putrajaya. Yeay! 

p/s : Tak tahu kenapa ramai yang cakap office cantik haritu dekat post Bosan Dekat Office meanwhile this is my actual office. Maybe you guys got confused so kalau rajin I'll make a tour entry. Kalau rajin :P

8 comments

  1. Bahaya sampai tumbang bhagian depan. Mujur xde apa apaa.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah x de kemalangan, huhuhu

    ReplyDelete
  3. Buatlah tour entry! :D sis kan rajin hahaha! ^^
    May everything goes well... :3

    ReplyDelete
  4. x lama lg bertambah cantik la ofis.. hehe

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Mee Udang Asajaya

    ReplyDelete
  5. makin cantik la nmpknya kan kan..

    bahayanya yunk..nasib ok je smua.. takut je tgk..hmm..

    ReplyDelete
  6. Nampak kayu-kayu tajam tu, hati-hati ye. Safety first, anyway..semoga inspection next week okay

    ReplyDelete
  7. hati2 ea sis bila dalam kawasan nii. bahaya tuuu kena kayu kayan kee, kaca ke, besi kee. adeh

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.